Labels

Saturday, March 19, 2011

Debat Perdana Integriti 2011...

Salam..kali ni nak bercerita tentang pengalaman mengikuti perkembangan Pertandingan Debat Perdana Integriti 2011 secara dekat.


Pendebat, penyokong serta Jurulatih Debat USIM...

Seperti pertandingan-pertandingan debat yang lain, Debat Integriti juga terdiri dari 6 pusingan liga kelayakan sebelum pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir. Pada kali ini, seramai 28 buah IPTA, IPTS dan IPG turut serta. Kali ini USIM diwakili oleh Saudari Ummu Umairah selaku first speaker, Saudara Ikhwan selaku second speaker, Saudara Abdullah Long selaku third speaker dan Saudara Irhamuddin selaku reserve speaker.

Berikut merupakan ringkasan tentang perlawanan bagi pusingan kelayakan yang telah dihadapi oleh USIM pada kali ini:


Ketika perdebatan berlangsung...

Pusingan 1:Usul-Benih Integriti yang Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh. USIM(Kerajaan) vs UMP(Pembangkang).
Kalah dengan margin 1 dan juri 2-1.
Pendebat terbaik Saudara Adam dari UMP.


Researcher pon nak berdebat jugak ke?hehe...

Pusingan 2:Usul-Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.
Universiti Taylor(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang).
Menang dengan margin 9.33 dan juri 3-0.
Pendebat terbaik Saudara Abdullah Long dari USIM.


Sempat lagi bergambar dengan senior sekolah dulu yang merupakan wakil IPG Darul Aman...

Pusingan 3:Usul-Masalah Politik:Iltizam Politik Didambakan.
USIM(Kerajaan) vs IPG Darul Aman(Pembangkang).
Menang dengan margin 3 dan juri 3-0.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Inilah sebahagian daripada tugas-tugas researcher...

Pusingan 4:Usul-Model Ekonomi Baru:Satu Angan-Angan.
UTP(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang).
Menang dengan margin 1.67 dan juri 3-0.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Cameraman x rasmi kali ini.Hehe...


Keasyikan penyokong2 menonton perdebatan...sampai bersesak bilik sidang...

Pusingan 5 :Usul-Sudah tiba masanya hukuman mati dimansuhkan.
UIAM(kerajaan) VS USIM(Pembangkang).
Menang dengan margin 4 dan juri 3-0.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM


Kesibukan berdebat tidak menggugat masa untuk bergambar...

Pusingan 6 :Usul-Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan
USIM(Kerajaan) VS UMT(Pembangkang).
Menang dengan margin 3 dan juri 3-0.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Keputusan bagi Liga Kelayakan Debat Perdana Integriti 2011...

Mengikut secara keseluruhan keenam-enam pusingan tersebut, USIM telah berjaya menempah nama selaku Juara Liga Pusingan Kelayakan Debat Perdana Integriti 2011. Selaku juara USIM membawa pulang piala Juara Liga Debat Perdana Integriti dan wang tunai beserta sijil. Namun, perjuangan USIM tidak terhenti di sini sahaja. Berikut merupakan rentetan perjalanan USIM di peringkat seterusnya:


Dengan 1 tekad, USIM melangkah ke final atas pengorbanan yang telah dilakukan...

Pusingan Suku Akhir:Usul-1 Malaysia:Yang Dikejar Tak Dapat,Yang Dikendong Berciciran.
USIM(Kerajaan) vs UTP(Pembangkang).
Menang dengan margin 1.5 dan juri 4-1.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Nasihat oleh Abg Acoi sebelum perlawanan bermula...

Pusingan Separuh Akhir:Usul-KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.
UM(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang).
Menang dengan margin 4 dan juri 4-1.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Piala Juara Liga dan Piala Pusingan Pendebat Terbaik...

Pusingan Akhir:Usul-Integriti Politik Penentu Undi PRU-13.
USIM(Kerajaan) vs MMU(Pembangkang).
Kalah dengan juri 5-2, margin tidak diumumkan.
Pendebat terbaik Saudara Ikhwan dari USIM.


Plak Naib Johan Debat Perdana Integriti 2011...

Secara keseluruhannya, USIM telah membawa satu nafas yang baru dalam dunia perdebatan USIM dengan menambah koleksi kemenangannya. USIM membawa pula status Juara Liga Pusingan, Naib Johan bagi Pertandingan Debat Perdana Integriti 2011 dan status Pendebat Terbaik turut dimenangi. Naib Johan membawa pulang wang tunai RM4,000 manakala Pendebat Terbaik membawa pulang RM1,000.


Koleksi yang berjaya dibawa pulang ke USIM...

Selain itu, pasukan debat USIM telah melepasi sasaran KPI untuk pertandingan kali ini di mana ia menyasarkan hanya layak ke separuh akhir. Kepada para pemenang, tahniah diucapkan dan yakinlah bahawa pintu perjuangan belum lagi tertutup untuk perdebatan-perdebatan seterusnya. Sesungguhnya pendebat USIM sentiasa merupakan juara di hati seluruh warga USIM...tahniah buat mereka...


Tertanya-tanya jugak. Bila pula agaknya giliran penulis untuk mengulangi kejayaan yang sama ea...Hehe...

Itu sahaja buat kali ini, sehingga ketemu di post berikutnya. Wasalam...

2 comments: