Labels

Wednesday, June 22, 2011

Kem Pemilihan Calon Biasiswa, Yayasan Tunku Abdul Rahman...

Salam..kali ni nak bercerita mengenai pengalaman ketika menyertai Kem Pemilihan Calon Biasiswa, Yayasan Tunku Abdul Rahman(YTAR) baru-baru ini.

Kem ini yang telah diadakan di Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional(UNITEN) merupakan suatu kem yang mesti dihadiri oleh calon2 yang telah dipilih untuk dinilai sepanjang kem berlangsung oleh pihak YTAR.


Sempat bergambar di sekitar kawasan treasure hunt...

Kem ini bermula dengan pendaftaran pada pukul 2.30-4.00ptg. kemudian peserta2 diberi taklimat mengenai perjalanan kem pada kali ini.

Selepas itu, bermulanya exam soalan objektif bahagian 1 yang meliputi soalan2 sejarah, goegrafi, undang2 dan sebagainya. Malamnya, kena pula jawab exam soalan objektif bahagian 2 yang meliputi matematik, sains, literature pengetahuan am. Memang mencabar sungguh soalan2 2 semua.


Bersama2 kena menyanyi pelbagai lagu2 sepanjang kem...

Kemudian, kami dibahagian mengikut group2 yang telah ditetapkan dan penulis telah diletakkan di dalam group 3 dari 7 group yang ada. Kami semua disuruh untuk memakai baju t-shirt berwarna merah untuk sepanjang aktiviti pada keesokkan harinya.


Bergambar selepas majlis penutup...

Keesokkan harinya, penulis bersama peserta2 yang lain melaksanakan aktiviti pertama iaitu treasure hunt. Treasure Hunt kali ini berbeza dari biasa apabila ia melibakan komunikas dengan penjaga2 checkpoint yang berpewatakan sebagai monster2. Setiapnya mempunyai nama tersendiri dan perwatakan yang unik dan berbeza2.


Bergambar bersama2 Monster Persephone Phoenix...

Kami semua diuji untuk menjadi kreatif & kritis dalam aktiviti kali ini. Dalam salah satu checkpoint tersebut penulis sempat menggunakan kelebihan berkomunikasi dalam bahasa arab. Menyanyi dalam bahasa arab untuk lepas dalam salah satu checkpoint tersebut.


Malam YTAR Idol...

Kemudian, kami melakukan aktiviti kedua iaitu aktiviti membina model menara yang paling tinggi, unik dan ada daya tahan dengan berbekalkan barang2 yang telah disediakan seperti straw, chopstik, gam, kertas dan apabila telah siap model menara tersebut mestilah mampu menampung berat sebutir telur yang akan diletakkan di puncak model menara tersebut.


Bersama2 dengan group 3. Hehe...

Petangnya, kami diberi satu masalah mengenai 'Kampung Mari-Mari' dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berkumpulan. Memang mencabar betul masalah ini untuk diselesaikan. Seterusnya kami bermain dalam aktiviti 'Mineland' dimana game ini terdiri dari sekumpulan orang bisu, buta dan tempang yang terpaksa melalui satu jalan yang penuh dengan bom berangkai. Menguji lagi kebolehan dan kerjasama yang ada di kalangan kami semua.


Menunjukkan bakat...

Malamnya, terdapat program YTAR Idol dimana setiap peserta diminta menunjukkan bakat masing2. Berbentuk satu hiburan dan rasa diri ini terlalu kerdil apabila melihat rakan2 yang lain yang memiliki bakat2 yang sungguh hebat seperti menyanyi, bermain gitar, menari, bersajak, membuat kraftangan dan sebagainya.


Fasilitator group 3...

Keesokkan harinya, terdapat slot motivasi dan kemudian kami diberi satu projek untuk diselesaikan dan seterusnya dibentangkan dihadapan penaja2 projek. Sekali lagi otak terpaksa dikerahkan untuk menyelesaikkan misi tersebut.

Pada petangnya, kami disuruh untuk menjawab 2 soalan esei sebanyak 1000 patah perkataan dalam masa hanya 1 jam 15 minit. Dan kem ini berakhir dengan majlis penutup pada petang itu juga.


Sempat berjumpa dengan Hansah, rakan lama...

Sepanjang kem kali ini, kami semua dijaga dengan baik. Semua aktiviti memeliki keistimewaan yang tersendiri dan soal berjaya atau tidak ke temuduga seterusnya tidak menjadi satu halangan di dalam menikmati pengalaman yang berharga dalam kem kali ini.

Sekian sahaja buat kali ini. Wasalam...

3 comments:

  1. Assalamualaikum. tumpang tanya. sy bru nak menghadiri kem ini. dan saya sgt risau sbb english sy kurang sgt. huhu. awk kata ada interview lagi selepas itu ? interview apa ek ? mohon pencerahan :) terima kasih.

    ReplyDelete
  2. mcm mane dgn iv?saya akan menghadiri sesi temuduga x lama lagi..blh kongsikan?

    ReplyDelete
  3. Iv pulak mcm mne ye??

    ReplyDelete