Labels

Saturday, May 14, 2011

Solat Jumaat...Jahil?

Salam..kali ni na berkongsi tentang pengalaman solat jumaat baru-baru ini di Masjid Putra Nilai.

Nak dijadikan cerita pada jumaaat yang lalu penulis yang baru berpindah ke rumah sewa yang baru agak lambat ke masjid bagi mendengar khutbah jumaat akibat hal-hal dunia. Huhu...



Masjid Putra Nilai...

Mengikut kebiasaannya, penulis biasanya pergi mendengar khutbah jumaat dalam jam 1.00 petang dan khutbah jumaat di masjid ini selalunya akan berakhir dalam jam 2.00 petang namun pada kali ini penulis terlambat dengan pergi ke masjid pada pukul 1.30 petang.


Tuntutan menunaikan solat wajib tidak mengira keadaan...

Namun nak dijadikan cerita, setibanya penulis ke masjid kedengaran bacaan Al-Fatihah menandakan solat jumaat telah bermula dan kelihatan semua termasuk penulis terkejut dengan kecepatan khutbah jumaat pada kali ini.


Dah Solat???

Alhamdulillah, penulis sempat menunaikan solat jumaat seperti biasa dan seperti yang diduga, ramai yang tidak sempat solat jumaat dua rakaat sepenuhnya pada kali ini.

Tapi, itu bukan persoalannya. Penulis sebenarnya terkejut dengan makmum-makmum yang terkurang rakaat dengan imam apabila mereka kebanyakkannya hanya mencukupi bilangan rakaat yang terkurang bukannya mnyempurnakan mengikut cara yang sebenarnya.


Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Sepatutnya, apabila seseoraang itu terkurang bilangan rakaat bagi solat jumaat, maka dia sepatutnya menambah rakaat seterusnya seperti solat zohor. Contohnya: sekiranya seseorang itu terkurang satu rakaat dari dua rakaat maka sepatutnya dia perlu menambah tiga rakaat lagi. Itu yang sebenarnya.


Keistimawaan solat...

Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Siapa yang harus dipersalah sebenarnya. Adakah mereka yang jahil? Atau golongan yang tahu tapi hanya melihat tanpa memberitahu kebenarannya?


Solat itu tiang agama...

Memetik kata-kata yang terdapat di dalam novel 'Terasing' karya Hilal Asyraf, "Kita tidak boleh membenci orang jahil tetapi kita perlu membenci kejahilan itu sendiri".

Maka, apa tindakan kita yang sepatutya? Jika selama ini kita sering menjaga memperjuangkan agama dan menjaga ahkam-ahkam yang lain, mengapa mengenai solat yang merupakan tiang agama pun kita masih lagi jahil?


Inilah kewajipan kita sebagai Hamba-NYA...

Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: coretan diatas juga untuk renungan penulis bersama...

No comments:

Post a Comment