Labels

Tuesday, September 20, 2011

USIM Johan Pidato Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman 2011


Berikut merupakan tajuk2 yang telah didetapkan untuk pusingan kelayakan Pidato Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman 2011 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia.



1.Tunku Abdul Rahman Pemecah Tradisi Ekonomi Malaysia.
2.Roh Perjuangan Tunku Abdul Rahman Tidak Pernah Padam.
3.Malaysia Perlukan Generasi Tunku Abdul Rahman.
4.Tunku Abdul Rahman: Idola Sepanjang Zaman.
5.Tunku Abdul Rahman Pejuang Negara Sebenar.
6.Api Perjuangan Tunku Abdul Rahman Kekal Membara.
7.Mengenang Tunku Abdul Rahman Bermakna Menghayati Sejarah Bangsa.
8.Tunku Abdul Rahman: Tokoh Kemerdekaan Yang Tiada Bandingan.
9.Aspirasi Tunku Abdul Rahman Dijulang, Perpaduan Rakyat Akan Gemilang.
10.Tunku Abdul Rahman: Wira Terbilang.



Dan Saudara Mohd Ikhwan Rosseli yang mewakili USIM mendapat tajuk “Tunku Abdul Rahman: Wira Terbilang” setelah undian dijalankan. Berikut merupakan antara isi2 dan kata2 menarik di dalam pidato yang telah disampaikan olehnya:

“1950, kita hidup bagaikan sekawan burung yang terkurung dalam sangkar penjajahan tanpa kebebasan.
1957, sangkar ini sudah terbuka dan kita mula melebarkan sayap menyelongkar makna kebebasan.
Adakah kebebasan ini hanya perihal membangunkan ekonomi?
Atau adakah kebebasan ini adalah perjuangan Tunku yang perlu diwarisi?
Atau adakah kebebasan ini  adalah tangan dan kaki ini tidak akan digari lagi?”

 “Biar putih tulang, jangan putih mata,
Biar hilang lemak di badan, jangan tergadai  maruah bangsa...”

“Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Putera Raja Berhjiwa Rakyat,
Mewariskan Malaysia Merdeka Negara Terhebat…”


“Jika sebelum ini, sawah itu milik kita namun padinya dituai oleh orang lain,
Jika sebelum ini, sampan itu milik kita namun hasilnya dituai oleh orang lain,
Namun selepas kemerdekaan,
Sawah itu milik kita dan hasilnya juga milik kita,
Sampan itu milik kita dan hasilnya juga milik kita,
Sekiranya kemerdekaan itu bukan milik kita,
Di kepok padi kita, kebuluran padi,
Di kolam kita, kelemasan mati …”

Alhamdulillah, USIM layak ke separuh akhir apabila mendapat tempat ketiga secara keseluruhan di dalam peringkat saringan. Tajuk pidato untuk separuh akhir adalah “Api Perjuangan Tunku Abdul Rahman Kekal Membara”. Berikut antara intipati2 penting dan menarik di dalam pidato yang telah disampaikan olehnya:


“Merdekanya Adam & Hawa,
Ketika diketemukan di dunia,
Ini semua bermula dengan cinta…”
“Merdekanya Putera William,
Ketika diketemukan dengan seorang yang cantik & setia seperti Kate Middleton,
Ini semua bermula dengan cinta…”
“Merdekanya Salleh Yaakob,
Lagi..Lagi..Lagi hebat,
Berkahwin empat,
Ini semua juga bermula dengan cinta…”
“Dan sudah pasti Tunku memerdekakan Negara juga disebabkan oleh cintakan Negara…”

“Kini, baru saya mengerti bahawa api cinta ini tak terpadam,
Tetapi sudah ada pihak yang menghembus dan mahu memadamkan api cinta ini…”


Alhamdulillah, USIM layak ke peringkat akhir untuk Pidato Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Peringkat IPT 2011 setelah mendapat tempat pertama pada peringkat separuh akhir. Tajuk pidato di peringkat akhir adalah “Tunku Abdul Rahman, Arkitek Kesejahteraan Bangsa”. Berikut merupakan antara isi2 penting yang disampaikan di dalam pidato di peringkat akhir:

“Saya yakin dan percaya,
100% umat manusia mengetahui apa itu Menara Berkembar Petronas,
Namun, saya juga yakin dan percaya,
Tidak sampai 1% pon yang mengenali siapa arkitek yang melakar Menara Berkembar Petronas itu…”
“ Inilah hakikat dan realiti yang perlu diterima oleh arkitek di seluruh dunia,
Hasil ciptaan mereka diagung2kan oleh manusia,
Namun mereka yang mencipta idea serta melakarkan keseniannya sering dilupakan,
Begitulah arkitek kesejahteraan Bangsa,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj…”
“Akhirnya, rencana membina Pertubuhan Islam Sedunia,
 Yang dibawahnya ditubuhkan institusi pendidikan yang dipahat dengan firman2 tuhan-NYA,
Namanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia…”
“Itu belum lagi diceritakan tentang Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Dunia,
Yang sudah melahirkan Qari & Qariah,
Yang terbang ke sewajagat dunia,
Membebaskan pemikiran sehingga,
Ke lembah lurah mencurah kejujuran,
Ke rimba resah mencair kepalsuan,
Ke gunung-ganang melambai ketenangan…”
“Layakkah kita untuk digelar anak merdeka,
Andai kita berani bersuara namun tidak membawa merdeka,
Layakkah kita untuk digelar anak merdeka,
Andai pejuang bangsa dituduh sebagai petualang negara,
Layakkah kita untuk digelar anak merdeka,
Andai jiwa dan sanubari ini tidak dekat dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman…”


Dan akhirnya, Saudara Ikhwan Rosseli berjaya merangkul kejuaraan dengan membawa pulang wang tunai RM6000 beserta piala pusingan, trofi &n sijil. Tahniah & syabas diucapkan kepada beliau di atas kejayaan mengharumkan nama USIM di arena pidato peringkat kebangsaan. Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Wasalam…

p/s: selepas ne semua pakat2 sibuk training untuk Debat Alam Sekitar…^_^

1 comment:

  1. tahniah kpd abg yg mng pidato ni...mang best!!
    hr 2 dtg tp xsmpt tgok smpi akhir...

    ReplyDelete