Labels

Tuesday, April 3, 2012

Debat Terbuka ASTAR 2012...

Debat Terbuka ASTAR 2012...

Salam..dah lama tak mengisi post dengan kisah pertandingan debat. So, pada kali ini penulis ingin berkongsikan pengalaman terbaru penulis di Pertandingan Debat Terbuka ASTAR 2012 di Universiti Malaya baru-baru ini..


Ni la team USIM A @ 3 Suara...

Pada mulanya, penulis tidak terlibat dalam pertandingan debat ASTAR ini namun setelah ketiadaan pendebat yang mahu mengisi kekosongan pada team USIM A memandangkan team ini hanya terdiri 3 orang pendebat sahaja. Maka, penulis pun bersetuju untuk menerima jemputan dari adik2 debat team USIM A (adik2 la sangat kan..:p)..


Ni pulak team USIM B yang 'Vogue' sampai suku...

So, team USIM A yang juga dikenali sebagai team 3 Suara/Al-Jawahir terdiri dari saudari Asma', saudari Farahin dan saudari Riza' Asma. Susun atur dalam perdebatan untuk team ini ialah sekiranya di pihak kerajaan, saudari Farahin (Perdana Menteri), saudari Riza' Asma (Timbalan Perdana Menteri) dan saudari Asma (Menteri Pertahanan) manakala jika di pihak pembangkang, saudari Riza' Asma (Ketua Pembangkang), saudari Farahin (Timbalan Ketua Pembangkang) dan saudari Asma (Pembangkang Ketiga). So apa peranan penulis? hehehe..penulis hanya jadi simpanan sahaja untuk pertandingan perdebatan ini sambil melihat dan menilai kebolehan dan kemampuan 3 Suara ini berdebat..

Berikut merupakan tema serta usul yang dilalui oleh team USIM A pada pertandingan debat ASTAR pada kali ini:


Masa pusingan pertama...

Pusingan 1: INTEGRITI
Usul: Pelaksanaan Gaji Minimum: Kita Tak Akan Muflis.
USIM A (Kerajaan) vs IPG Tuanku Mizan (Pembangkang)
Juri: 0-1 (Supreme Judge)
Margin: 1
Pendebat Terbaik: Riza' Asma (USIM)
Pemenang: Usul ditolak (IPG Tuanku Mizan)


Masa pusingan kedua...


Pusingan 2: ALAM SEKITAR
Usul: Isu Lynas Sengaja Diperbesar-besarkan.
USIM A (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)
Juri: 0-3
Margin: 2
Pendebat Terbaik: Hazwan (MMU)
Pemenang: Usul ditolak (MMU)


Ni la dia saudari Riza' Asma yang merangkul 3 kali pendebat terbaik buat kali ini...


Pusingan 3: 1MALAYSIA/PERPADUAN/KEMERDEKAAN
Usul: Dewan Ini Mencadangkan Tun Dr. Mahathir Sebagai Menteri Mentor Malaysia.
IPG Ilmu Khas (Kerajaan) vs USIM A (Pembangkang)
Juri: 3-0
Margin: 6
Pendebat Terbaik: Riza' Asma (USIM)
Pemenang: Usul ditolak (USIM A)


Saudari Farahin berdebat ketika pusingan keempat...


Pusingan 4: KEAMANAN
Usul: Jika Kami Berjaya Membentuk Kerajaan, Kami Akan Mengutamakan Pembangunan Modal Insan berbanding Pembangunan Ekonomi.
IUNIMAP A (Kerajaan) vs USIM A (Pembangkang)
Juri: 3-0
Margin: 2
Pendebat Terbaik: Riza' Asma (USIM)
Pemenang: Usul ditolak (USIM A)


Khusyuk la sangat kan..:p


Pusingan 5: PIALA PERDANA MENTERI
Usul: Dewan Ini Mencadangkan Hukuman Penjara Bagi Penjaga Yang Lalai Dalam Memastikan Keselamatan Kanak-Kanak.
USIM A (Kerajaan) vs UTM (Pembangkang)
Juri: 3-0
Margin: 1.67
Pendebat Terbaik: Riza' Asma (USIM)
Pemenang: Usul diterima (USIM A)


Selepas 6 pusingan...


Pusingan 6: GENDER
Usul: Peningkatan Masalah Khalwat: Mahkamah Syariah Gagal Memberi Impak.
USIM A (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)
Juri: 0-3
Margin: 5
Pendebat Terbaik: Hazwan (USIM)
Pemenang: Usul diterima (MMU)


Dapat banyak pengalaman dengan team 3 Suara ne...

Maka, dengan kemenangan 3 pusingan dari 6 pusingan buat team yang pertama kalinya beraksi mewakili USIM boleh dikatakan agak membanggakan juga la. Dan saudari Riza Asma' yang memenangi 3 kali sebagai pendebat terbaik berada di ranking ke-10 pendebat terbaik dari segi keseluruhan pendebat. Nyata team 3 Suara ini mempunyai potensi dan masa depan yang cerah untuk melangkah dengan lebih jauh lagi dalam arena perdebatan pada masa akan datang. So, setakat itu sahaja dahulu perkongsian buat kali ini. ketemu di post berikutnya. Wasalam...


No comments:

Post a Comment