Labels

Friday, September 16, 2011

SeLaGi HaYaT DiKaNdUnG BaDaN

Salam..kali ini nak berkongsi pengalaman ketika menemani wakil USIM ke Pidato Kemerdekaan 2011, Saudara Ikhwan Rosseli di UPM baru2 ne.  Saya ditugaskan sebagai pencari maklumat mengenai fakta2 dan kisah2 kemerdekaan buat kali ini. Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah mengenai beberapa tokoh2 negara masa kini yang telah berjaya mengharumkan nama Negara tidak kurang hebatnya berbanding tokoh2 kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tokoh korporat yang menyemarakkan amal jariah untuk kesejahteraan ummah

Azali Azlan
Formula 21A dalam Peperiksaan SPM berkat ketekunan dan keyakinan


Shalin Zulkifli
Juara keusahawanan sukan



Melayu harus pandai memilih pemimpin yang mempunyai nilai-nilai hidup murni kerana akhlak yang mulia itu umpama obor yang mampu menyinarkan cahaya kesejahteraan kepada kita, baik di dunia mahupun di akhirat!



Datuk SM Faisal SM Nasimuddin
Tokoh usahawan muda terkemuka


Datuk Redzuwan Ismail (Chef Wan)
Selera bertaraf antarabangsa di hujung jarinya


Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
Mengibarkan bendera keprihatinan Negara ke pelusuk dunia melalui misi kemanusiaan



Tuah Ayam pada sisiknya,
Tuah manusia pada baiknya,
Tuah kayu pada elok buahnya,
Tuah Melayu elok maruahnya.


Azizulhasni Awang
Kayuhan emas, sebaris juara dunia

Mohammad Al-Hafiz bin Haji Ahmad Zahid
Benteng masa depan ummah


Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Antara Gabenor Bank Pusat terbaik di dunia



Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Memiliki ekonomi mencipta budaya,
Menjadi tuan di Negara Merdeka!


Dr. Irfan Khairi
Bijak menjana rezeki di hujung jari


Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim
Memperjuangkan konsep keusahawanan berteruskan Islam


Adi Putra
Si cilik beotak geliga, dialah bahari bangsa di hari muka



Perjuangan Berkesinambungan Membawa Kemenangan.
Pantang Melayu Berundur Sebelum Berjuang!
Melayu Jangan Mudah Menggelabah Apabila Disergah


Dato’ Mohamad Nor Khalid (Lat)
Kisah hidup tempatan menembusi layar antarabangsa


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar  Shukor Al-Masri
Berketrampilan perkasa menjelajah angkasa


Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Wasalam...


No comments:

Post a Comment