Labels

Sunday, June 3, 2012

InSaF Di RuMaH LiMaH...

Antara rakan2 yang turut serta pada kali ini...

Salam...kali ni penulis ingin berkongsi mengenai pengalaman penulis bersama rakan2 di rumah saudari Halimah baru2 ini. Aktiviti yg bermula dar Jumaat malam sehingga Ahad petang baru2 ini diadakan antaranya bertujuan untuk mencari dana untuk LA, mengadakan solat hajat & bacaan Yasin, mengadakan BBQ serta mengisi masa hujung minggu bersama rakan2 kelas.

Aktiviti yang mencabar fizikal & mental...

Bunyi macam biasa je tapi sebenarnya terdapat banyak pengajaran yang penulis kutip ketika aktiviti pada kali ini. Terutamanya apabila mengerahkan tenaga empat kerat ini membanting tulang mencangkul tanah di bawah matahari terik yang membahang sangat2 memberi pengajaran & pengalaman yang berguna kepada penulis & rakan2.

Penulis sedang mencuba menggunakan mesin rumput memotong rumput & lalang2...

Jika sebelum ini, penulis merasakan bahawa belajar itu susah, rupanya melakukan kerja2 berat ni lagi susah dari yang penulis bayangkan. Pendek kata sampai sakit seluruh badan2 serta luka2 akibat ketidakbiasaan melakukan perkara2 berat seperti ini sebelum ini.

Ketua kelas penulis merangkap ketua aktiviti kali ini...

Pada masa yang sama, penulis memikirkan sejenak bahawa sesungguhnya bukan setakat belajar sahaja susah, bahkan banyak lagi perkara yang lagi sukar & mencabar yang ada diluar sana menanti kita semua. Merasakan diri yang begitu kerdil dengan kekurangan ilmu kemahiran dan pengalaman jika dibandingkan dengan orang2 lain di luar sana.

Team lelaki untuk aktiviti pada kali ini...

Penulis juga menyedari bahawa ilmu yang dipelajari di universiti tidak mencukupi jika tidak ditambah dengan ilmu2 kemahiran seperti ini untuk menghadapi cabaran masa mendatang. Kepada saudari Halimah, terima kasih atas kesudian memberikan kami pengalaman berharga ini. Sesungguhnya perkara2 seperti ini tidak ada di universiti2 mahupun di bandar2. Jangan risau, kami tidak serik untuk bertandang lagi ke rumah saudari selepas ini (iye2 je bunyi yer..). x de la, gurau je Limah ea. Hehehe...

Team perempuan untuk aktiviti kali ini...

Sekian sahaja perkongsian buat kali ini, ketemu di post berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment