Labels

Sunday, October 2, 2011

KLMCC's Fellowship Dinner Talk 2011...

Inilah hotel tempat Dinner Talk 2...

Salam...kali ni nak berkongsi pengalaman ketika menghadiri KLMCC's Fellowship Dinner Talk 2011 yang telah diadakan pada 28 September 2011 di Pacific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur baru2 ini...

Bersama2 saudara Faiz dari FSU dan Saudara Arif dari FKP...

Program ini telah dianjurkan oleh Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) atau lebih dikenali sebagai Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh tokoh-tokoh korporat Melayu dan tajuk Dinner Talk pada malam itu ialah "Malaysia-Moving Towards a high Income Economy" yang disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamad Yakcop, Minister in the Prime Minister's Department Malaysia.

Tidak ketinggalan, Saudara Zulfirdaus dan Saudara Amin dari FPBU...

Penulis yang pertama kalinya menyertai program anjuran KLMCC ini merasa teruja walaupun dipenuhi protokol2 yang memenatkan serta meletihkan untuk dituruti. Turut serta pada program kali ini daripada USIM ialah Prof Dato' Muhamad Muda-NC USIM, Prof Musa-TNC Akademik & Antarabangsa dan Prof Hajah Mustafa-Pengarah Pusat Inovasi USIM...

Ikan tuna apa entah..tibai je sampai kenyang walaupun tengok cam mantah je...

Dinner Talk yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan dinner yang diiringi persembahan muzikal yang boleh la tahan. Dinner 2 sampai pukul 9.30 malam. Kemudian ada kata2 aluan dari Prof Dato Syed Amin Aljefri, President of KLMCC. Kemudian bermulanya Dinner Talk yang disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamad Yackop.

Grill Lamb Chop apa entah..yang pasti memang sedap...

Dipendekkan cerita, Dinner Talk 2 habis pada pukul 11.30 malam. Kemudian majlis pon tamat dan bersurai. Banyak la jugak pengalaman baru yang didapati walaupun rasa mengantuk sangat sebab mungkin banyak sangat makan kot. Hehe...

Bismillah..mula menjamu selera. Hehe...

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian buat kali ini. Sehingga ketemu di post berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment