Labels

Monday, September 27, 2010

Raya 2010 USIM - Edisi Pertama

Salam..bersua kembali di dalam tinta blog yang sememangnya mencabar buah fikiran ini. Pada kali ini, penulis suka untuk berkongsi pengalaman cuti rayanya bersama sahabat-sahabat USIM pada hujung minggu yang lepas.Al-kisahnya:



Pada hari Sabtu yang lalu, seperti yang dirancangkan sebelum ini, penulis bersama-sama 17 orang sahabat pergi beraya beramai-ramai secara konvoi bermula pada jam 10.30 pagi. Ceh, macam misi konvoi ke Gaza la pulak.hehe...



Rumah pertama yang dituju tidak lain tidak bukan ialah rumah saudara Syukri atau lebih mesra dengan panggilan Syuk Science Tech. Syuk, jangan marah yer.hehe...Di sana kami dihidangkan dengan pelbagai kuih-muih serta yang paling special sekali ialah nasi dagang.

Kemudian, tepat jam 12.30 tengah hari, kami bertolak ke rumah saudari Atiqah Nur di Petaling jaya. Disebabkan kami semua sememangnya sangat arif dengan selok belok jalan KL, kami telah tersesat jalan dan tiba pada pukul 2.30 petang.Hehe...

Nak dijadikan cerita, masa berlalu dengan pantas dan kami bertolak ke Ampang pada pukul 4.00 petang setelah hujan yang turun kelihatan renyai-renyai.



Namun, bak kata pepatah Melayu, "Ku sangkakan panas berpanjangan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari". Dengan semangat dan tekad di hati masing-masing, kami meredah hujan di dalam menuju ke destinasi. Destinasi Cinta Yang Ku Cari..wah, macam kumpulan Mestica la pulak. Maklumlah kami sedang menuju ke rumah bakal salah seorang penasyid USIM.Hehe...



Akhirnya, kami tiba juga pada pukul 5.00 petang. Semuanya basah kuyup akibat hujan. Namun, itu tidak dapat mematahkan hasrat serta semangat raya yang sentiasa berkobar-kobar di hati kami. Kami yang kelaparan terus sahaja mencapai pinggan dan clearkan semua hidangan yang ada di atas meja. Sampai kena tambah berkali-kali. Nasi ayam tu.Hehe...



Pada hari Ahad pula, mulanya penulis tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berjalan beraya ke mana-mana asalnya. Maklumlah, hujung minggu la katakan. Tapi, atas ajakan secara spontan ketika bersarapan pagi pada pukul lebih kurang 12.00 tengah hari oleh saudara Izhaar Fazlie, penulis pun gagahi juga pergi berjalan-jalan untuk beraya.

Fazlie pun satu, tak sempat pun nak tukar pakai baju smart-smart sikit, terus je kami berdua yang sememangnya mengenakan baju biasa sahaja ketika itu menuju ke rumah saudari Aziemah di KL.



Akhirnya, kami tiba di rumah saudari Aziemah pada pukul 2.00 petang. Malunya rasa bila tengok semua orang lain pakai baju smart-smart. Buat pengetahuan, penulis cuma mengenakan baju t-shirt biasa dan seluar tracksuit sahaja. Manakala saudara Fazlie pula mengenakan t-shirt dan seluar slack biasa.Ish...macam dah tak ada baju lain dah ke nak pakai pergi beraya.Huhu...



Laksa Penang menjadi tumpuan. Penulis dapat melihat pelbagai reaksi serta ragam oleh sahabat-sahabat yang lain di dalam menikmati juadah yang disediakan. Kelihatan semua begitu gembira. Penulis tumpang gembira juga.Bukan selalu dapat beraya di KL ni.Hehe...



Kemudian, kami semua bergerak ke rumah saudari Halimah. Di dalam perjalanan, kami singgah di Putrajaya. Nak dijadikan cerita, kami berlegar-legar di Putrajaya. Sesat jalan dalam mencari Presint 13. Ni semua gara-gara salah information daripada saudari Mardhiah di dalam menuju ke Masjid Besi.Haha...



Akhirnya, kami tiba juga di rumah saudari Halimah pada pukul 6.30 petang. Terima kasih kepada teknologi GPS yang tidak menghampakan kami.Hehe...Kami berehat dan solat maghrib berjemaah bersama-sama. Kemudian, kami makan malam di sana. Pada pukul 8.30 malam, kami pun pulang ke Nilai.

p/s:
1. Letih sungguh.Huhu...
2. Ni baru 5 buah rumah jer. Dah tak larat dibuatnya.
3. Dapat juga pengalaman beraya ke rumah sahabat-sahabat tahun ni.
4. Tunggu hujung minggu ni. Beraya bersama-sama group penulis pulak.Hehe...

No comments:

Post a Comment