Labels

Saturday, March 5, 2011

Debat NC 2011

Salam...kali ni nak berkongsi tentang Kejohanan Piala Debat naib Canselor USIM 2011 yang berlangsung baru-baru ini. Tidak seperti tahun lepas, disebabkan peraturan yang tidak membenarkan mana-mana pendebat universiti untuk turut bertanding maka secara rasminya penulis x dapat untuk turut serta sebagai peserta kali ini.


Barisan para hakim Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011 kategori BM...

Tapi penulis telah diamanahkan untuk menjadi Hakim bagi kejohanan debat kali ini. Mula-mulanya penulis ingin menolak undangan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor namun setelah berfikir semula, maka penulis pun bersetuju untuk menerima undangan tersebut...

Nak dijadikan cerita, penulis telah menghakimi kelima-lima pusingan kelayakan bagi debat bahasa melayu. Berikut merupakan perincian bagi setiap pusingan yang diadili oleh penulis:


Saudara Irhamuddin masih lagi dengan gaya ala-ala diva seperti selalunya.Hehe...

Pusingan 1:Usul-Inspira Lebih Baik, mengadili pasukan FSU B(kerajaan) vs Tamhidi B(pembangkang) bersama dengan Abg Syazwan(Alumni Debat USIM) dan Saudara Irhamuddin (Pendebat USIM)yang berakhir dengan kemenangan Tamhidi B...

Pusingan 2:Usul-Barat Sudah Menjadi Raja, mengadili pasukan KK1(kerajaan) vs KKNC(pembangkang) dengan encik Zaid (Alumni Debat UITM)dan Saudari Zaidah(Pendebat USIM) yang berakhir dengan kemenangan KK1...


Penulis, Saudara Qayyum Jumedy & Saudari Anis Nazurah...

Pusingan 3:Usul-Mahasiswa Kita Lesu, mengadili pasukan Tamhidi B(kerajaan) vs FST B(pembangkang) dengan Saudara Qayyum Jumedy(Pendebat USIM) dan Saudari Anis Nazurah(Pendebat USIM) yang berakhir dengan kemenangan Tamhidi B...

Pusingan 4:Usul-Kebebasan Laman Web Sosial Perlu Dikawal, mengadili pasukan FSU A(kerajaan) vs FKP A(pembangkang) bersama Abg Zaini(Alumni Debat) dan Kak Syu(Pendebat UTEM) yang berakhir dengan kemenangan FKP A...


Penulis, Saudara Qayyum Musa & Pn Zunaidah...

Pusingan 5:Usul-Dunia Kita Semakin Aman, mengadili pasukan FPSK B(kerajaan) vs KKNC(pembangkang) dengan Saudara Qayyum Musa(Pendebat USIM) dan Pn Zunaidah(Pensyarah Pusat Tamhidi) yang berakhir dengan kemenangan FPSK B...


Wakil-wakli FEM + Urusetia + Hakim.Hehe...

Walaupun x terlibat sebagai peserta, namun pencapaian yang dilakarkan oleh wakil FEM tetap diikuti perkembangannya. Mereka yang terdiri dari Saudari Atikah Nur, Saudari Jannatul Ajillah, Saudari Nurhidayah dan Saudari Nabilah telah berjaya membawa nama FEM dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Berikut merupakan pusingan yang dilalui oleh wakil FEM iaitu:


Wakil FEM A + Urusetia dari FEM bagi Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011 kategori BM...

Pusingan 1:Usul-Inspira Lebih Baik, FEM A(kerajaan) vs FKP B(pembangkang), menang margin 1, juri 2-1, pendebat terbaik Saudari Jannatul Ajillah...
Pusingan 2:Usul-Barat Sudah Menjadi Raja, FPG(kerajaan) vs FEM A(pembangkang), kalah margin 2.67, juri 3-0, pendebat terbaik dari FPG...
Pusingan 3:Usul-Mahasiswa Kita Lesu, FKP B(kerajaan) vs FEM A(pembangkang), kalah margin 2, juri 2-1, pendebat terbaik Saudari Jannatul Ajillah...
Pusingan 4:Usul-Kebebasa Laman Web Sosial Perlu Dikawal, FEM A(kerajaan) vs FPBU A(pembangkang), menang margin 1.6, juri 2-1, pendebat terbaik Saudari Atikah Nur...
Pusingan 5:Usul-Dunia Kita Semakin Aman, FST A(kerajaan) vs FEM A(pembangkang), kalah margin 3, juri 3-0, pendebat terbaik Saudari Nurhidayah+pendebat Harapan Saudari Atikah Nur...

Dan yang paling membanggakan ketiga-tiga wakil kita iaitu Saudari Atikah Nur, Saudari Jannatul Ajillah & Saudari Nurhidayah berada dalam Top 15 list pendebat terbaik bagi keseluruhan pusingan...Saudari Jannatul Ajillah(Ranking ke-4), Saudari Nurhidayah(Ranking ke-5) dan Saudari Atikah Nur (Ranking ke-12).


Pengalaman x dapat dibeli dengan mudah. Hargailah ketika mampu...

Setakat itu sahaja dahulu wat kali ini. Sehingga ketemu dalam post berikutnya. Insha Allah...Wasalam...

3 comments:

  1. lbh2 la kn story...by the way thniah smua...

    ReplyDelete
  2. all is fact,okey...so, trima je la as best debator 2...bkn senang nk achive kot...hehe...^_^

    ReplyDelete
  3. mmg la..tau,kn rzki Allah bg smuanya..

    ReplyDelete