Labels

Tuesday, June 7, 2011

Novel???

Salam... Pada kali ini penulis ingin menceritakan tentang salah satu hobi penulis pada masa lapang iaitu membaca novel. Dan novel terbaru yang kini sedang di dalam genggaman penulis adalah Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid keluaran Alaf 21 yang merupakan sebuah cerita epik triller.

Novel ini yang mengisahkan perjalanan hidup Laksamana Sunan pada 2 zaman iaitu zaman kurun ke-15 dan kurun ke-21 merupakan kesinambungan daripada novel-novel sebelumnya iaitu novel BAGAIKAN PUTERI, novel CINTA SANG RATU, novel HIJAB SANG PENCIPTA & novel CINTA SUFI. Credit kepada Ratna atas kesudian meminjamkan SUTERA BIDADARI untuk penulis pada kali ini.


NOVEL BAGAIKAN PUTERI- "Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba..."


NOVEL CINTA SANG RATU- "Tatkala cinta berbisik, Suaranya memuji TUHAN, Pabila rindu terusik, Rasulnya menjadi pilihan..."


NOVEL HIJAB SANG PENCIPTA- "Dendam itu bara, Marah itu api! "


NOVEL CINTA SUFI- "Sekali kurebah, Sejuta kali kubangkit..."


NOVEL SUTERA BIDADARI- "Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..."

Jadi kepada sahabat semua, cubalah membaca novel-novel ini. Penuh sarat dengan ilmiah dan jalan ceritanya sangat menarik. Sekian, wasalam...

No comments:

Post a Comment