Labels

Sunday, August 7, 2011

Realiti Kehidupan...Apabila Kematian Menjemput...


Gambar Sekadar Hiasan...

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun…itulah sahaja yang mampu diucapkan tatkala mendengar berita kematian seorang kawan yang sudah lama dikenali. Kawan yang baru berusia 13 tahun itu telah menyahut seruan ilahi pada malam 7 Ramadhan 1432H.

Kematiannya akibat penyakit penat. Meninggal di dalam dakapan ibunya dan sempat meminta maaf kepada ibunya sebelum meninggal dunia. Apa yang istimewanya mayatnya berbau wangi dan rakan-rakannya berkunjung silih berganti membacakan al-quran serta memberikan penghormatan terakhir kepada si mati. Kematiannya juga dirahmati apabila hujan turun pada malam tersebut.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah bermusuhan dengan orang lain. Sentiasa ceria dan pendidikan di sekolah agama memberikan dia disiplin hidup yang baik.


Semasa melihat mayatnya, penulis berfikir sedangkan pada usia yang muda sudah dipanggil mengadap Ilahi, apatah lagi bagi yang lebih tua darinya seperti penulis. Sudah sediakah diri ini untuk dipanggil mengadap Ilahi? Banyak sungguh dosa serta noda yang telah dilakukan sama ada disedari ataupun tidak disedari oleh penulis selama ini.

Benarlah, orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati kematian. Kerana dengan mengingati kematian, seseorang itu akan berfikiran jauh di dalam melakukan sesuatu perkara. Kepada keluarganya, sabarlah dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya berbanding kita semua. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sama2 kita mengambil iktibar daripada kisah ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal…^_^

No comments:

Post a Comment