Labels

Sunday, February 13, 2011

Kem Shah's Resort Melaka

Salam...kali ni nak cerita pengalaman pergi kem di Shah's Resort di Tanjung Keling Melaka. Kali ni ramai dari ahli kelab debat USIM yang turut serta. Daripada orang no. 1 dalam kelab debat sampai la kepada pelapis-pelapis pendebat semuanya turut serta di dalam menjayakan program debat kali ini.


Masa dalam bas sebelum tiba di Shah's Resort...

Kali ini, kem ini lebih berbentuk kepada team building di samping mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli-ahli kelab debat terutamanya pendebat-pendebat dengan ahli-ahli pengurusan kelab debat.


Aktiviti mencari wira-wira USIM. Hehe...

Bagi debat bahasa Melayu, kami menggunakan kesempatan ini untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai strategi-strategi di dalam mencapai target debat bahasa melayu USIM pada tahun ini untuk mencapai sekurang-kurangnya johan dalam salah satu daripada pertandingan-pertandingan debat yang diadakan pada tahun ini.


Aktiviti mencari wirawati-wirawati USIM. Hehe...

Paling menarik, terdapat jamuan makan malam @ dinner dan majlis ini diserikan dengan beberapa anugerah dan cabutan bertuah. Tiga anugerah utama telah dipertandingkan iaitu Anugerah Pasukan Cemerlang, Anugerah Pasukan Gemilang dan Anugerah Pasukan Harapan. Pasukan debat Bahasa Melayu telah mengungguli kategori Anugerah Pasukan Cemerlang, pasukan debat Bahasa Arab pula mengungguli kategori Anugerah Pasukan Gemilang dan pasukan debat Bahasa Inggeris mengungguli Anugerah Pasukan Harapan.


Presiden kelab pon dapat hadiah jgak? x adil ne..hehe...

Anugerah-anugerah individu juga turut dipertandingkan. Pemenang-pemenangnya adalah:
Most Talkative Award - Saudari Kamalia@Kak Cam.
Most Clumsiest Award - Saudari Nurul Hani@Kak hani.
Most Jovial Award - Saudara Azri Naim@Abg Naim.
Anugerah Khas Debat - Saudara Izzat Amsyar@Abg Izzat.
Best Dressed Male - Saudara Amirul Anwar.
Best Dressed Female - Saudari Nur Faezah.


Bersama-sama 'Diva-Diva' debat USIM...

Selain itu, pendebat-pendebat bahasa Melayu turut berbincang mengenai tajuk-tajuk bagi debat ibtegriti yang telah ditundakan pada bulan Mac ini. Berikut merupakan tajuk-tajuk debat Integriti 2011:


Rakan-rakan seperjuangan...

A-(USUL PENTADBIRAN)
1.Bekerja Di Rumah Jawapan Kepada Integriti Penjawat Awam.
2.Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.
3.Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.
4.Audit Nadi Integriti Sektor Awam.
5.SPRM: Langkah Bijak.
6.Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.
7.NKRA: Satu Pembaziran.
8.Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.
9.KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.
10.Gaji Minimum Bukan Jawapannya.


Sesi bergambar beramai-ramai. Penulis kena jadi photographer.Huhu...

B-(USUL POLITIK)
1.Wikileaks Penggugat Integriti.
2.Masalah Rasuah: Iltizam Politik Didamba.
3.Rasuah Di Malaysia Sudah Kronik.
4.Politik Malaysia Belum Matang.
5.Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.
6.Pilahanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
7.Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori Kepada Pesalah Rasuah.


Penulis bersama dengan pengerusi kelab debat USIM...

C-(USUL EKONOMI)
1.IMF Ibarat Lintah.
2.AIG: Krisis Enron Kedua.
3.Negara Berpendapatan Tinggi: Jauh panggang Dari Api.
4.ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.
5.Model Ekonomi Baru: Satu Angan-Angan.
6.Tadbir Urus Baik Penentu NKRA.
7.Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.


Penulis bersama mentor debat time tamhidi(Penulis,Muna & Zulfirdaus satu team) dulu, Kak Ace...

D-(USUL SOSIOBUDAYA)
1.Meritrokasi Pengukuh Perpaduan Negara.
2.1 Malaysia: Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
3.Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.
4.Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.
5.Rakyat Kita Tidak Serius Tentang Soal Integriti.
6.OKU Masih Tersisih.
7.Integriti: Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.
8.Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.
9.Isu Halal Di Malaysia Tiada Penghujungnya.
10.Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.
11.Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.
12.Jaringan Sosial Di Internet: Satu Ketagihan.
13.Hubungan Etnik Di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.
14.Judi Dan Sukan: Nila Dan Susu.
15.Pendedahan Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.
16.Benih Integriti Ditanam, Rumpaai Integriti Yang Tumbuh.


Penulis bersama bakal pengerusi kelab debat USIM yang baru...

Selain itu, terdapat juga beberapa slot lain seperti senaman,aktiviti riadah,program motivasi dan sebagainya yang turut dijalankan di dalam kem debat pada kali ini.


Best shot penulis pada kali ini...sempat jugak walaupun jadi photographer.hehe...

Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Nantikan pula post seterusnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment