Labels

Sunday, July 17, 2011

Ayah vs Anak = Badminton?



Seperti selalunya, penulis banyak menghabiskan masa terluangnya dengan bermain badminton dan memancing. Dan wat pertama kalinya penulis menyahut cabaran ayahandanya untuk beradu tenaga berentap di dalam pertarungan 2 penjuru bermain badminton baru2 ne.

Sebelum ini, penulis memang mengetahui tentang kehebatan ayahanandanya di dalam arena sukan badminton ini dari rakan2 seperjuangan ayahandanya namun tidak sempat melihat kehebatan yang sering diperkatakan itu di depan mata sendiri. Selain itu, ayahanda juga merupakan bekas atlet sepak takraw n tinju negara.

Nyata, dalam pertarungan julung-julung kalinya wat penulis vs ayahandanya telah memberi satu tamparan yang hebat wat penulis apabila penulis kalah dalam semua set pertarungan.

Ingatkan training bersama sahabat2 di USIM selama ne boleh meningkatkan prestasi untuk berlawan namun ternyata ayahanda sukar ditewaskan walaupun umur ayahanda lebih 2 kali ganda dari umur penulis.

Haish, kalah 2 dah la satu hal..kalah teruk pulak tu. Nampak gayanya selepas ne kena banyak training lagi la nampaknya kalau nak challange ayahanda lagi nanti.

Wat ayahanda..takpe,tunggu la nanti..Ada ubi ada batas, Lain kali anakanda pulak yang menang.hehe...
p/s:ayahanda ajak pi mancing plak pas ne.ne baru la dinamakan menikmati cuti dengan sebaiknya..hehe...

2 comments:

  1. ada button like tk...hahaha..aku nk like post ni..
    training make us perfect..
    tk pe2..nnti kita training lagi bnyk2 kt pk sna..
    ajak ramai2 lg kwn2 kita smua..

    ReplyDelete
  2. haha..x ada la jat,x pe,ko like je dlm hati..hehe...^_^

    ReplyDelete