Labels

Monday, December 5, 2011

Debat BM Tanpa Henti 211 Jam & Sambutan 10 Tahun FEM (MyFEM)...

Salam...kali ni nak berkongsi mengenai dua aktiviti yang sempat penulis lalui pada minggu ini walaupun pada minggu ini terdapat 2 midterm exam (commercial law + intermediate acc). Payah giler kot soalan midterm2 ne..huhu...

Ni la dia program Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam tu...

AKTIVITI 1: DEBAT BAHASA MELAYU TANPA HENTI 211 JAM...

Secara ringkasnya, program debat yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Utusan Malaysia pada kali ini bertujuan untuk memecahkan rekod lama dalam The Malaysia Book of Records sebelum ini iaitu Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 100 Jam pada Tahun 2006 yang lalu.

Penulis sempat mengambil post di hadapan bilik sidang di UiTM Shah Alam...

Tema program debat kali ini ialah "Transformasi & Perpaduan Bangsa". Penulis dan rakan2 lain telah dijemput bagi sama2 menjayakan program kali ini dan penulis telah bersidang pada Sidang Ke-50. Selain itu, penulis sempat juga berjalan2 sekitar UiTM Shah Alam yang menjedi venue program kali ini. 

Dan untuk makluman, disebabkan program ini mendapat sambutan dari ramai pihak, pihak penganjur telah memanjangkan masa program ini dari 211 jam kepada 222 jam. Alhamdulillah, program ini telah tamat dengan rekod masa bersidang sebanyak 222 jam.

Keterangan lanjut, layari http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2Fkosmo%2Farkib.asp%3Fy%3D2011%26dt%3D1127%26pub%3DKosmo%26sec%3DNegara%26pg%3Dne_08.htm&h=aAQGnRYM9AQHv_5pU6rFf9uZW96q3I6CZMxMFYM8hLQLJXg

Logo rasmi Sambutan 10 Tahun Fakulti Ekonomi & Muamalat (MyFem)...

AKTIVITI 2: SAMBUTAN 10 TAHUN FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT (MyFEM)

Secara ringkasnya, program Sambutan 10 Tahun FEM (MyFEM) ini merupakan satu program yang diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) yang merupakan fakulti penulis di USIM. Penulis telah mengambil bahagian pada program ini dengan menjadi pengerusi majlis bersama saudari Ummu Hasanah pada Majlis Perasmian Penutup, Sambutan 10 Tahun Fakulti Ekonomi & Muamalat.

Inilah dia fakulti tempat penulis belajar...

Pengalaman pertama menjadi pengerusi majlis amatlah mencabarkan. Terdapat banyak kesilapan serta kesalahan yang penulis lakukan sepanjang majlis berlangsung. Namun, itu semua akan menjadi pengalaman yang sangat berguna buat penulis pada masa akan datang.

Keterangan lanjut, layari blog MyFEM 10th myfem10th.blogspot.com/

Ok, setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. ketemu di post berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment