Labels

Friday, November 19, 2010

Exam: Meniru Adakah Penyelesaiannya?

Salam...dah lama tak update post blog ne..sibuk betul dengan pelbagai aktiviti dalam masa cuti ni. Kali ni ingat nak berkongsi sedikit tentang peperiksaan akhir semester yang bakal dihadapi pada 22 November ni...



Bila sebut je tentang final exam ni, teringat pulak peristiwa-peristiwa suka dan duka di dalam menempuh peperiksaan dari zaman sekolah sampai peringkat universiti ni..

Zaman sekolah rendah dulu, bila time exam je rasa macam malas jer nak menjawab exam. susah la, payah la, tak larat la, tak taw la dan macam-macam lagi alasan yang berlegar-legar pada diriku ini. Maklumlah, masa time tu tak terfikir lagi betapa pentingnya peperiksaan itu...

Bila dah mula masuk sekolah menengah pula, lain cerita jadinya. Rasa macam tak sabar-sabar nak jawab exam..hehe...bukan apa. bila habis exam boleh balik rumah. Maklumlah dah tinggal di asrama la katakan...



Tapi ada satu perkara yang tak dapat dielakkan bila time exam ne..ada je desas-desus orang yang cuba meniru atau dalam bahasa modennya dipanggil 'copy and paste' di dalam peperiksaan...

Macam-macam cara dan skill yang dapat penulis saksikan sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang pelajar. Rasanya tak perlu diberitahu pun pembaca-pembaca sendiri dah boleh membayangkan cara-cara dan skill-skill tersebut...



Ada juga kawan-kawan pernah bertanya kepada penulis, "kalau kita tengok jawapan orang lain di dalam peperiksaan untuk memastikan jawapan dia sama dengan kita boleh tak? Bukannya kita meniru pun. Kita pon ada jawapan kita sendiri. Cuma tak berapa yakin je.."

Namun ada juga sebahagian daripada kawan-kawan yang memberikan kata-kata yang cukup bermakna di dalam menjawab persoalan-persoalan yang sedemikian. Kata mereka, "exam ni bukan saja dapat menilai sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang kita belajar semata-mata. Ianya lebih daripada itu. Ada pelbagai hikmah tersembunyi di sebaliknya."

Ada juga yang berkata, "Bila kita menjawab exam dengan jujur dan ikhlas, kita akan merasakan kepuasan pada diri kita walaupun result kita tidaklah sehebat mana pun kerana ianya datang dari usaha kita sendiri".



Maka, apa gunanya sekiranya kita mendapat keputusan cemerlang tetapi ianya kerana meniru? Kita tidak akan merasakan kepuasan yang sebenar berbanding dengan orang yang walaupun hanya mendapat keputusan biasa sahaja tetapi dia jujur di dalam menjawab exam..

Dan sekiranya seseorang itu meniru di dalam exam, tak mustahil dia juga akan terus-menerus menipu di dalam kehidupannya kelak. Mungkin saja dalam pekerjaannya, kehidupan rumah tangganya dan juga pelbagai perkara lain pada masa depan.

Seperti pepatah melayu "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri"



Kesimpulannya, jujur dan ikhlaslah di dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya. Janganlah kita cuba memalap atau memadamkan cahaya yang telah kita cari selama ini. Renung-renungkan dan selamat beramal...

3 comments:

  1. kepuasan.utk.cemerlang.itu.dibina.oleh.persekitaran.
    mulakanlah.dengan.diri.sendiri.
    agar.tidak.terlalu.taasub.dengan.result.yang.gempak.

    bila.dipuji.kejayaan.kita.
    semuanya.bukan.milik.kita.
    oleh.itu.sedarlah.sentiasa.
    semuanya.dari.Allah.

    daging.yang.terbina.daripada.makanan.yang.haram.
    akan.menjadi.bahan.bakar.di.neraka.

    begitulah.juga.dengan.exam.
    certificate.yang.diperolehi.
    hasil.meniru.dalam.exam.
    buat.cari.kerja.
    bagi.anak.bini.makan.hasil.gaji.

    haa.
    lu.pikir.la.sendiri.

    ReplyDelete
  2. ahaaa... exam ni, ni yang replah nk mengomen ni.
    =D

    some says exam ni kalau niru nya, nanti kelak haram apa semua ada, bg anak bini makan.

    me, kejadahnya exam ni, alaaa, biarlah nk tiru ka tidak, no hal. as long as semua happy, that is for me, tapi ada sesetengah orang yang tak suka, yang tak puas hati, then, biarlah.
    it is leverage man, leverage!!!

    p/s: me, ta tiru but bg orang tiru my paper. well i got benefit from it as well. just my 2cents

    ReplyDelete