Labels

Monday, June 13, 2011

Explorace Annual Dinner...


Kumpulan Historical-Hanya tinggal sejarah, group terakhir..Hehe...

Salam...ketemu kita dalam post pada kali ini. Pada kali ni nak bercerita mengenai suatu aktiviti yang telah dijalnkan baru2 ini bersama rakan2 iaitu acara explorace.


tekun sekali menjawab soalan2 yang diberikan. Hehe...

Explorace pada kali ini dianjurkan oleh komuiti Majlis Makan Malam Tahunan Pelajar Perakaunan Tahun 1 or lebih dikenali sebagai Annual Dinner.


Ne la dia juara explorace pada kali ini...

Group BMB2 telah diamanahkan untuk menguruskan program explorace pada kali ini. Dan penulis telah diamanahkan untuk menjaga checkpoint no 4 yang terletak di library USIM.


Group ne dapat no 3..Hehe...

Bersama-sama Iftitah, Atirah Sobri & Salmeh, kami telah merancang suatu aktiviti yang mencabar untuk dilalui oleh rakan2 yang bermain di dalam explorace pada kali ini.


Walaupun kena denda tapi semua nampak happy je...

Kami beranggapan bahawa group2 checkpoint yang lain sudah semestinya memberikan task2 yang mencabar terutamanya dari segi fizikal. Maka, kami telah sepakat untuk memberikan kelainan iaitu task yang mencabar mental serta pengetahuan umum.


Gandingan mantap budak2 PALAPES...

Maka, kami bersepakat untuk mencipta beberapa soalan sukar untuk setiap group yang bermain dalam explorace pada kali ini dan meletakkannya dalam bentuk silang kata.


Yeah..pusing lagi..pusing lagi..Hehe...

Akhirnya, seperti yang dijangka kesemua group yang bertanding tidak mampu menyelesaikan kesemua soalan2 yang telah kami sediakan. Hehe...jangan marah ea...


Lagi..lagi..dan lagi...

Dan seperti biasalah, mesti la kena denda semua group2 tu. Hehe...kesian2... Tapi semua nampak happy je walaupun kena denda. Hehe...


Jangan sampai putus ikatan straw2 2 plak...

Setakat itu sahaja wat kali ini. Ketemu pada post berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment