Labels

Sunday, September 19, 2010

Jamuan Raya Haluan 2010

Baru-baru ini aku telah menghadiri satu jamuan raya anjuran Haluan Kedah Perlis di Dewan MPSP, Tikam batu. Yang menariknya tentang jamuan raya ini adalah dimana tidak seperti jamuan-jamuan raya yang lain, terdapat pengisian yang cukup menarik di dalam jamuan tersebut.Berikut lebih kurang tentatif jamuan raya tersebut:

8.30 pg- Bacaan Al-Quran & Doa Buka Majlis.
9.00 pg- Ucapan Aluan oleh YDP Haluan Kedah Perlis.
9.30 pg- Sesi Tazkirah.
10.30 pg- Isu terkini Gaza.
11.00 pg- Sesi makan dan persembahan.

Aku tertarik dengan intipati tentang isu terkini Gaza tersebut. Dikhabarkan bahawa Israel sendiri meramalkan bahawa mereka akan kalah di Palestin pada 2022. Jadi mereka telah menyiapkan satu perancangan yang cukup besar yang tidak dapat digambarkan pada tahun 2012.

Tertanya juga aku..Rancangan apa yer?

Ku cuba mengamati sesi tersebut namun sampai ke akhir tidak pula dinyatakan apa-apa tentang rancangan tersebut. Ingat nak cuba cari dengan tanya kawan-kawan. Mungkin ada yang mengetahuinya dan sudi berkongsi dengan diriku...

No comments:

Post a Comment