Labels

Sunday, October 9, 2011

Belanjawan Kerajaan 2012...


Salam...seperti yang dijanjikan, post kali ini akan diisi dengan maklumat2 penting mengenai butiran2 Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Bertemakan "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA", berikut merupakan intipati2 belanjawan yang melibatkan lima fokus utama:


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

FOKUS PERTAMA: MELIGAT PELABURAN

Meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada tahun 2012

Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta atau PPP sebanyak RM2.5 bilion dan dijangka RM300 juta darinya akan digunakan oleh usahawan Bumiputera.

Memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor.

Pakej galakan bagi Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan:
- Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun
- Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

Membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIFD dan menimbang pakej insentif yang menarik:
- Pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD;
- Elaun Bangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFD Marquee
- Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

Menggalakkan penerbitan sukuk yang menggunakan struktur wakala dengan potongan cukai diberi bagi tempoh tiga tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012. Manakala, pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi selama tiga tahun sehingga taksiran 2014.

Untuk merancakkan lagi pembangunan produk  Exchange Traded Fund (ETF), I-VCap, anak syarikat Valuecap Sendirian Berhad akan menyediakan dana permulaan patuh Syariah berjumlah RM200 juta. Dana ini akan memberi pinjaman secara pemadanan dengan jumlah maksimum RM20 juta.

Menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia sebagai sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia.

Melanjutkan kadar cukai konsesi 10% ke atas dividen pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam Amanah Pelaburan Hartanah sehingga 31 Disember 2016.

Satu Skim Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion yang dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih akan diwujudkan pada 2012. Seiring maksud ini, Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.

Menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana RM100 juta. Skim ini menawarkan pinjaman mudah dengan maksimum RM1 juta kepada golongan peniaga untuk membangunkan semula perniagaan mereka.

Menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS sebanyak RM10 juta untuk membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

 Kerajaan mencadangkan fi francais yang ditanggung oleh francaisi dibenarkan potongan cukai.

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan terus diberi bagi mengimport kereta hibrid dan kereta elektrik.

Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta. Antara inisiatif yang akan diambil ialah menyusun semula Lembaga Pembangunan Langkawi, penubuhan pasukan renjer hutan, menaik taraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan serta menyediakan sistem pengangkutan yang lebih efisien.

Kerajaan mencadangkan pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung Malaysia diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Galakan cukai yang serupa telah diberi kepada pengusaha hotel di Sabah dan Sarawak.

FOKUS KEDUA: MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

Tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan RM100 juta seperti berikut:
- Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar.
- Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar.
- Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional.
- Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di media cetak.
- Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan RM30 juta akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia
-
Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan. Jangkaan Gross National Income atau GNI yang dijana adalah melebihi RM30 billion sehingga tahun 2020
-
Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan.

Menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik. Dana ini membiayai syarikat PKS di mana produknya telah menjalani proses pengesahan pengkomersialan pasaran.

Sektor pendidikan akan diperuntukkan RM50.2 bilion bagi tahun 2012. Bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion. Sebagai tambahan, peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Bayaran yuran sekolah peringkat rendah & menengah dimansuhkan dengan peruntukan RM150 juta.

Kerajaan mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi galakan berikut:
- Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
- Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing.
- Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran.

Kerajaan mencadangkan pemberian galakan cukai berikut:
- Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship.
- Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
- Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.

FOKUS KETIGA: PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

Kerajaan akan melakukan beberapa langkah dalam Program Transformasi Luar Bandar atau RTP iaitu:
- Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga.
- Mewujudkan
Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil. Bagi tujuan ini, dana berjumlah RM100 juta akan disediakan oleh BSN secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem.
- Melaksanakan
Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta. Di samping itu, RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.

RM1.8 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Jalan Perhubungan Desa untuk membina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa manfaat kepada 1.76 juta penduduk luar bandar. Di samping itu, RM2.1 bilion disediakan bagi memperluas liputan bekalan air bersih kepada 200 ribu rumah serta RM1.1 bilion lagi untuk bekalan elektrik luar bandar kepada 39 ribu buah rumah, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Memperuntukkan RM500 juta dalam pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastrukur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS).

Membekalkan bekalan air bersih di Sabah dengan peruntukan RM50 juta.

Memperuntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan RM50 juta untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada.

