Labels

Wednesday, October 3, 2012

BeLaNjAwAn MaLaYsIa 2o13...



BELANJAWAN 2013
MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI"
                                                     

5 FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2013:

FOKUS PERTAMA : MERANGSANG AKTIVITI PELABURAN

FOKUS KEDUA : MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

    FOKUS KETIGA : MEMBUDAYA INOVASI, MENINGKAT PRODUKTIVITI

FOKUS KEEMPAT : KONSOLIDASI FISKAL DAN MEMPERCEKAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

    FOKUS KELIMA : MENSEJAHTERAKAN RAKYAT




FOKUS PERTAMA : MERANGSANG AKTIVITI PELABURAN

Sebanyak 3 bilion ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan 12 Bidang Utama Ekonomi Negara:
- RM1.5 bilion bagi projek pertanian (kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi).
- RM500 juta untuk projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang.
- RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

Menyediakan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Memperkenalkan semula insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas bagi menggalakkan penyedia perkhidmatan tempatan bergabung menjadi entiti lebih besar.

Sebanyak RM1 bilion disediakan di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. Peruntukan RM30 juta untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui inovasi dan produktiviti melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk 6 Program Berimpak Tinggi.

SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta bagi membiayai modal kerja PKS terlibat.

Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan had perlindungan maksimum sehingga RM5 ribu ini dengan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan memperkenalkan Program Business In Transformation. Untuk ini, PNS akan menyediakan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan pinjaman sehingga RM25 ribu bagi licensee dan RM500 ribu kepada licensor.

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum, untuk tempoh 10 tahun diberi kepada yang layak. Hasil insentif, pelbagai projek pelaburan minyak dan gas bernilai 20 bilion dolar US telah dimulakan termasuk projek Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development atau Rapid, Terminal Simpanan Minyak dan Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.

Program Global Incentive for Trading atau GIFT ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 3 tahun pertama operasi bagi syarikat dagangan.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM358 juta di bawah perbelanjaan pembangunan dengan sasaran pelancong seramai 26.8 juta orang serta lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

Memperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani :
- RM30 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
- RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
- RM432 juta untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit.
- RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran ke arah pengeluaran lebih banyak bahan terbitan.
- RM230 juta sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan (RM200 sebulan) serta skim perlindungan insurans nelayan dengan perlindungan maksimum RM100 ribu.
- RM2.4 billion subsidi dan insentif pertanian:
- RM480 juta untuk Subsidi Harga Padi
- RM465 juta untuk Subsidi Baja Padi
- RM80 juta untuk Insentif Peningkatan Hasil Padi
- RM563 juta untuk Insentif Pengeluaran Padi
- RM528 juta untuk Subsidi Harga Beras
- RM85 juta untuk Subsidi Benih Padi Sah

4 kawasan jelapang padi baru akan dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.

Skim Perlindungan Takaful Padi dengan peruntukkan RM50 juta kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172 ribu pesawah.

Meneruskan Projek Azam Tani dengan peruntukkan RM41 juta bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta.

Mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan AgroSukuk tersebut diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

DanaInfra Nasional Berhad akan menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta pada akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan projek MR serta diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Suruhanjaya Sekuriti akan menubuhkan Pusat Promosi Pasaran Modal bagi memastikan keberkesanan dan promosi secara holistik pasaran modal Malaysia di peringkat antarabangsa.

Memperkenalkan inisiatif Graduate Representative Program bagi melatih 1,000 graduan supaya dapat memenuhi keperluan industri sekuriti dan derivatif.

Mencadangkan amanah perniagaan diberi layanan cukai sama seperti sesebuah syarikat serta pengecualian duti setem dan pengecualian cukai keuntungan harta tanah di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan.

Menambah peruntukan modal Danajamin sebanyak RM400 juta dalam tempoh 2 tahun.

Penubuhan Yayasan Pasaran Modal dengan RM10
0 juta akan disediakan kepada Yayasan ini melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia SC. 

