Labels

Tuesday, October 18, 2011

Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC 2011...


Salam...pada kali ini suka untuk penulis berkongsi pengalaman mengenai Pertandingan Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC (BAKTI) 2011. Pertandingan ini buat julung-julung kali diadakan di International Education Centre (INTEC), Shah Alam pada 15-16 Oktober yang lalu. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh peserta yang berusia 16 -21 tahun sahaja.

Pasukan USIM A (Tunku Abdul Rahman)

Pada kali ini, USIM telah menghantar dua pasukan, iaitu Pasukan USIM A yang terdiri dari Saudara Azri Naim, Saudara Faiz, Saudara Sarji dan Saudari Nadhirah manakala Pasukan USIM B terdiri dari Saudara Hasif, Saudari Zahidah, Saudari Riza Asma’a dan penulis sendiri. Pasukan USIM A dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman manakala Pasukan USIM B dikenali sebagai Tun Dr. Mahathir.

Berikut merupakan ringkasan mengenai sepanjang pertandingan tersebut:

Pusingan Pertama: USIM A(Kerajaan) vs USIM B(Pembangkang)
Usul: Facebook Dan Twitter Mencemar Hidup Bermasyarakat
Juri: 1-0
Menang: USIM A

Pasukan USIM B (Tun Dr. Mahathir)

Pusingan Kedua USIM A: USIM A(Kerajaan) vs UITM(Pembangkang)
Usul: Nikmat Berkelambu lebih Baik Daripada Berselimut
Juri: 3-0
Menang: USIM A
Pusingan Kedua USIM B: USIM B(Kerajaan) vs UIAM(Pembangkang)
Usul: Nikmat Berkelambu lebih Baik Daripada Berselimut
Juri: 3-0
Menang: USIM B

INTEC pon ada Pusat Islam, USIM bila entah..huhu...

Pusingan Ketiga USIM A: USIM A(Kerajaan) vs UIAM(Pembangkang)
Usul: Fanatik EPL: FAM Perlu Bertindak
Juri: 1-2
Menang: UIAM
Pusingan ketiga USIM B: USIM B(Kerajaan) vs UITM(Pembangkang)
Usul: Nila Setitik Tidak Merosakkan Susu Sebelanga
Juri: 3-0
Menang: USIM B

Tempat Perlawanan Akhir Bahas INTEC

Seterusnya, pasukan USIM A layak ke separuh akhir dengan kelebihan margin(mata) dan berikut merupakan keputusan di separuh akhir:

Separuh Akhir: USIM A(Kerajaan) vs INTEC(Pembangkang)
Usul: Demontrasi Bukti Demokrasi
Juri: 3-0
Menang: USIM A

Ingat Debator x leh main chess ke?

Di peringkat akhir, pasukan USIM A bertemu dengan pasukan UIAM yang pernah bersidang di pusingan 3 sebelum ini. Berikut merupakan keputusan perlawanan akhir:
Akhir: UIAM(Kerajaan) vs USIM A(Pembangkang)
Usul: Pembangkang Mengharmonikan Kepimpinan Kerajaan
Juri: 2-3
Menang: UIAM

Tempat penginapan Debat INTEC

Selaku Naib Johan, USIM membawa pulang wang tuai, piala iringan, sijil dan hamper. Itu sahaja perkongsian buat kali ini. Ketemu pula di post akan datang. Wasalam…

No comments:

Post a Comment