Labels

Saturday, November 19, 2011

Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN 2011...


Salam..kali suka untuk berkongsi mengenai pengalaman yang penulis lalui baru-baru ini sebagai salah seorang dari urusetia bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN (IHTIFAL) 2011...

Inilah antara 'tempat kerja' penulis bagi pertandingan kali ini..hehe...

Pertandingan tersebut yang bermula pada 10 Nov -14 Nov 2011 memang merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Cuma pada tahun ini, pertandingan ini dianjurkan bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sempat juga bertemu dengan Saudara Shauqi yang datang bersama-sama pasukan Universiti Malaya

Pada pertandingan kali ini, penulis diamanahkan selaku Ketua Unit Hadiah & Cenderahati. Amanah ini telah banyak mengajar penulis erti KESABARAN, PENGORBANAN, KESUSAHAN dan lain-lain lagi. Ianya juga banyak mengajar penulis tentang PUBLIC RELATION, ORGANIZATIONAL BEHAVIOR, BUSINESS TRANSACTIONS dan sebagainya.

Ketika taklimat pertandingan di Dewan Hotel Allson Klana, Nilai

Ditambah pula apabila amanah ini ditambah lagi dengan disuruh melaksanakan bukan sahaja untuk pertandingan Debat tapi juga untuk Pertandingan Nasyid Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN, Pertandingan Tilawah Al-Quran Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN dan Persidangan Belia Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN.

Ketika di dalam dewan motion


Antara tugas-tugas yang telah diamanahkan yang perlu dilaksanakan oleh penulis adalah seperti berikut:


Menyiapkan sijil bagi kesemua pertandingan tersebut-meliputi dari Design sijil, Menyiapkan wording sijil (entah diedit berapa ratus kali), Order sijil, Cetak wording sijil, Dapatkan tandatangan Ketua pengarah JAKIM (Datuk Haji Othman Mustapha), Dapatkan tandatangan Naib Canselor USIM (Professor Dato' Dr. Muhamad Muda), Kumpulkan nama-nama peserta, urusetia-urusetia, hakim-hakim, pegawai-pegawai, guru-guru pengiring dan nama-nama institusi pengajian tinggi yang terlibat, Cetak nama-nama berkenaan pada sijil, Edarkan sijil secara manual mahupun pos dan sebagainya.

Kak Farhana@ibu yang banyak membantu penulis disepanjang pertandingan kali ini

Menyiapkan hadiah bagi kesemua pertandingan tersebut-meliputi dari Mengumpul maklumat mengenai  peruntukan hadiah, Menetapkan jumlah dan jenis hadiah-hadiah, Order hadiah-hadiah dan Mock Check, Update hadiah-hadiah tajaan seperti Kamus Elektronik BESTA, Buku-buku dari PTS Publications Sdn.Bhd, Tafsir Al-Quran dari JAKIM dan sebagainya, Menyusun atur hadiah di majlis penutup pertandingan, Menyusun atur pemberian hadiah di majlis penutup pertandingan, Membuka kaunter tuntutan wang tunai hadiah kemenangan, sehingga kepada pos hadiah.

Penulis bersama AJK2 pertandingan debat kali ini

Lebih kurang tu la tugas yang diamanahkan. Itu tidak termasuk duty2 'luar biasa', duty2 luar kawalan dan sebagainya. Apa pon  ini semua memang banyak mengajar penulis dalam pelbagai aspek kehidupan.

Berikut merupakan ringkasan mengenai keputusan-keputusan bagi kesemua pertandingan IHTIFAL Antara Institusi Pengajian Tinggi ASEAN 2011 baru-baru ini:

Pasukan Johan Debat kali ini

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ASEAN
JOHAN: Universitas  Islam Negeri Syariff Hidayatullah (UIN SYARIFF) - Indonesia
NAIB JOHAN: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Malaysia
PENDEBAT TERBAIK: Saudara Ayatulloh Khusaini (UIN SYARIFF) -Indonesia

Johan membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, Wang tunai RM5000, Kamus Elektronik BESTA setiap seorang, buku-buku PTS Publications Sdn. Bhd, Tafsir Al-Quran setiap seorang dan sijil.
Naib Johan membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM3000, buku-buku PTS Publications dan sijil.
Pendebat Terbaik membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM1500, kamus Elektronik BESTA dan buku-buku PTS Publications Sdn. Bhd dan sijil.

Pasukan Johan Nasyid kali ini

PERTANDINGAN NASYID ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ASEAN
JOHAN: Universiti Putra Malaysia (UPM) - Malaysia
NAIB JOHAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Malaysia
KETIGA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Malaysia
LIRIK TERBAIK: Universiti Putra Malaysia (UPM) - Malaysia

Johan membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM5000 dan Tafsir Al-Quran setiap seorang dan sijil.
Naib Johan membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM3000 dan sijil.
Ketiga membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM2000 dan sijil.
Lirik Terbaik membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM500 dan sijil.

Delegasi Johan Qariah dari UNISZA

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ASEAN
JOHAN QARI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Malaysia
NAIB JOHAN QARI: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan - Brunei
KETIGA QARI: Universitas Muhammadiyyah Jakarta (UMJ) - Indonesia
JOHAN QARIAH: Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) - Malaysia
NAIB JOHAN QARIAH: Universitas Muhammadiyyah Jakarta (UMJ) - Indonesia
KETIGA QARIAH: Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Malaysia

Johan membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM2000, Tafsir Al-Quran dan sijil.
Naib Johan membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM1000 dan sijil.
Ketiga membawa pulang Piala Iringan, Wang tunai RM750 dan sijil.

Mereka la antara yang banyak memberikan penulis semangat dalam melaksanakan amanah yang diberikan

Demikian sahaja perkongsian pada kali ini. Ketemu di post berikutnya yang bakal memaparkan perjuangan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM di kejohanan Debat WUPID (World Universities Peace Invitations Debate) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) . Wasalam...

4 comments:

  1. wah..kenangan bekerja bersama2 yang xkan dilupakan untuk selamanya... like3.. :) love this song a lots!!! ^_^ _ZAI_

    ReplyDelete
  2. Sama ar akak..hehe...
    yeke..iqmal pon suke gak lagu ne..hehe...^_^

    ReplyDelete
  3. cweet.....sori akk xdpt tlg byk ea dik..

    ReplyDelete
  4. x pe..x kisah pon..yg penting semua berjalan ngan lancar n settle...^_^

    ReplyDelete