BSN akan melantik sejumlah 5 ribu agen. Di peringkat permulaan, perkhidmatan yang disediakan meliputi transaksi simpanan dan pengeluaran, pembayaran bil serta pembelian Sijil Simpanan Premium. BSN akan menyediakan RM50 juta bagi membiayai pembangunan sistem, latihan kepada agen dan kos operasi.

Pruntukan tambahan RM150 juta akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank.

RM90 juta ringgit untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan. Sememangnya, Kerajaan amat bersimpati dengan bencana tanah runtuh yang berlaku di kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands baru-baru ini. Untuk mempastikan keselamatan penduduk Orang Asli di kawasan tersebut, Kerajaan dengan ini memperuntukkan RM20 juta bagi pemindahan penduduk ke kawasan perumahan baru.

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

Memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM.  SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
- Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.
- Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
- Skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja.
- Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012,
Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

Menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Memberi
bayaran khas sebanyak RM3 ribu secara one-off kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang.

Peruntukan khas RM200 juta akan disediakan untuk pasukan Polis
yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, menuil teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih. Manakala sejumlah RM442 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Antara projek yang akan dilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan.

Kerajaan memperuntukkan RM500 juta di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

Sebanyak
RM50 juta akan disediakan kepada 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen dalam bentuk program latihan khusus bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak.

Memberi sumbangan sebanyak
RM3 ribu secara one-off kepada setiap bekas anggota polis serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup.

FOKUS KELIMA: MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT

Meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan melalui langkah berikut:
- Melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020 yang menggariskan empat strategi iaitu menjamin bekalan makanan mencukupi, meningkatkan nilai ditambah, melengkapkan dan memperkukuhkan rantaian bekalan serta menyediakan guna tenaga pertanian berpengetahuan dan terlatih.
- Memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian seperti Projek Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, Projek Pengairan Sabah dan Sarawak, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN dan projek-projek lain di bawah NKEA
- Memperluaskan skop pembiayaan
Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dengan peruntukan RM300 juta.
- Peruntukan RM14 juta bagi memperbanyakkan program ladang kontrak bagi mempastikan bekalan produk makanan mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh FAMA di mana hasil keluaran akan dipasarkan terus ke pasar tani seluruh negara. Seramai 4,500 usahawan tani akan terlibat dengan keluasan tanah 7,000 hektar.

Keseluruhan
subsidi bahan makanan asas menelan belanja RM2.3 bilion:
- Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25% dari harga sebenar.
- Bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar Rm2.30. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8% dari harga sebenar.
- Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50. Subsidi Kerajaan berjumlah RM2.25 atau 47% dari harga sebenar.
- Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal RM1.90, rakyat hanya bayar Rm1.35. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29% dari harga sebenar.

Subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak RM17 bilion
meliputi:
- Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal Rm2.75, rakyat hanya bayar RM1.90. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31% dari harga sebenar.
- Bagi setiap liter diesel, harga asal RM2.66, rakyat hanya bayar Rm1.80. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32% dari harga sebenar.
- Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal RM48.02, rakyat hanya bayar RM26.60. Subsidi Kerajaan berjumlah RM21.42 atau 45% dari harga sebenar.

Meneruskan subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah
yang telah dilaksanakan sejak 2009. Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat.

Menyediakan
RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan, bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM150 hingga RM300 sebulan. KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500 ribu rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat seperti berikut:
-
Menambah 85 unit bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh Negara dengan peruntukasn RM40 juta. KR1M menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan.
-
Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia dan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai FELDA dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.
- Memperluas dan mempromosi
Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari. Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012.

Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM220 ribu kepada RM400. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.
Menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

7,700 unit rumah akan dibina
di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju. Sebagai contoh, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga RM150 ribu berbanding harga pasaran RM220 ribu.

Menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah menggunakan kaedah bina kemudian jual
. Untuk tujuan ini, bank-bank Islam yang telah bersetuju akan menyediakan pembiayaan patuh syariah dan mengambil risiko pembinaan. Pembeli hanya membayar ansuran setelah rumah siap dibina. Skim ini akan dilaksanakan bagi rumah bernilai RM600 ribu dan ke bawah.

Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih 75 ribu unit rumah mampu milik di bawah RMKe-10. Bagi tahun 2012,
RM443 juta di peruntukan bagi membina hampir 8,000 unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.

