Labels

Wednesday, October 26, 2011

USIM Juara Sulung Debat Piala Perdana Menteri 2011...


Salam..kali ini ingin berkongsi mengenai Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011..


Logo rasmi Debat Piala Perdana Menteri 2011

Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 telah diadakan pada 20-25 Oktober 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang telah dianjurkan oleh myHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dan tuan rumah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).

PM melihat Piala Pusingan Debat Piala Perdana Menteri yang diperbuat 100% dari puiter seberat 19kg yang bernilai RM25,000

Pertandingan ini telah diadakan buat julung kalinya oleh myHarapan di dalam usaha untuk memperkenalkan serta meluaskan lagi arena perdebatan di peringkat kebangsaan sekaligus menambah lagi arena perdebatan yang sedia ada di Malaysia. Pertandingan ini juga diadakan bagi melahirkan generasi-generasi pemimpin masa depan di samping mendengar pandangan atau suara generasi muda dalam memacu Negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan seiring dengan temanya iaitu “Generasi Muda Untuk Transformasi”. Selain itu ianya juga diadakan bagi melihat sendiri penerimaan serta pemahaman generasi muda terhadap program-program transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membawa Negara ke arah Negara berpendapatan tinggi dan juga Wawasan 2020.

Penulis bersama-sama rakan seperjuangan ketika taklimat pertandingan

Pasukan USIM terdiri daripada Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, Suadari Ummu Umairah Azahari, Saudara Shah Izad Saleh dan Saudara Irhamuddin Ibrahim. Berikut merupakan rentetan perjalanan pasukan USIM di sepanjang kejohanan Debat Piala Perdana Menteri pada kali ini:

Pertembungan USIM dan UMP sebanyak dua kali pada pertandingan kali ini

PUSINGAN PERTAMA
UMP(Kerajaan) vs UMP(Pembangkang)
Tema: Malaysia Sebagai Hub Pendidikan Antarabangsa
Usul: Dewan Ini Percaya Kuota 30 Peratus Ahli Akademik Antarabangsa
Akan Menjadikan Malaysia Hub Pendidikan Dunia
Margin: 5.33
Juri: 3-0
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Saudari Ummu umairah ketika ditemu ramah oleh media

PUSINGAN KEDUA
USIM(Kerajaan) vs UMS(Pembangkang)
Tema: Brain-Drain & Brain-Gain
Usul: Dewan Ini Mencadangkan Cukai Yang Tinggi Patut Dikenakan
Kepada Golongan Profesional Malaysia Yang bekerja Di Luar Negara
Margin: 2
Juri: 1-2
Keputusan: USIM Kalah
Pendebat Terbaik: Tiada

Sekitar kawasan pertandingan di Kulliyah Engineering UIAM

PUSINGAN KETIGA
UNITEN(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang)
Tema: Negara Berpendapatan Tinggi
Usul: Dewan Ini Percaya Pelan Transformasi Ekonomi Perlukan DEB
Margin: 2.67
Juri: 3-0
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Perbincangan yang sentiasa menjadi elemen penting buat pasukan debat USIM

PUSINGAN KEEMPAT
USIM(Kerajaan) vs UIAM(Pembangkang)
Tema: Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam
Usul: Dewan Ini Melarang Penjualan petrol bersubsidi Di Bandar Yang
Mempunyai Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang baik
Margin: 2
Juri: 1-2
Keputusan: USIM Kalah
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Pertandingan kali ini mendapat liputan meluas media massa

PUSINGAN KELIMA
UMP(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang)
Tema: Brain-Drain & Brain-Gain
Usul: Dewan Ini Mewajibkan Caruman Kepada Dana Persaraan Untuk
Kakitangan Awam, Swasta & Persendirian
Margin: 5
Juri: 2-1
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Sampai ke pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris jala

Walaupun secara keseluruhannya pasukan USIM hanya mendapat tempat kelima dalam peringkat pusingan dengan hanya mencatat tiga kemenangan sahaja, namun itu tidak mematahkan semangat pasukan USIM untuk pergi dengan lebih jauh di peringkat seterusnya.

