Labels

Tuesday, July 26, 2011

Sejarah Perkembangan Zakat Menyelusuri Zaman…



Seperti yang kita maklumi, zakat merupakan salah satu dari Rukun Islam yang wajib untuk kita sebagai seorang Muslim untuk menunaikannya. Di dalam konteks Malaysia pada hari ini, zakat dipungut oleh amil2 bertauliah yang dikendalikan oleh Pusat Urusan Zakat Negeri2 dan Jabatan Agama Islam Negeri2.

Zakat yang dikenakan pada hari ini meliputi zakat fitrah dan zakat harta seperti zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas, zakat galian, zakat harta karun, zakat tanaman, zakat binatang ternakan dan sebagainya.



Pada zaman Rasulullah, zakat telah dikenakan terhadap harta2 seperti emas dan perak, binatang2 peliharaan seperti unta dan kambing selain zakat fitrah.

Pada ketika pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, zakat telah diluaskan pelaksanaannya melalui ijtihad Saidina Umar dengan mengenakan zakat terhadap kuda dan binatang yang baru lahir juga dikira dalam zakat mengambil kira sebagai perkembangan harta.



Seterusnya, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, zakat telah diluaskan lagi pelaksanaannya dengan mengenakan zakat terhadap gaji2 pegawai kerajaan dan tentera melalui kaedah pemotongan gaji.

Pada zaman kehidupan empat tokoh mazhab, tokoh2 mazhab ini telah berijtihad dengan meluaskan lagi pelaksanaan zakat seperti Imam Ahmad Bin Hanbal (pengasas Mazhab Hanbali) telah berijtihad bahawa zakat dikenakan ke atas hasil2 lautan manakala Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) telah berijtihad bahawa zakat dikenakan ke atas semua jenis hasil tanaman ruji yang mana sebelum ini zakat hanya dikenakan atas hasil tanaman ruji yang disimpan sahaja.



Pada zaman kontemporari, pelaksanaan zakat telah lebih meluas apabila Ulama besar Syeikh Imam Yusuf Al-Qardhawi pula telah berijtihad berlandaskan nas2 Al-Quran dan Hadis dengan mengenakan zakat terhadap pendapatan dan juga wang simpanan.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai sejarah perkembangan zakat buat kali ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal…

No comments:

Post a Comment