Labels

Sunday, October 17, 2010

Rumusan Bajet 2011



Bajet 2011 menyaksikan sejumlah RM212 billion diperuntukan iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan Bajet 2010. Daripada jumlah itu, sebanyak RM162.8 billion (76.8%) merupakan peruntukan perbelanjaan mengurus manakala bakinya sebanyak RM49.2 billion (23.2%) merupakan peruntukan perbelanjaan pembangunan.



Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 billion (21.5%) adalah bagi emolumen dan RM28.2 billion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan (13.3%). Manakala, sebanyak RM23.8 billion (11.2%) bagi subsidi, RM18.5 billion (8.8%) bagi bayaran khidmat hutang, RM12.3 billion (5.8%) bagi pencen dan ganjaran, RM5.3 billion (2.5%) bagi serahan kepada kerajaan negeri serta RM29.1 billion (13.7%) bagi perbelanjaan lain.



Manakala di bawah peruntukan pembangunan, RM28.3 billion (13.34%) adalah bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian, serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Manakala sejumlah RM15.5 billion (7.3%) pula bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, sebanyak RM4.4 billion (2.07%) bagi pembangunan sektor keselamatan dan RM955 juta (0.5%) bagi pentadbiran am.



Dari segi hasil kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011, dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 billion berbanding RM162.1 billion pada tahun 2010. Manakala baki daripada peruntukan RM212 billion iaitu sebanyak RM46.2 billion (21.9%) pula merupakan pinjaman dan penggunaan aset kerajaan.



Daripada jumlah hasil itu, sebanyak RM79.7 billion (37.6%) dari cukai pendapatan, RM54.69 billion (25.8%) dari hasil bukan cukai, RM27.13 billion (12.8%) dari cukai tidak langsung lain serta RM2.14 billion (1.0%) masing-masing dari duti import dan duti eksport.



Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada tahun 2010.

2 comments:

  1. weh. ni ke yg nak hantar kt dr nursilah?

    ReplyDelete
  2. enth..aku wat lbih kurg cm ne la cma tmbh lagi skit...hehe...

    ReplyDelete