Labels

Wednesday, April 13, 2011

Program Jelajah Ilmiah ke SMA Al-Hidayah Ipoh...

Salam..bertemu kembali di dalam arena blog buat kali ini...

Kali ini suka untuk saya menceritakan tentang pengalaman ketika Program Jelajah Ilmiah di Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah, Ipoh Perak baru-baru ini...


Sebahagian dari delegasi USIM & ADAM...

Program ini diadakan bagi tujuan menerima pelawaan dari SMA Al-Hidayah yang telah menjemput wakil dari Kelab Debat USIM dengan kerjasama Alumni Debat Malaysia(ADAM) untuk memberikan ceramah dan pendedahan tentang kaedah perdebatan.

Delegasi USIM & ADAM yang terdiri daripada 17 orang mahasiswa/mahasiswi dan diiringi oleh Presiden ADAM iaitu Abg Acoi sendiri telah memulakan perjalanan menuju ke SMA Al-Hidayah seawal jam 8.00 pagi.


Jauh perjalanan, luas pengetahuan...

Perjalanan menuju ke SMA Al-Hidayah telah mengambil masa selama hampir 4 jam dan kami telah tiba di SMA Al-Hidayah pada jam 12.00 tengah hari. Ketibaan kami disambut oleh Guru Penolong Kanan SMA Al-Hidayah iaitu Muallimah Norbaya dan seluruh peserta Program Jelajah Ilmiah dengan penuh meriah.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan wakli-wakil delegasi pendebat USIM & ADAM oleh penulis yang bertindak selaku moderator majlis. Kemudian, pembentangan serta penyampaian teknikal perdebatan telah dibentangkan oleh saudari Ummu Umairah binti Azhari dan Abg Acoi. Berikut merupakan sebahagian daripada pembentangan mengenai tektikal perdebatan:


Bekas team penulis di Debat Royal dulu...

Pendebat Pertama Kerajaan (Perdana Menteri):
-Usul
-Definisi
-Premis/Pendirian
-Outline
-Beban Bukti
-Hujah 1
-Premis/Pendirian
-Usul

Pendebat Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang):
-Usul
-Pertikaian Definisi(jika ada)
-Bidasan
-Premis/Pendirian
-Outline
-Hujah 1
-Premis/Pendirian
-Usul


Abg Acoi...

Pendebat Kedua Kerajaan (Timbalan Perdana Menteri):
-Usul
-Premis/Pendirian
-Jawab Pertikaian
-Bidasan
-Hujah 2 & 3
-Premis/Pendirian
-Usul

Pendebat Kedua Pembangkang (Timbalan Ketua Pembangkang):
-Usul
-Premis/Pendirian
-Jawab Pertikaian
-Bidasan
-Hujah 2 & 3
-Premis/Pendirian
-Usul


Simulasi perdebatan...

Pendebat Ketiga Kerajaan (Menteri Pertahanan):
-Usul
-Premis/Pendirian
-Bidasan (Konsep & Hujah)
-Premis/Pendirian
-Usul

Pendebat Ketiga Pembangkang (Pembangkang Pertama):
-Usul
-Premis/Pendirian
-Bidasan (Konsep & Hujah)
-Premis/Pendirian
-Usul

Sesi Penggulungan Kerajaan & Pembangkang:
-Usul
-Premis/Pendirian
-Bidasan (Konsep & Hujah)
-Gulung Hujah
-Timbangtara
-Premis/Pendirian
-Usul


Sesi bergambar beramai-ramai...

Sesi kedua yang bermula pada jam 3.00 petang pula diisi dengan simulasi perdebatan oleh pendebat-pendebat USIM. Pasukan USIM A(Kerajaan) yang diwakili oleh Saudari Norhidayah(Perdana Menteri), Saudara Faiz Hussin Shokri(Timbalan Perdana Menteri) dan Saudara Irhamuddin(Menteri Pertahanan) menentang pasukan USIM B yang diwakili oleh Saudari Ummu Umairah Azhari(Ketua Pembangkang), Saudara Azri Naim(Timbalan Ketua Pembangkang) dan Saudara Shah Izad(Pembangkang Pertama) dengan usul perdebatan "Cinta Itu Buta".

Selesai sesi kedua, delegasi USIM & ADAM dibawa bersiar-siar di sekitar Bandaraya Ipoh. Pada malam tersebut, sesi ketiga dijalankan iaitu perdebatan antara SMA Al-Hidayah A bertemu SMA Al-Hidayah B dengan usul perdebatan "Facebook Satu Keperluan".

Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan sesi bergambar dan sesi penyampaian hadiah oleh Guru Penolong Kanan SMA Al-Hidayah kepada delegasi USIM & ADAM serta penyampaian hadiah oleh Abg Acoi kepada SMA Al-Hidayah. Kelab Debat USIM juga telah mengumumkan mengenai keputusan untuk mengambil SMA Al-Hidayah selaku sekolah angkat USIM menerusi Timbalan Presiden 1 Kelab Debat iaitu Saudara Shah Izad.


Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah...renung-renungkan...

Delegasi USIM & ADAM berangkat pulang ke USIM pada jam 10.30 malam dan tiba di USIM pada jam 1.30 pagi. Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Wasalam...

No comments:

Post a Comment