Labels

Sunday, December 18, 2011

SUFA USIM 2011...

Salam...kali ini penulis ingin berkongsi mengenai pertandingan Sukan Antara Fakulti USIM 2011 (SUFA 2011) yang diadakan baru-baru ini. Pertandingan sukan ini diadakan setiap tahun melibatkan kesemua fakulti USIM termasuklah Pusat Tamhidi.

Ni je la yang mampu penulis dapat wat SUFA USIM 2011 ni..huhu...

Terdapat pelbagai acara sukan yang dipertandingkan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling. Bola Tampar, Hoki, Badminton, Pingpong, Memanah, Bowling dan sebagainya. Namun pada kali ini penulis berkesempatan turut sama menyertai SUFA 2011 dengan memasuki acara Catur Berkumpulan dan menjadi pengurus bagi pasukan Pingpong Campuran.

ACARA CATUR CAMPURAN
Penulis memasuki acara ini di saat2 terakhir memandangkan fakulti penulis iaitu Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) tidak mempunyai wakil yang menckupi. Untuk pengetahuan, acara catur campuran mewajibkan 4 orang peserta dalam satu pasukan dan penulis bersama saudara Arif, saudara Amirul Arif dan saudara Azam mewakili FEM.

Pasukan FPQS. Dengan dia ni la penulis kalah..huhu...

Pasukan penulis berada dalam Kumpulan B. Kumpulan ini terdiri dari pasukan Fakulti Al-Quran & Sunnah (FPQS), pasukan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP), pasukan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM). Dalam peringkat saringan ini, pasukan penulis menang ke atas pasukan FKP dan FPBU manakala seri dengan pasukan FPQS yang merupakan johan SUFA 2010.

Sememangnya acara catur memang memerlukan penumpuan yang amat tinggi semasa permainan dijalankan...

Di peringkat separuh akhir, pasukan penulis bertemu dengan pasukan Fakulti Pengajian Sains Kesihatan (FMeD) dan terpaksa akur dengan kelebihan pihak lawan. Manakala dalam penentuan tempat ketiga, pasukan penulis berjaya mengalahkan Pusat Tamhidi (PT). Akhirnya, pingat gangsa berjaya dirangkul.

ACARA PINGPONG BERPASUKAN
Penulis diamanahkan untuk menjadi pengurus pasukan Pingpong Campuran FEM. Pasukan FEM diletakkan dalam Kumpulan B bersama2 dengan pasukan Fakulti Syariah & Undang2 (FSU), pasukan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) dan Fakulti Pengajian Sains Kesihatan (FMeD). Bagi pertandingan ini, setiap pasukan mestilah terdiri dari 2 orang perseorangan lelaki, 2 orang perseorangan wanita, 2 pasukan beregu lelaki dan satu pasukan beregu wanita.

Ni la dia pasukan johan Pingpoing SUFA USIM 2011...

Dalam peringkat  kumpulan, pasukan FEM memenangi perlawanan dengan pasukan FMeD dengan agreget 5-2, juga menang dengan pasukan FPQS dengan agreget 6-1 dan tewas kepada pasukan FSU dengan agreget 3-4. Pasukan penulis menjadi juara kumpulan B dan pasukan FMeD menjadi naib juara kumpulan B.

Penulis x main pon, tapi aksi mengalahkan pemain..hehehe...

Di peringat separuh akhir, pasukan FEM menang ke atas pasukan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dengan agreget 4-1 manakala di peringkat akhir pasukan FEM berjaya menumpaskan pasukan FMeD sekali lagi dengan agreget 4-1 dan seterusnya dinobatkan selaku juara.

Tahniah dan terima kasih buat semua yang sama2 terlibat dalam membantu pasukan FEM memenangi acara Catur Berkumpulan dan acara Pingpong Campuran. Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Ketemu di post yang berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment