Labels

Monday, October 10, 2011

Bajet Pakatan Rakyat vs Bajet Kerajaan 2012...


Salam..seperti yang dijanjikan, post pada kali ini akan menimbang tara antara Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dengan Belanjawan Kerajaan 2012. Pertamanya, kita akan melihat kesamaan yang terdapat pada kedua2 bajet ini. Kemudian, kita akan melihat perbezaan penekanan antara keduanya dan terakhir kita akan melihat rumusan dimana apakah yang sepatutnya diutamakan dan menjadi pegangan dalam membawa ekonomi Negara kearah Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020.

Belanjawan Negara Memacu Ekonomi Negara

Pada kali ini juga kita akan menimbulkan persoalan2 yang terdapat dalam kedua2 bajet ini. Bajet Pakatan Rakyat dengan tema “Kesejahteraan Untuk Semua” manakalah Bajet Kerajaan dengan tema “Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Rakyat”.

PERTAMA: Kesamaan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 & Belanjawan Kerajaan 2012

Isu ISA = Memansuhkan ISA(Pembangkang) dengan Pemansuhan ISA(Kerajaan).

Subsidi = Mengekalkan subsidi minyak RM22 billion(Pembangkang) dengan Subsidi prosuk petroleum Rm17 billion, subsidi makanan asas RM2.3 billion, subsidi bil elektrik RM20 ke bawah dengan peruntukan RM150 juta(Kerajaan).

Elaun = Bonus kepada warga emas RM1000 setahun & pemberian elaun sebanyak RM550 sebulan kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta RM1000 kepada ibu yang menjaga anak berpadanan dengan pelaburan kerajaan membina pusat kanak2(Pembangkang) dengan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia @ KAR1SMA, bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM150 hingga RM300 sebulan(Kerajaan).

Belanjawan Kerajaan 2012

Isi Rumah = Bayaran tambahan kepada isi rumah mencecah RM550 sebulan(Pembangkang) dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia @ SARA 1Malaysia, pinjaman RM5000 kepada isi rumah (Kerajaan).

 Elaun Pendidik = Membayar elaun pendidik RM500 sebulan(Pembangkang) dengan Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 ringgit mengikut gred(Kerajaan).

Kemahiran = RM1.3 billion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik(Pembangkang) dengan RM320 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri RM200 juta lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia, menubuhkan sebuah syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan RM200 juta, menyediakan peruntukan RM84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa (Kerajaan).

Perumahan = RM1 billion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama kerajaan negeri dan melaksanakan skim Bina dan Jual(Pembangkang) dengan SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat apabila Kos rumah yang berharga RM65 ribu ini, akan dijual dengan harga RM45 ribu sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah RM20 ribu. Sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan untuk program ini, RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai, RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta, RM443 juta di peruntukan bagi membina hampir 8,000 unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki, menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah menggunakan kaedah bina kemudian jual, menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA dengan pembinaan 7700 buah rumah dan sebagai contoh, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga RM150 ribu berbanding harga pasaran RM220 ribu, mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan RM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas(Kerajaan).

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Pemandu Teksi = Pemberian lesen secara terus kepada pemandu2 teksi(Pembangkang) dengan Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik, Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian, pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan, pemberian bantuan RM3 ribu bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1 ribu akan diberikan(Kerajaan).

Luar Bandar = Peruntukan RM3.6 billion untuk pembangunan luar Bandar(Pembangkang) dengan Program Transformasi Luar Bandar atau RTP, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membina dan menaiktaraf kemudahan seperti balai raya, surau, parit, jambatan kecil, lampu jalan termasuk memperbaiki rumah yang usang, memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian seperti Projek Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Projek Pengairan Sabah dan Sarawak, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN dan projek-projek lain di bawah NKEA, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dengan peruntukan RM300 juta, peruntukan RM14 juta bagi memperbanyakkan program ladang kontrak bagi mempastikan bekalan produk makanan mencukupi, membekalkan bekalan air bersih di Sabah dengan peruntukan RM50 juta, memperuntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih dan menyediakan peruntukan RM50 juta untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada, RM1.8 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Jalan Perhubungan Desa untuk membina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa manfaat kepada 1.76 juta penduduk luar bandar. Di samping itu, RM2.1 bilion disediakan bagi memperluas liputan bekalan air bersih kepada 200 ribu rumah serta RM1.1 bilion lagi untuk bekalan elektrik luar bandar kepada 39 ribu buah rumah, khususnya di Sabah dan Sarawak(Kerajaan).

KEDUA: Perbezaan antara Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 & Belanjawan Kerajaan 2012

Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Rakyat

Bantuan Korporat = Menghapuskan subsidi korporat(Pembangkang) vs pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD, elaun Bangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFD Marquee, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD, satu Skim Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion, menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana RM100 juta, menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS sebanyak RM10 juta untuk membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam, pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan terus diberi bagi mengimport kereta hibrid dan kereta elektrik, dan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah RM500 juta, memperuntukkan RM300 juta kepada TEKUN. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita(Kerajaan).

Gaji = Menetapkan Gaji Minima RM1100 dan menyelaraskan gaji kakitangan awam mengikut minima gaji(Pembangkang) vs bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta, menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja serta kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred(Kerajaan).

Belanja PM = Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 billion(Pembangkang) vs tiada(Kerajaan).

