Labels

Sunday, September 11, 2011

6% cukai perkhidmatan telekomunikasi?

Hello guys, sebenarnya mengenai isu kenaikan service tax bagi penggunaan jaringan perhubungan  merupakan satu isu yang penting untuk ditangani kerajaan..di sini la masyarakat@rakyat boleh menilai sama ada kerjaan betul2 memainkan peranannya di dalam MENTRANSFORMASIKAN negara ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020...

Mengenai isu ne, buat pengetahuan semua, service tax ne sudah mula diperkenalkan kepada syarikat2 telco sejak 1998 lagi, cuma seperti kata Fazlie a.k.a Haziq Faruq pada masa 2 syarikat2 telco menyerap tax tersebut daripada sampai kepada pelanggan namun dengan kenaikan service tax baru2 ne ditambah pulak dengan keadaan ekonomi semasa menyebabkan mereka mengambil kesempatan dengan membiarkan pelanggan yang menanggung service tax tersebut..

Pengguna2 prepaid CELCOM rata-ratanya merupakan pelajar sekolah dan universiti dari pelan S.O.X dan U.O.X...

Alasan utama yang diberi oleh syarikat2 telco adalah supaya memastikan agar pakej 'line' menjadi KOMPETITIF dengan pakej 'prepaid' agar sama2 dapat bersaing sama adil kerana pada masa sekarang hanya pelanggan 'line' sahaja yang membayar tax tersebut...

Dahulunya syarikat2 telco menyerap service tax ini kerana mereka menganggp ia sebagai sebahagian daripada CORPORATE RESPONSIBILITY mereka kepada masyarakat...

Maxis terkenal dengan pelan Youth Club juga telah menarik ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan prepaid mereka...

Mengenai jumlah yang besar akibat kenaikan 1% lagi service tax ini sehingga menyebabkan syarikat2 telco perlu membiarkan pelanggan2 sendiri membayar service tax ini jugak tidak dapat dinafikan. Namun yang demikian, menurut prestasi semasa, PURATA KEUNTUNGAN BERSIH yang dikutip bagi syarikat2 telco ini adalah sekitar RM800 juta setiap tahun. Seperti contoh, CELCOM sahaja dalam financial reportn semasanya menyebut "walaupun keadaan ekonomi dunia tidak stabil, namun CELCOM AXIATA mampu mencapai PERTUMBUHAN KEUNTUNGAN 2 ANGKA PERATUS SETIAP TAHUN" atau dalam kata lainnya mereka mampu mencatatkan keuntungan bersih lebih 10% peratus setiap tahun dari tahun2 sebelumnya.

Call percuma kepada 3 nombor menjadikan DIGI digemari bagi mereka2 yang suka bergayut bersama yang tersayang...

MAXIS pula yang diterajui oleh pemilik tunggal, TAN SRI ANANDA KRISHNAN melalui syarikat milik penuh beliau iaitu Tegas Maju Sdn. Bhd pula tidak dapat tidak setiap sen keuntungan bersih MAXIS secara totalnya masuk ke dalam akaun beliau tanpa perlu dikongsi bersama orang lain. Penguasaan beliau secara sepenuhnya terhadap pegangan MAXIS melihatkan kenaikan mendadak aset kekayaan beliau dengan mancatat kenaikan aset sebanyak RM4.45 billion lagi pada tahun 2010 dari tahun 2009...

DIGI pula yang sememangnya dikenali dengan tag line "AKU BERSAMAMU" juga memperolehi keuntungan luar biasa setelah memperolehi kontrak memasang kabel talian komunikasi bagi sepanjang ASIA PASIFIK...

U MOBILE pulak terkenal dengan kadar panggilan dan sms terendah kepada semua jenis rangkaian...

Maka, sudah tiba masanya masyarakat mahupun PELANGGAN2 YANG DIHORMATI SEKALIAN  bertindak dengan menyuarakan bantahan seterusnya jika perlu memboikot keputusan ini seperti yang pernah berlaku dalam KES KENAIKAN CAJ SERVICE ASTRO sebelum ini serta membuang pandangan dengan mengatakan bahawa semua ini adalah sebab kesalahan pihak kerajaan semata-mata...

Kepada kerajaan, inilah masanya untuk menjadi jaguh rakyat seperti yang mereka sering laung-laungkan iaitu, "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Buktikan, jangan main cakap je...

TUNE TALK, salah satu lagi cabang perniagaan milik Tan Sri Tony Fernandes...

Itu sahaja perkongsian buat kali ini. Mana yang lebih itu datang dari Allah dan mana yang kurang itu adalah kelemahan diri sendiri. Wasalam...

No comments:

Post a Comment