Yayasan Wakaf Malaysia di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) akan diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat. Pelan induk ini bakal menjadi platform pembangunan wakaf korporat di Malaysia.

Sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank.

Memperluas Skim Jaminan Modal Kerja yang berbaki RM900 juta sehingga 31 Disember 2013.

Menyediakan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk TEKUN, termasuk daripadanya RM50 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.



FOKUS KEDUA : MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.

Sebanyak RM38.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

Menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills serta penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.

Tambahan RM1 bilion lagi di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah:
RM400 juta akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan.
- RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
- RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
- RM100 juta kepada Sekolah Mubaligh.            
- RM100 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- RM100 juta kepada Sekolah Berasrama Penuh.
- RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains MARA.

Sebanyak RM1.2 bilion disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

Geran pelancaran RM10 ribu kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.

Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan.

Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10% setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta.

Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10% setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.

Melaksanakan projek perintis taska OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

Sejumlah RM3.7 bilion akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan RM200 juta.

Melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat.

Memperuntukkan RM440 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

Memperuntukkan RM366 juta bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Skim Latihan Dual Nasional untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India.

PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO.



FOKUS KETIGA : MEMBUDAYA INOVASI, MENINGKAT PRODUKTIVITI

Mewujudkan skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta. Skim ini akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures. Kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak 2% dan jaminan sebanyak 50% melalui Credit Guarantee Corporation.

Menyediakan peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

Sebanyak
RM600 juta kepada 5 buah universiti penyelidikan bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik seperti nano teknologi, automatif, bio-teknologi serta aero-angkasa.

Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiarinya yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari tersebut.

Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

Mencadangkan potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

Kerajaan akan menambah sebanyak RM2 billion lagi untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dan tempoh permohonan skim SPTH ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi iaitu sehingga 31 Disember 2015.



FOKUS KEEMPAT : KONSOLIDASI FISKAL DAN MEMPERCEKAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

Memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55%
 kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada 3% menjelang 2015. Memastikan kutipan hasil ditingkatkan dengan mengukuhkan sistem percukaian dan memastikan semua perolehan dan pembelian Kerajaan adalah berdasarkan prinsip value for money.

Menyelaras semula pencen pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun.

Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh sah laku 5 tahun kepada golongan warga emas. Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80.

Meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah kenaikan secara time-based anggota berpangkat prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM107 juta.

Memberikan bayaran insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM301 juta.

Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai, RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam melibatkan 65 ribu anggota simpanan angkatan tentera merangkumi Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara.

Memberi RM1 ribu secara one-off kepada bekas tentera yang bersara awal atau berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen dengan peruntukan RM224 juta.

Memperkenalkan 
Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dengan peruntukan RM12 juta.

Menetapkan wang proses ini pada kadar RM100 bagi setiap permohonan tanpa mengambil kira jumlah pinjaman yang dipohon.

Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang melibatkan 31,135 pelatih. Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian dengan peruntukkan sebanyak RM84.2 juta.



FOKUS KELIMA : MENSEJAHTERAKAN RAKYAT

Menyediakan RM6 bilion pada tahun 2013 di bawah Insentif Pembiayaan Swasta yakni PFI 2 untuk melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Peruntukan sejumlah RM591 juta akan disediakan bagi tahun 2013 untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
- Menambah bilangan perjawatan baru Polis DiRaja Malaysia serta menaik taraf infrastruktur dan menyediakan peralatan moden.
- Menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal memantau kawasan perumahan dengan menyediakan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
- Menambah bilangan ahli Pasukan Sukarelawan Polis seramai 10,000 orang dengan peruntukan RM70 juta.
- Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menambah RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan lagi pada tahun 2013.

Memberi geran berjumlah RM10 ribu kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan kos sebanyak RM40 juta.

Memperuntukkan RM39 juta bagi membiayai aktiviti KRT.

Menyediakan sepasang pakaian seragam untuk 30,000 anggota RELA yang aktif dengan peruntukan sebanyak R
M90 juta.

Tolakan sepenuhnya perbelanjaan pemasangan alat kawalan keselamatan bagi syarikat-syarikat dalam tahun yang sama ia dibelanjakan di bawah galakan Elaun Modal Dipercepatkan.

Sebanyak RM276 juta akan diperuntukkan kepada SPRM bagi membanteras rasuah. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambah sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai 5,000 anggota.

Program Transformasi Bandar atau UTP dengan RM200 juta di bawah seliaan National Strategic Coordination Unit.

Pelaksanaan UTC akan diperhebatkan dan dilaksanakan secara berperingkat di 6 bandar utama, iaitu Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Memperluaskan RTC ke Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Selain itu, Kerajaan juga akan menaik taraf Medan Info Desa seluruh negara sebagai Mini-RTC.

Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan bandar dengan peruntukkan sebanyak RM4.5 bilion:
- RM1.2 bilion disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer Projek Jalan Luar Bandar.
- RM1.6 bilion diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air kepada 24 ribu buah rumah dan projek penyambungan bekalan elektrik kepada 19 ribu buah rumah.
- RM137 juta diperuntukkan bagi membiayai Program Desa Lestari melibatkan 29 buah kampung di seluruh negara dan memanfaatkan 38 ribu penduduk.
- RM88 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi dan Projek Bekalan Air bagi Masyarakat Orang Asli.
- RM100 juta bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Memperuntukkan sebanyak RM19.3 bilion untuk perkhidmatan mengurus dan pembangunan kesihatan.

Memperuntukkan RM20 juta bagi membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia pada tahun 2013. Selain itu, sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan untuk membaik pulih 350 klinik di seluruh negara di samping menambah 150 buah mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara.

Memperuntukkan RM50 juta bagi menyokong dwi peranan wanita dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:
- Seramai 500 wanita akan dilatih di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) akan dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.
- Program Get Malaysian Business Online (GMBO) bagi membantu 50 ribu usahawan kecil melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara atas talian dengan geran RM1 ribu melalui peruntukan RM50 juta oleh SKMM.
- RM25 juta untuk kemudahan pemeriksaan percuma ujian Mamogram.

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik.

Memperuntukkan RM400 juta bagi program 1AZAM atau Akhiri Zaman Miskin yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 58,330 peserta.

Menambah lagi 6 pusat Anjung Singgah serta mewujudkan 5 Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementara dan selesa kepada pesakit miskin atau ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital Kerajaan.

Sebanyak RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan.

Memperuntukkan RM15 juta bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa termasuk Sukan SEA 2013, Sukan Para ASEAN 2013, Sukan Komanwel serta Sukan Asia tahun 2014.

RM50 juta diperuntukkan untuk tempoh 4 tahun khusus bagi persiapan Sukan Olimpik Rio 2016 di bawah program Road to Rio.

Membina sebuah velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Bukit Kiara dengan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

Sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan.

Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta akan disediakan oleh SME Bank.

Melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan. 3 idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia.

Rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah dengan peruntukkan RM300 juta.

Memperuntukkan sejumlah RM6 juta sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan yang berdaftar.

Melancarkan RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti di Kuantan. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu.

Memperluaskan diskaun 50% kadar tambang kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan 3,000 ringgit dan ke bawah yang menggunakan perkhidmatan komuter KTMB.

Memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan oleh PR1MA untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100-RM400 ribu seunit.

PR1MA akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah RM500 juta untuk membina 30 ribu unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta.

RM320 juta diperuntukkan melalui SPNB untuk membina sebanyak 22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat serta rumah mampu milik.

Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, SPNB akan membina sebanyak 21,000 unit rumah untuk tahun 2013. Di bawah program ini, SPNB akan membina rumah berharga RM65 ribu dengan subsidi sebanyak RM20 ribu serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.

RM543 juta akan disediakan bagi Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Industrialised Building System.

Skim Rumah Pertamaku akan ditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3 ribu kepada RM5 ribu sebulan atau RM10 ribu sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.