SPNB akan diberikan peruntukan tambahan untuk
membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. Kos rumah yang berharga RM65 ribu ini, akan dijual dengan harga RM45 ribu sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan memberi subsidi sejumlah RM20 ribu. Sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan untuk program ini.

Program Pemulihan Rumah Terbengkalai, Kerajaan berjaya memulihkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) bagi 82 projek yang melibatkan lebih 15,000 unit rumah. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha murni ini pada tahun 2012 dengan peruntukan
RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai. Kerajaan juga memperuntukkan RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

Membenarkan golongan ekspatriat seramai 41 ribu orang mengeluarkan caruman KWSP untuk pembiayaan pinjaman perumahan, sama seperti kemudahan yang diberi kepada warganegara.

Mewujudkan
Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan RM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.

Sektor perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ini melibatkan antaranya pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan
menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.

Hentian Pudu Raya yang digunakan oleh hampir 80,000 pengguna pada satu-satu masa telah berwajah baru dan dinamakan semula sebagai Pudu Sentral dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

Hospital Kuala Lumpur dinaiktaraf supaya menjadi sebuah hospital primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih dengan peruntukan RM300 juta. Dari peruntukan ini, RM50 juta akan digunakan untuk membina sebuah sayap baru HKL khusus untuk rawatan pesakit luar.

Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju
menaikkan elaun on-call semalaman antara RM30 hingga RM80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Memperkenalkan
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3 ribu dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5 ribu dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
untuk menyelaras dan memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam perniagaan. Untuk ini, TERAJU akan membimbing secara berperingkat hampir 1,100 syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham. Di samping itu, MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep Management Buyout.

Memperuntukkan
RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kerajaan mencadangkan pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuan seperti berikut:
- Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
- Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
- Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.
- Pemberian bantuan RM3 ribu bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1 ribu akan diberikan.

Kerajaan akan menambah
RM10 juta lagi kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan pada tahun hadapan membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM15 juta.

Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk memberi perlindungan sementara golongan gelandangan. Pusat ini menyediakan khidmat bantuan pekerjaan, kemudahan tempat tinggal dan makanan, kaunseling serta bantuan kebajikan.

Meluluskan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat
. Bagi melaksanakan dasar tersebut, antara yang utama, Kerajaan akan menjalankan program latihan bagi wanita yang berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat, membangunkan pangkalan data wanita berpotensi untuk diketengahkan sebagai pengarah syarikat dan mempergiatkan aktiviti advokasi dengan peruntukan RM10 juta.

Memperuntukkan RM300 juta kepada TEKUN
. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan suntikan imunisasi barah pangkal rahim (kanser servik) secara percuma kepada murid perempuan tingkatan satu di semua sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan, swasta dan antarabangsa.

Menyediakan
perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh Negara dengan kos RM50 juta.

Membina sebuah hospital khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur melalui perkongsian awam swasta dengan kos RM700 juta
.

Memperuntukkan RM320 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri
termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

Menubuhkan sebuah syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan RM200 juta
.

Manakala sebanyak
RM200 juta lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia.

Menyediakan peruntukan
RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai. Bagi meningkatkan aktiviti riadah terutama sukan bola sepak, Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan kemudahan padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.

Menyediakan peruntukan
RM84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.

Semua warganegara berumur 60 tahun dan ke atas
akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan. Mereka juga akan diberi diskaun 50% tambang LRT dan Monorel.

Bagi mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan pembangunan pasaran modal:
- Pelepasan cukai baru sehingga RM3 ribu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun.
- Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta.
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.

Mencadangkan supaya
caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5 ribu dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Melalui
Program Transformasi Luar Bandar atau RTP, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membina dan menaiktaraf kemudahan seperti balai raya, surau, parit, jambatan kecil, lampu jalan termasuk memperbaiki rumah yang usang.

Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos RM1 bilion
. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Bantuan sebanyak
RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3 ribu dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion.

Bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara
. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara
. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal haji
melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah RM1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan
. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion ringgit.

Bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli-ahli Parlimen sekalian
. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini, ketemu di post berikutnya yang akan membincangkan timbang tara kedua-dua bajet 2012 ini. Wasalam…

No comments:

Post a Comment