Defisit & hutang = Mengekang defisit pada 4.4%(Pembangkang) vs melebarkan defisit serta menambah hutang kerajaan kepada 60% daripada KDNK yang sangat membimbangkan (Kerajaan).

Kesejahteraan Untuk Semua

Pendapatan lain = Penjualan lesen import (AP) secara lelongan menambah pendapatan RM1.2 billion, pengamalan tender terbuka, pengurangan pekerja asing menjelang 2015 vs tiada(Kerajaan).

Pertahanan = Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan (Pembangkang) vs peruntukan khas RM200 juta akan disediakan untuk pasukan Polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih, RM442 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Antara projek yang akan dilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan, RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara (Kerajaan).

Akta2 & Jabatan2 = Menubuhkan Suruhanjaya Penilaian Negara, Meminda Akta Persaingan 2011, Meminda akta berkaitan media, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU, menaiktaraf jabatan SPR, SPRM dan Biro pengaduan Awam bertanggungjawab terus kepada Parlimen(Pembangkang) vs tiada(Kerajaan).

Pembangunan = RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor, pembangunan produk  Exchange Traded Fund (ETF), I-VCap, anak syarikat Valuecap Sendirian Berhad akan menyediakan dana permulaan patuh Syariah berjumlah RM200 juta, menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia,  Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta(Kerajaan) vs tiada(Pembangkang).

Relevenkah belanjawan2 ini?

Pendidikan = Bayaran yuran sekolah peringkat rendah & menengah dimansuhkan dengan peruntukan RM150 juta, peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta, pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh Negara dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta(Kerajaan) vs tiada(Pembangkang).

Kesihatan = Pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia, Hospital Kuala Lumpur dinaiktaraf supaya menjadi sebuah hospital primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih dengan peruntukan RM300 juta, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara 30 hingga 80 ringgit berkuat kuasa pada tarikh yang sama, melaksanakan suntikan imunisasi barah pangkal rahim (kanser servik) secara percuma kepada murid perempuan tingkatan satu di semua sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan, swasta dan antarabangsa, menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh Negara dengan kos RM50 juta, membina sebuah hospital khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur melalui perkongsian awam swasta dengan kos RM700 juta(Kerajaan) vs tiada(Pembangkang).
Sosial = RM10 juta lagi kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk memberi perlindungan sementara golongan gelandangan, Meluluskan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat, menyediakan peruntukan RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai, menyediakan peruntukan RM84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa(Kerajaan) vs tiada(Pembangkang).

Elaun YB = Mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli-ahli Parlimen sekalian(Kerajaan) vs tiada(Pembangkang).

KETIGA: Persoalan2 mengenai Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 & Belanjawan Kerajaan 2012

Siapa yang lebih baik?

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012
- Kurang pelaburan bagi pertumbuhan dan pengembangan ekonomi negara.
- Kurang peruntukan dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
- Kurang peruntukan dalam bidang kesihatan.
- Kurang insentif2 bagi menarik pelabur2 luar.
- Kurang insentif2 bagi kakitangan awam.
- Kurang insentif2 bagi pembangunan modal insan.
- Kurang insentif2 bagi korporat2 dan usahawan2 tempatan.
- Kurang peruntukan untuk infrastruktur2 awam.
- Cuba mewujudkan semula cukai barangan dan duti eksais barangan import.

Belanjawan Kerajaan 2012
- Gagal mengekang defisit dan menambah hutang Negara.
- Kurang tindakan dalam menyemak serta mengubah akta2 yang perlu diubah dan dimansuhkan.
- Kurang pelaburan dalam sektor2 lain yang boleh menjana pendapatan Negara seperti Teknologi Hijau.
- Pendirian mengenai GST dan cukai perkhidmatan 6% tidak dinyatakan.
- Kurang insentif2 bagi pekerja swasta.
- Kurang insentif2 bagi pembangunan modal insan.
- Peruntukan PM tidak dinyatakan secara jelas.
- Lemah dalam menjimatkan perbelanjaan seperti tidak perlu menggunakan perunding luar, konsep tender terbuka yang lebih telus dan sebagainya.

Bajet Berjaya, Rakyat Sejahtera

KEEMPAT: Rumusan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 & Belanjawan Kerajaan 2012

Rumusannya, kita dapat melihat masih terdapat kelompongan@lacuna terhadap Belanjawan 2012 ini dari kedua2 belah pihak. Walaupun terdapat persamaan bajet yang tertentu, namun perbezaan juga nyata agak besar jurangnya dan kalau melihat keupayaan belanjawan ini kedua2nya masih memerlukan banyak lagi penambahbaikan agar Kebajikan serta Kesejahteraan rakyat dijaga tanpa mengenal pasti perbezaan antara mereka dan mampu membawa Negara kearah Negara berpendapatan tinggi menjelang Wawasan 2020.

Diharapkan perkongsian kali ini tidak dipandang serong atau cuba dipolitikkan oleh mana2 pihak. Semoga apa yang baik itu datang dari Allah dan mana yang kurang datang dari kelemahan diri sendiri.Sekian, terima kasih...

2 comments:

  1. mal,satu je,lacuna boleh guna untuk term Law je.sebab dia dah khusus untuk Law.hehehe.

    ReplyDelete
  2. ok bro..aku akn cuba mantapkan lagi penguasaan bi aku pas ne...^_^

    ReplyDelete