Labels

Sunday, May 22, 2011

Cruise, Pirate & Kayak at Melaka...

Salam..ketemu dalam post kali ini. Pada kali ini, penulis ingin meceritakan tentang pengalaman penulis baru-baru ini di Melaka.


Driver trip kali ini...

Trip pada kali ini adalah tidak dirancang secara teliti seperti trip-trip yang sebelumnya. Berpunca dari sembang-sembang kosong, trip pada kali ini telah diutarakan dan akhirnya kata putus telah membawa penulis menyertai trip pada kali ini...


Di hadapan Dataran Pahlawan...

Tri ini dimulakan dengan bergeraknya penulis bersama rakan-rakan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Setibanya di sana, penulis beserta rakan menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Alami, Melaka...


Di dalam Dataran Pahlawan Megamall...

Kemudian penulis beserta rakan-rakan mengisi perut di Jusco dan bergerak ke Tanjung Keling untuk mencari tempat penginapan di sana. Malangnya, tiada tempat penginapan yang sesuai dan akhirnya kami semua memutuskan kembali ke Bandar Hilir Melaka...


Menunggu giliran menaiki cruise...

Di sana kami berjalan-jalan sambil mencari tempat penginapan dan akhirnya kami berjaya mendapatkan tempat penginapan yang sesuai. Kemudian, kami pun berjalan-jalan di sekeliling Bandar Hilir Melaka. Kami melalui Menara Taming Sari, Kota A'Famosa, Dataran Pahlawan dan sebagainya.


Pemandangan sekitar Sungai Melaka...

Pada malamnya, kami memutuskan untuk menikmati permandangan indah sekeliling Bandar Melaka dengan menaiki bot cruise yang membawa kami menyusuri sepanjang Sungai Melaka. Terdapat pelbagai permandangan yang menarik di sepanjang Sungai Melaka. Bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang Sungai melaka juga telah dijaga dan dipulihara dengan baik menambahkan lagi keindahan pemandangan yang sedia ada...



Kemudiannya, kami meneruskan aktiviti dengan menonton wayang di Dataran Pahlawan Mall. Cerita terbaru lakonan Johny Depp menjadi pilihan; Pirate of the Carribean: A Stranger Tides.Selepas itu, kami makan malam dan pulang ke tempat penginapan...



Keesokkan paginya, kami mulakan dengan aktiviti berkayak di Taman Rekreasi Tasik Ayer Keroh, Melaka. di sana kami menghabiskan masa berkayak sambil menikmati ketenangan yang ada...


x sabar-sabar nak main kayak ne..hehe...

Seterusnya kami pulang ke tempat penginapan dan bersiap untuk check out. Kemudian, kami bergerak ke Mydin dak menikmati makan tengah hari di RFC sebelum bergerak ke MITC untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu bermain bowling...


Kalau la tasik USIM leh main kayak..hehe...

Akhirnya kami pulang ke Nilai pada sebelah malam. Sungguh memenatkan tetapi menyeronokkan. Itu sahaja post wat kali ini. ketemu di post seterusnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment