Labels

Saturday, March 12, 2011

Ekspedisi Gunung Datuk

Salam... kali ini nak menceritakan tentang pengalaman mendaki Gunung Datuk bersama rakan-rakan seperjuangan baru-baru ini.


Inilah destinasi ekspedisi pendakian kami...

Kami bertolak dari Nilai pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Gunung Datuk di Rembau pada pukul 9.30 pagi. Kami diberi taklimat oleh pengurus kawasan rekreasi Gunung Datuk dan melakukan senaman sebelum memulakan pendakian.


Muka-muka confident nak daki gunung...

Pendakian bermula pada jam 10.00 pagi. Pendakian yang mengambil masa lebih 2 jam itu cukup mencabar fizikal dan mental kami semua. Walaupun terdapat banyak rintangan di sepanjang perjalanan seperti kepenatan,kehausan,keletihan dan juga tidak kurang beberapa insiden pengsan.


Yeay..Pendakian bermula...

Namun, akhirnya kami tiba di puncak Gunung Datuk dalam 12.00 tengah hari. Kami mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan yang terbentang luas indah di samping melepaskan lelah ketika mendaki tadi.


Penulis bersama ketua group BMB2, Saudara Eman Firdaus...

Agak lama juga di puncak. Sesi fotografi yang berterusan hingga ribuan gambar berjaya dirakamkan oleh saudara Fazlie. Itu baru dari Fazlie, kemera lain x calculate lagi. Hehe...


Kenangan Gunung Datuk 2011...erm, memang best...

Akhirnya dalam pukul 2.00 petang kami mula bergerak turun dari gunung. Ibarat pepatah "Ku harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari", perjalanan turun dari bukit juga terdapat rintangannya yang tersendiri.


Time rehat sebelum sampai kat puncak. Semua nampak cool jer tapi cover letih sebenarnya...Hehe...

Hujan mula turun menyirami bumi. Kami semua kebasahan dan jalan pendakian menjadi licin dan berbahaya. Kami semua bermandian hujan dan alhamdulillah, akhirnya kami semua berjaya turun dari gunung walaupun tali beg penulis putus dua-dua belah akibat tekanan ketika menuruni bukit dengan cepat disebabkan hujan.


I believe I can fly...mungkin itulah yang ingin diungkapkan oleh Alfaiz...

DI kaki gunung, kami mengalas perut dan menunaikan kewajiban kepada Ilahi. Akhirnya, dalam 6.30 petang kami bertolak pulang ke Nilai. Sesungguhnya pengalaman ekspedisi pendakian kali ini memang sangat menarik. Seperti post yang sebelumnya, pengalaman memang x dapat dicari dengan mudah. Maka,hargailah ia ketika masih berpeluang.


Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang melanda, tapi kemanisan tetap dapat dirasai pada akhirnya...

Itu sahaja post kali ini, so pada siapa yang x join tu, rugi sangat-sangat.Hehe...Erm, jumpa lagi di post yang seterusnya nanti. Wasalam...

No comments:

Post a Comment