Labels

Tuesday, January 4, 2011

Insan Istimewa...

Salam..kali ni nak bercerita tentang insan-insan yang bergelar KAWAN,RAKAN,SAHABAT atau apa-apa lagi perkataan yang memberi makna yang sama..

Seperti yang kita ketahui, 'insan istimewa' ini merupakan sebahagian daripada coretan mahupun lakaran kehidupan dalam hidup setiap insan. Maka, sebab itulah penting di dalam memilih 'insan istimewa' ini untuk dijadikan sebahagian daripada rentetan-rentetan kehidupan kita.

Maka, setiap insan termasuklah kita telah meletakkan beberapa garis panduan atau ciri-ciri yang berbeza di dalam memilih 'insan istimewa' ini. Seperti contoh:

1.Memahami.
2.Keserasian.
3.Mengambil berat.
4.Berkongsi suka-duka.
5.Jujur.

Pendek kata, banyak garis panduan atau ciri-ciri yang telah ditetapkan di dalam memilih 'insan istimewa' ini dalam kehidupan.

Namun, adakah kita sendiri memiliki ciri-ciri seperti yang telah digariskan di dalam mencari 'insan istimewa ini'...

Renung-renungkan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment