Labels

Saturday, May 7, 2011

BBQ, GAME, RETIREMENT & APPOINTMENT of BMB 2 CLASS REP

Salam...kali ne nak berkongsi satu pengalaman bersama sahabat-sahabat group BMB2 yang telah mengadakan satu aktiviti bersama di rumah Saudari Halimah a.k.a Limah baru-baru ini.


Ne la dia ikan-ikan keli yang dibuat BBQ malam tu...

Penulis beserta sahabatnya Eman, Rafiuddin, Azam & Zulfahmin telah bertolak ke rumah Limah untuk menghadiri aktiviti bersama group 2 pada petang Khamis selepas selesai menjawap exam paper Marketing pada pagi itu. Thanks kepada Nasuha a.k.a Wawa atas kesudian meminjamkan 'Debab' sebagai kenderaan rasmi pada kali ini.


Aktiviti menangkap ikan keli. Menarik bukan...

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dalam 20 minit berkesudahan dengan hampir 40 minit perjalanan akibat tersilap dan terlupa jalan. Pendek cerita, satu Bandar Sepang telah kami lalui atau ayat kiasannya 'meronda-ronda sambil melawat kawasan'.


Aktivit BBQ ne memang menyeronokkan. Penulis jadi tukang kipas je.hehe...

Setibanya kami di rumah Limah, kami solat Asar. Selepas itu kami semua berehat-rehat sambil meninjau perkarangan rumah dan melakukan sedikit aktivit bersukan bersama. Pada masa yang sama, sahabat-sahabat perempuan menyiapkn keperluan untuk aktiviti malam nanti seperti menebang tebu, menyiang ikan keli, memerap ayam dan sebagainya.


Ne la muka-muka x sabar nak makan BBQ.Hehe...

Kemudian, dalam pukul 6.30 petang, rombongan sahabat lelaki yang kedua pun tiba. Kami makan malam bersama-sama pukul 7.00 petang dan solat magrib berjemaah. Kemudian kami mendirikan solat sunat hajat yang diimamkan oleh penulis sendiri, bacaan yasin yang diketuai oleh senior Zulfahmi dan solat Isya' yang diimamkan oleh saudara Eman.


Mai meratah tebu ramai-ramai...

Selepas itu, aktivit BBQ pun bermula. Kami semua enjoy & happy go lucky. Lama jugak la aktiviti BBQ ni sehingga pkl 12 malam baru selesai. Kemudian apa lagi, makan sampai kenyang la tengah-tengah malam tu.


Ish3..sempat lagi tengok movie time orang lain sedang BBQ.Hehe...

Keesokkan harinya, kami solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh ayah Limah sendiri dan membaca surah Al-Kahfi bersama-sama selepas itu. Selepas sarapan, terdapat aktiviti sukan yang menyaksiakan ukhwah antara kami semua semakin kuat. Aktiviti yang menggunakan props seperti belon, straw, tali rafia dan sebagainya ini telah memupuk semangat bekerjasama, saling tolong-menolong, berfikir secara kreatif dan sebagainya dikalangan kami semua.


Tengok, kreatif betol team ne.Hehe...

Pada pukul 10.30 pagi, kami semua berkumpul di atas surau untuk memulakan acara yang paling penting pada program kali ini iaitu majlis pelantikan ketua & penolong ketua kelas BMB2 yang baru bagi menggantikan ketua dan penolong ketua yang sedia ada iaitu Eman dah Limah yang bersara (ceh, macam jawatan rasmi pulak, siap ada bersara lagi).


Amboi, sakan depa semua main...

Dipendekkan cerita, kami semua secara majoriti telah memilih Azam selaku ketua yang baru dan digandingkan dengan Wawa sebagai penolong ketua kelas BMB2 yang baru. Senior Zulfahmi dan Farhana pula telah dipilih untuk menjadi Bendahara & Bendahari yang baru.


Program kali ne memang syok+best+seronok+happy...

Kemudian program berakhir pada pukul 11.30 pagi dan kami semua bertolak pulang ke Nilai. Sekian saja perkongsian kali ni. Ketemu di post akan datang. Wasalam...

No comments:

Post a Comment