Labels

Sunday, February 19, 2012

Trip Memancing di Langkawi Permata Kedah...

Mencari ketenangan bersama alam ciptaan NYA di Langkawi Permata Kedah...

Salam..kali ni penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai salah satu aktiviti yang telah dilakukan oleh penulis pada cuti semester baru2 ini iaitu Trip memancing di Langkawi permata Kedah.

Permandangan kawasan memancing memang menyejukkan mata kali ini...

Seperti biasanya, trip memancing pada kali ini juga melihatkan kepada penulis betapa indahnya ciptaan Allah tidak kira sama ada yang berada di langit, di daratan, di lautan mahupun di dasar lautan. Semuanya mengikut susunan dan aturan NYA yang Maha Esa.


Ayah penulis...

Trip pada kali ini bermula pada pukul 5 pagi. Ketika kebanyakkan manusia sedang nyenyak diulit mimpi, penulis bersama2 ayah tercinta dan cik Jamal, rakan ayah telah bergegas menuju ke tempat membeli udang hidup yang akan digunakan sebagai umpan bagi trip memancing pada kali ini.

Cik Jamal...

Selepas berjaya mendapatkan udang2 hidup yang diletakkan di dalam dua bekas yang dilengkapi dengan alat oksigen bagi memastikan agar udang kekal hidup, kami bergegas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan. Selepas itu, kami membeli sarapan dan seterusnya bergerak ke jeti untuk menaiki bot dari sana.

Antara pemandangan yang terdapat di kawasan memancing...

Kemudian, perjalanan dari bot menuju ke tengah lautan pun bermula. Memandangkan Langkawi merupakan sebuah pulau yang dihiasi dengan batu2 karang yang cantik lagi menarik, maka tidak sukar untuk kami memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai port untuk memancing.

Sebahagian dari hasil tangkapan...

Apa lagi yang berlaku seterusnya? x yah cakap la. tengok gambar je. Hehehe...

Post penulis kali ni...

So, pada sapa2 nak g trip memancing lain kali, jangan segan silu ajak penulis ea. Hehehe... Tapi sekarang dah masuk semester baru. So, kena fokus (macam la fokus selama ni, hahaha..). Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Ketemu di post berikutnya. Wasalam...

3 comments:

  1. Salam,

    Bro info skit berapa RM kena bayar nak naik satu trip and no. telepon umpan hidup ni..saya nak gerak ke Langkawi nanti2 senang boleh p sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UDANG HIDUP BANYAK DIJUAL DI SUNGAI MENGHULU DEKAT PEKAN KUAH..MURAH JERR

      Delete
  2. Saya ada sdra seorang nelayan di Pulau Tuba, ada cadangan nak pergi kesana tapi x ada geng. Sdra dari mana? Hubungi saya email safuan03@yahoo.com

    ReplyDelete