Labels

Monday, December 20, 2010

Peristiwa Pertandingan Debat Diraja UTHM 2010...


Salah satu monumen-monumen UTHM...

Salam...kali ni penulis ingin menceritakan tentang pengalaman menghadapi pertandingan Debat Diraja 2010 yang berlangsung di UTHM baru-baru ini. Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut tentang perlawanan yang penulis hadapi rasanya elok penulis menceritakan serba sedikit mengenai selok belok tentang pertandingan debat kali ini untuk kefahaman semua.


Penulis bersama rakan ketika Majlis Amanat NC USIM di Dewan Senat USIM sebelum keberangkatan ke UTHM...

Pertandingan Debat Diraja merupakan pertandingan debat yang paling berprestij bagi debat universiti seluruh Malaysia. Sesuai dengan statusnya yang paling berprestij maka pertandingan ini yang sememangnya diadakan pada akhir setiap tahun akan menarik penyertaan dari seluruh IPTA dari seluruh Malaysia.


Ketibaan pasukan-pasukan pendebat USIM di UTHM...

Pertandingan ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Debat Diraja Bahasa Melayu, Debat Diraja Bahasa Inggeris dan Debat Diraja Bahasa Arab. Setiap bahagian ini memiliki 2 kategori iaitu Kategori Utama(Senior) dan Kategori Muda(Junior). Maka, penulis yang baru setahun jagung dalam arena perdebatan ini telah terpilih untuk mewakili USIM dalam bahagian Kategori Muda untuk Debat Diraja Bahasa Melayu.


Saudara Shah Izad, saudara Irhamuddin dan penulis sebelum bertanding...

Penulis telah disatukan dengan saudara Irhamuddin(Pelajar Tahun 2 FST) yang bertindak sebagai pendebat pertama dan saudara Shah Izad(Pelajar Tahun 2 FSU) yang bertindak selaku pendebat kedua. Penulis sendiri bertindak sebagai pendebat ketiga dan pasukan penulis dikenali sebagai Pasukan USIM MUDA 2.


Seluruh Pasukan Universiti-Universiti sedang berkumpul dalam sesi taklimat perdebatan...

Setiap pasukan akan melalui 6 pusingan kelayakan bagi Debat Diraja Bahasa Melayu dan 5 pusingan kelayakan bagi Debat Diraja Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Maka, suka penulis untuk menceritakan tentang pengalaman penulis dalam mengharungi keenam-enam pusingan kelayakan tersebut.


Pasukan Utama USIM bagi Debat Diraja Bahasa Melayu 2010...

Pusingan Pertama: Lawan bagi pusingan ini adalah Pasukan UMT MUDA 1 dan usul bagi pusingan ini adalah "Washington dan Tehran : Buku Bertemu Ruas". Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan penulis dengan perbezaan margin 1 dan saudara Irhamuddin sebagai pendebat terbaik.


Santai minum malam bersama-sama pendebat Bahasa Inggeris USIM...

Pusingan Kedua: Lawan bagi pusingan ini adalah Pasukan UPNM MUDA 1 dan usul bagi pusingan ini adalah "Selat Tebrau Semakin Sempit". Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan lawan dengan perbazaan margin 1 dan saudara Shah Izad sebagai pendebat terbaik.


Ketika Makan Malam Anugerah Debat Tahunan di Dewan Utama UTHM...

Pusingan Ketiga: Lawan bagi pusingan ini adalah Pasukan UMP MUDA 1 dan usul bagi pusingan ini adalah "Green Party Merawat Politik Malaysia". Perlawanan ini juga dimenangi oleh pihak lawan dengan perbezaan margin 1 dan saudara Shah Izad sebagai pendebat terbaik.


Pasukan Utama bahasa Arab USIM yang sudah memasuki final Debat Diraja Bahasa Arab pada tahun ini bagi mempertahankan kejuaraan sama tahun lepas...

Pusingan Keempat: Lawan bagi pusingan ini adalah Pasukan UUM MUDA 1 dan usul bagi pusingan ini adalah "Blok Ekonomi Menyongsang Semangat Globalisasi". Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan penulis dengan perbezaan margin 4 dan saudara Irhamuddin sebagai pendebat terbaik.


Kelihatan Pengerusi Kelab Debat USIM iaitu saudara Mohd Qayyum Musa sedang rancak bersembang dengan 'Diva' Pendebat Bahasa Arab USIM, Kak Maisarah...

Pusingan Kelima: Lawan bagi pusingan ini adalah Pasukan UPNM MUDA 2 dan usul bagi pusingan ini adalah "Makdonalisasi (McDonalization) Memugar Citra Tempatan". Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan penulis dengan perbezaan margin 1 dan saudara Shah Izad sebagai pendebat terbaik.


Perbincangan tentang usul sebelum memasuki perlawanan...

Pusingan Keenam: Lawan bagi pusingan ini adalah pasukan naib johan Debat Diraja Kategori Muda 2009 iaitu Pasukan UTP MUDA 1 dan usul bagi pusingan ini adalah "Keranamu Myanmar, ASEAN Lebih Bermakna". Perlawwanan ini dimenangi oleh pihak lawan dengan perbezaan margin 1 dan saudara Irhamuddin sebagai pendebat terbaik.


Keadaan ketika persidangan sedang berjalan...

Secara keseluruhan, pasukan penulis telah menang 3 kali dan kalah 3 kali telah berada pada kedudukan pasukan ke-16 dari 40 pasukan dan ini menyebabkan pasukan penulis gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Walaupun pasukan penulis tidak berjaya namun penulis merasakan bahawa semua ahli pasukan penulis termasuk penulis sendiri telah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang dihadapi.


Inilah kumpulan penulis...

Akhir kata, setakat ini sahaja dahulu yang dapat penulis kongsikan bersama. Hingga ketemu dalam post seterusnya. Wasalam...

4 comments:

  1. salam
    debat BM dah x ada ahli perempuan?

    ReplyDelete
  2. Wslm...ada la.Dlm group iqmal pon,simpanan dy perempuan first year muamalat & utk group junior satu lg first speaker dy pon perempuan jgak dr first year fikh fatwa...

    ReplyDelete
  3. salam iqmal..
    sedap je ye letak title 'diva' kt akak ye..ish3..blum diva lg dik..
    hmm..trime kasih byk2 utk smua debater bm n bi yg same2 bertungkus lumus n bersengkang mata dgn kami..terutama mlm sblm final..usaha, sokongan n doa korang hny ALLAH yg mmpu balas..kejayaan ni kejayaan kta bersama..korang mmg best!...plg terharu time separuh n final..=)

    ReplyDelete
  4. wslm..eh,kak maisarah ke?wah..mmg diva la..dh mnang 2 tahun berturut2 kn...hehe...anyways..thanks 4 KFC n thniah ats kjayaan debat ari 2..hehe...^_^

    ReplyDelete