Labels

Tuesday, August 23, 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN...

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umatn terdahulu ketika Ramadhan iaitu:



BONUS 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

BONUS 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehinggalah berbuka.

BONUS 3: Allah memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman:"Hampir-hampir hamba-hamba-KU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepada-KU."(Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat)

BONUS 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

BONUS 5: Mereka mendapat keampunan pada malam akhir(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.:"Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatul Qadr?" Baginda menjawab:"Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sebaik menyelesaikan amalnya".(Riwayat Ahmad)

Amat rugilah bagi mereka yang tidak menggunakannya sebaiknya...

p/s: sebenarnya nak post benda ne lama dah cuma kekangan-kekangan serta ujian dari Allah baru-baru ne menyebabkan terlupa nak post benda ne.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?4bbaf23a2481118d976d759bc1feb385

2 comments:

  1. salam akhi..
    hebat posting kali ni...
    aku suka sangat dengan semua ganjaran yang telah ALLAH janji kan untuk beri kepada kita..
    harap2 ALLAH ketemukan kita dengan lailatul qadar yang kita sendiri tidak mengetahui bila masa akan terjadi nya malam itu..
    minta ALLAH simpang kan kita dari membuat sesuatu yang akan merosak kan pahala puasa kita sekali gus mencacatkan amalan kebaikan yang telah kita lakukan kepada-NYA..
    minta ALLAH pelihara diri kita untuk terus menerus istiqamah melakukan amalan-amalan yang sunat pada bulan puasa ini,yang menjanji kan pahala yang sama seperti melakukan amalan wajib..tambah2 pula qiamulail(yg ckup mnguji kesabaran untuk bangun sepertiga malam)...amin YA ALLAH..YA RAB 'ALAMIN

    ReplyDelete