Labels

Tuesday, September 11, 2012

DeBaT BaHaSa ArAb SeKoLaH 2o12...




Salam..sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ni. Banyak perkara yang telah berlalu dalam masa beberapa bulan ni. Tidak sempat untuk menceritakan mengenai semua perkara sekali gus. Mungkin memerlukan update lagi beberapa kali untuk menceritakan perkara-perkara yang berlaku. Walaubagaimanapun penulis suka untuk menceritakan pengalaman penulis terlibat di dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan & Jemputan Nusantara 2012 yang berlangsung di USIM pada 6-10 Julai yang lalu.

 
 

Jika pada tahun lepas penulis terlibat selaku ajk Unit Hadiah, Sijil & Cenderamata namun pada tahun ini penulis diberi amanah selaku pengarah. Menjadi seorang pengarah bukanlah suatu kerja yang mudah. Jika sebelum ni kita hanya tahu bahawa pengarah itu tugasnya mengarah namun sebenarnya tugas pengarah lebih daripada itu.

 

Menjadi seorang pengarah menyebabkan penulis mengetahui secara keseluruhan mengenai pertandingan tersebut. Jika sebelum ini penulis hanya perlu memfokuskan mengenai unit hadiah, sijil & cenderamata namun sebagai seorang pengarah penulis telah mengetahui 15 unit-unit yang lain. Pendek cerita, pengarah kena tahu semua perkara la dari A-Z.

 

Penulis diuji dengan perkara baru seperti kewujudan kategori Nusantara yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini. Penulis juga belajar bagaimana untuk berurusan dengan pihak kementerian dan mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan. Penulis terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah seperti ketiadaan bekalan air di tempat kediaman, masalah makanan basi, masalah sakit dan sebagainya.

 

Selain itu, penulis juga terpaksa berhadapan dengan kerenah peserta-peserta, guru-guru pengiring, hakim-hakim, penyokong-penyokong, ibu bapa dan lain-lain pihak yang turut serta terlibat dengan pertandingan pada kali ini dan perkara yang paling mencabar ialah bagaimana untuk mengawal selia dengan baik 155 ajk yang berada di bawah pengawasan penulis untuk digerakkan bagi menjayakan pertandingan pada kali ini.

 

Bercakap mengenai pertandingan debat bahasa arab kali ini yang dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM, Kelab Debat USIM dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan muncul Johan manakala SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang muncul Naib Johan bagi kategori Kebangsaan. Bagi kategori Nusantara pula, Madrasah Al-Juneid, Singapura telah muncul sebagai Johan sulung manakala Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Malaysia muncul sebagai Naib Johan. Tahniah kepada pemenang-pemenang diatas kejayaan mereka.



Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan dari Kelab Debat USIM dan mereka-mereka yang sama-sama terlibat berganding bahu dan berhempas pulas menjayakan pertandingan pada kali ini. Jutaan maaf juga dipinta sekiranya ada salah dan silap, ketelanjuran kasar bahasa, perbuatan dan sebagainya. Bagi penulis, kalian semua sangat besar ertinya dalam menjayakan pertandingan pada kali ini.



Juga ucapan terima kasih tak terhingga buat ahli-ahli MT yang lain iaitu Timbalan Pengarah, Muhamad Faiz, Setiausaha, Kak Nur Faezah dan Bendahari, Kak Noor Farhana. Kalian bersama-sama penulis dalam pelbagai keadaan ketika susah dan senang dalam menjayakan pertandingan pada kali ini..^_^



Sekiranya penulis diberi peluang lagi untuk memimpin pada masa akan datang, penulis berharap agar kalian semua tidak serik untuk bersama-sama dengan penulis lagi. Hehehe.. Rasanya setakat itu sahaja dahulu perkongsian pada kali ini. Hingga ketemu di post berikutnya. Wasalam


No comments:

Post a Comment