Juara Debat Piala Perdana Menteri(Kategori Bahasa Melayu) & Juara Debat Piala Perdana Menteri(Kategori Bahasa Inggeris)

PUSINGAN SUKU AKHIR
USIM (Kerajaan) vs UMT(Pembangkang)
Usul: Dewan Ini Menyokong Pelantikan Naib Cancelor Melalui
Pengundian Demi Autonomi Universiti
Juri: 3-2
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Vanidah Imran, salah seorang hakim pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri

PUSINGAN SEPARUH AKHIR
UIAM (Kerajaan) vs USIM(Pembangkang)
Usul: Dewan Ini Akan Mengecilkan Saiz Kabinet Malaysia
Juri: 5-2
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Tiada

Pendebat selalunya boleh lakukan apa yang orang ramai tidak dapat lakukan

Di peringkat separuh akhir, pasukan USIM bertemu dengan seteru utama iaitu pasukan UIAM yang merupakan tuan rumah kejohanan. Walaupun UIAM  tampil dengan rekod kemenangan di pusingan kelayakan serta sokongan padu dari penyokong yang ramai, namun sokongan dari rakan-rakan seperjuangan USIM serta rakan-rakan universiti-universiti lain telah menambahkan keyakinan pasukan USIM sehingga mencatat kemenangan yang cukup bermakna denagn juri 5-2 seterusnya melayakkan pasukan USIM mara ke pusingan akhir pertandingan Piala Perdana Menteri 2011.

USIM Juara Sulung Debat Piala Perdana Menteri 2011

PUSINGAN AKHIR
UITM(Kerajaan) vs USIM(Pembangkang)
Usul: Dewan Ini Percaya kerajaan Malaysia Wajar Menyaring Kandungan
Internet Secara Terpilih Untuk Mencapai 1Malaysia
Juri: 7-2
Keputusan: USIM Menang
Pendebat Terbaik: Saudara Ikhwan(USIM)

Rentetan perjalan Juara Sulung Debat Piala Perdana Menteri 2011

Di peringkat akhir, pertemuan USIM dengan UITM telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Sri’ Hishamuddin Tun Hussein mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. USIM telah melakar kemenangan selesa di pertandingan akhir apabila menang dengan juri 7-2 dan seterusnya memahat nama selaku Juara Sulung bagi Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri buat julung-julung kalinya. Kemenangan ini telah mendapat liputan meluas daripada media massa seluruh Malaysia seterusnya mengharumkan nama USIM ke seluruh Malaysia. Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli pula telah diumumkan sebagai pendebat terbaik pada pertandingan akhir tersebut. Juara membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM25,000 beserta sijil manakala pendebat terbaik membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM2,000 beserta sijil.

Penulis bersama rakan-rakan dengan mock check Johan Debat Piala Perdana Menteri yang bernilai RM25,000

Kesimpulannya, kejuaraan pasukan USIM bagi pertandingan debat yang paling berprestij ini telah membuka mata masyarakat tentang kemampuan dan kebolehan pasukan debat USIM dan Debat Bahasa Melayu USIM sekali lagi telah berjaya menambah koleksi kejuaraan bagi Kelab Debat USIM dan USIM sendiri secara keseluruhannya pada pertandingan kali ini. Diharapkan agar kejayaan pada kali ini menjadi pemangkin untuk Debat Bahasa Melayu USIM terus maju di dalam mengharumkan serta memahat nama USIM agar disegani dan dihormati oleh universiti-universiti lain di Malaysia.


Dato Sri'  Hishamuddin Tun Hussein bersama juara kebanggaan USIM


Seperti kata jurulatih Debat Melayu USIM, En. Syamsul Amri Ismail atau dikenali dengan panggilan mesra Abg Acoi, “Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua…”. Diharapkan semua ini menjadi teladan dan semangat buat pasukan USIM yang lain mahupun mana-mana pihak agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

          Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Diharapkan post pada kali ini bermanfaat buat semua. Untuk cerita lebih lanjut, bolehlah melayari laman web seperti Kosmo: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm , Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm  , MobTV.my:  http://www.mobtv.my/current_affairs-323.html dan lain-lain lagi media massa. Ketemu pula di post akan datang. Wasalam…

7 comments:

  1. tahniah2...haha...bez gle..tmpang merasa kejayaan...:)

    ReplyDelete
  2. tahniah...huhu... usaha tangga kejayaan.. sdg mnggu pnulis pula berentap di arena yg lebih tggi..i/Allah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah3x !!!! Iqmal bila lagi. ???

    ReplyDelete
  4. mane gambar tyra jugak ni?tade pun. HEHE

    ReplyDelete
  5. Ar-Rasyid: Insya Allah..lepas ne kot..hehe...

    ReplyDelete
  6. Tyra Hanim: gmbr Tyra ada je..tp klu nk kena dtg ambik kt Abg Iqmal sndri la..hehe...

    ReplyDelete