Labels

Saturday, May 28, 2011

Statistik Umat Islam di Malaysia

Salam, ketemu kembali dalam ruangan blog pada kali ini. Pada kali ni, penulis ingin berkongsi mengenai statistik berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:


Al-Quran hanya sekadar hiasan atau sebagai sebahagian daripada hantaran perkahwinan oleh kebanyakan masyarakat pada zaman kini...

1. 50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.

2. 80% umat Islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat Islam tertarik dengan perkara yang membawa kepada "Karnival" atau unsur yang membawa kepada hiburan.


Program realiti masa kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan...

4. 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.

5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sesebuah kawasan.

6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.


Carilah hikmah2 dan rahsia2 yang ada pada Al-Quran...

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji.

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.


Majlis ilmu itu ibarat syurga di dunia...

10. 95% umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.


Kalau babi taw pulak haram mengapa arak masih jua diminum?

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak.


Solatlah anda sebelum anda disolatkan...

16. Hanya 30% umat Islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat Islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.


Wang bukanlah segala-galanya...

19. Hanya 10% umat Islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.

20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

21. 90% umat Islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.


Marilah kita bina bersama keluarga bahagia...

Paparkan semua statistik di atas adalah sebahagian daripada usaha untuk menyedarkan diri penulis sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman Islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk".

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahua'alam...

No comments:

Post a Comment