Melanjutkan pengecualian duti setem surat cara perjanjian pindah milik dan pinjaman sebuah rumah kediaman pertama yang sedia ada sehingga 31 Disember 2014.

Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) dikenakan pada kadar 15% dan 10% bagi pelupusan hartanah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. Bagi hartanah yang dilupuskan selepas tempoh 5 tahun daripada tarikh perolehannya, CKHT tidak dikenakan.

Memperuntukkan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai serta insentif cukai seperti berikut:
- Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat.
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman.
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan.
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah yang berpendapatan RM3 ribu dan ke bawah serta diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2 ribu sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai 29 September 2012. Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kg yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta.

Menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Memperuntukkan sebanyak RM386 juta bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.

Memberi diskaun tambang kepada semua penumpang yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak sebanyak 50%.

Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3 ribu.

Menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan 2 rebat cukai. Berikutan pelepasan dan rebat cukai ini, hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50 ribu.

Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan antara 1 hingga 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

Pengusaha bas sekolah diberi rebat tunai RM10 ribu dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun.

Penyediaan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya Kekal dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan peruntukkan sebanyak RM40 juta.

RM 2.6 bilion merangkumi bantuan geran per kapita, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.

Meneruskan pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan peruntukan sebanyak RM540 juta.

Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti dengan nilai RM250 melibatkan peruntukan RM325 juta.

Pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak RM4 ribu seorang sekarang ini, dinaikkan kepada RM6 ribu mulai tahun taksiran 2013.

Pelepasan cukai yang telah pun diberi sehingga RM3 ribu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional dinaikkan kepada RM6 ribu.

Bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20% akan diberikan ke atas jumlah pinjaman hutang PTPTN yang membayar sekaligus. Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan

Menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat dan SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Felda akan melaksana dan menyiapkan projek perumahan generasi baru sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas 5,000 ekar tanah dalam kawasan Felda dengan belanja sebanyak 
RM1.5 billion dalam tempoh tersebut.

Memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan dan sebanyak RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5000 anak generasi baru.

Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah arau untuk pelajar pra-sekolah di pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

Syarikat-syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan hampir RM500 juta untuk menjalankan CSR dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam persekitar
an.

Pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Seperti kita tahu, dari jumlah ini, setengah bulan telahpun diberikan menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, sejumlah setengah bulan gaji lagi akan diberikan pada bulan Disember kelak manakala setengah bulan lagi akan diberikan pada bulan Januari nanti.

2 comments:

  1. Sejauh mata memandang begitulah saujananya sempadan pengertian kearah wawasan Imalaysia yang melingkari disebalik amanat bajet 2013. Malaysia pastinya sebuah negara berinovasi berteknologi dan bakal terjulang diantara negara-negara maju. Ucapan terima kasih buat YAB Datuk Seri Najib dan rakan-rakan kabinet lantaran menyuntik semangat dan kebanggaan rakyat 1Malaysia dalam kebersamaan mengharungi cita-cita bangsa dan negara. Sejenak kita menoleh kebelakang bagaimana perintis kepada penerokaan teknologi baik pulih kapal, bena kapal dan pelantar minyak di MSE kini MMHE pernah menjulang martabat negara keperingkat global.Agar mereka tidak terpinggir dalam arus ketamadunan harini.Maju bangsa maju negara, Insyak Allah.

    ReplyDelete
  2. Janji seindah khabar dari rupa ! Kemakmuran dan kesejahteraan sekadar laungan dipentas dalam kadar transformasi tidak bermaya. Apa jadi pada nasib mereka-mereka ini ? Ternyata teramat jauh ditelan jangka tempuh yang semakin sayup terpinggir. Tiada satu pun umat pemimpin sudi melaburkan bakti membela urusan yang mungkin dianggap karat dan lapuk ini. Sememangnya mereka-mereka yang terpinggir ini adalah mangsa dari kedurjanaan episod guaman dan ketidaksempurnaan dalam ciri-ciri pembelaan. Sejahteralah buat nasib mereka dalam arus kepuraan hidup ini !

    ReplyDelete