Labels

Saturday, December 15, 2012

BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI MSC USIM dan KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM EDISI KE-6 2012...

Salam...sudah lama x menulis di ruangan blog ni. Hurm..kali ni nak berkongsi pengalaman yang dialami baru-baru ini di dalam BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI MSC USIM dan juga KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM EDISI KE-6 2012.


Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM Edisi Ke-6 2012...

Pertama sekali merujuk kepada program BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI MSC USIM. Inilah kali pertama berpeluang memberikan talk kepada pelajar-pelajar perubatan USIM dan juga pertama kali menjejakkan kaki ke cawangan USIM Pandan Indah di Kuala Lumpur (dah nak masuk 4 tahun baru berpeluang menjejakkan kaki di USIM Pandan kot)...


Sebahagian peserta-peserta kategori Bahasa Melayu  untuk kejohanan debat pada kali ini...

Talk tu berkenaan pengurusan sebagai PENGARAH dan SETIAUSAHA. Jadi, banyak la dari intipati-intipati talk tu berdasarkan pengalaman menjadi pengarah selama ini. Selain itu, cerita la juga tentang ciri-ciri, sikap, tugas-tugas, peranan pengarah dan setiausaha ni. Nak share la sikit kat sini antara intipati-intipati penting yang boleh diambil pengajaran bersama-sama...


Senior-senior yang sudi meluangkan masa hadir pada kejohanan pada kali ini...

Peranan Pengarah: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka terhadap kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk melakukan sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal pada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)


Sebahagian peserta-peserta kategori Bahasa Arab  untuk kejohanan debat pada kali ini...



Sikap Pengarah: Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman. (Surah As-Syu’ara, ayat 215)

Kata-kata yang merujuk seorang Setiausaha: Setiausaha yang baik sentiasa menjadikan pen dan kertas teman akrab

Sikap Setiausaha: Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang bekerja, maka hendaklah mereka bekerja dengan tekun”-Riwayat Bukhari dan Muslim

Antara aksi-aksi menarik sepanjang pertandingan...

Selain itu, dapat la juga member-member lama masa tamhidi dulu yang kini merupakan bakal-bakal doktor semuanya. Sekurang-kurangnya dapat juga la lihat macam mana suasana persekitaran tempat belajar dan keadaan semasa mereka semua...


Tekun mengkaji usul sehingga bersila di atas lantai walaupun kerusi disediakan...

Kini beralih pula pada KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM EDISI KE-6 2012. Kali ni terlibat sebagai Ketua Unit Dewan Pertandingan dan juga hakim bahasa melayu. Banyak juga la pengalaman baru yang ditempuhi serta melihat bakat-bakat terpendam adik-adik USIM ni.


Pengarah kejohanan sedang mendapatkan penerangan dari Ketua Unit Kiraan Markah...

Selain itu, kejohanan ini juga telah menghimpunkan senior-senior debat dan ini telah menyebabkan ukhwah antara senior-junior semakin kukuh terjalin antara kami. Best kot dapat kumpul ramai-ramai melakukan aktiviti yang kita minat. Nak share juga sebahagian daripada pengalaman menjadi hakim pada kejohanan kali ni...


Penulis bersama-sama rakan-rakan debat yang lain...

PUSINGAN 1
USUL: Dewan Ini Percaya Penganjuran Majlis Anugerah Hiburan Di Malaysia Tidak Kemana
Kerajaan: FST A
Pembangkang: FSU B
Hakim: Saudara Ariff, Saudara Faiq dan Penulis


Gelagat sebahagian ajk2 kejohanan debat pada kali ini...

PUSINGAN 2
USUL: Isu Palsetin: Tidak Pandai Menari Salahkan Lantai Tidak Rata
Kerajaan: FPQS A
Pembangkang: Tamhidi A
Hakim: Saudara Taufik, Saudara Faiz dan Penulis


Lagi barisan senior-senior yang hadir...

PUSINGAN 3
USUL: Dewan Ini Percaya, Penularan LGBT Petanda Keruntuhan Masyarakat
Kerajaan: FKP A
Pembangkang: FPSK B
Hakim: Penulis (Supreme Judge)


Pasukan Debat Bahasa Arab FEM...

PUSINGAN 4
USUL: Dewan Ini Percaya Keamanan Di Asia Barat Adalah Satu Ilusi
Kerajaan: FSU A
Pembangkang: FPG A
Hakim: Saudara Razlan, Saudara Qayyum Musa dan Penulis


Encik Syamsul Amri@Abg Acoi, ketua hakim pertandingan akhir...

PUSINGAN 5
USUL: Dewan Ini Percaya, Malaysia Perlu Lebih Ramai Tun Mahathir
Kerajaan: FPBU B
Pembangkang: FST B
Hakim: Saudara Ariff, Saudari Anis dan Penulis


Pasukan Debat Bahasa Melayu FEM di pentas akhir...

SUKU AKHIR (SIDANG 4)
USUL: Dewan Ini Percaya Rusuhan Jalanan Adalah Cerminan Kematangan Demokrasi Rakyat
Kerajaan: FST B
Pembangkang: FKP B
Hakim: Saudara Ikhwan, Saudara Razlan, Saudara Faiz, Saudara Hadi dan Penulis


Penulis sedang memantau ajk2 melakukan tugas...

Sayangnya, x dapat nak judge untuk pusingan Separuh Akhir dan Akhir memandangkan fakulti penulis iaitu Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah mara hingga ke Peringkat Akhir dan menjadi Naib Johan pada kejohanan kali ini.

Juara bersama Piala Pusingan NC USIM - FSU dan FST...

Walau apa pun, tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Majdi Musa selaku pengarah kejohanan dan seluruh ajk2 yang terlibat di atas penganjuran kejohanan debat pada kali ini. Mereka telah membuktikan bahawa keluarga besar Kelab Debat USIM mampu untuk menganjurkan kejohanan berprestij seperti ini  di mata pihak luar.


Penulis bersama2 tetamu kehormat pada majlis perasmian penutup...


Sekalung tahniah juga buat para pemenang-pemenang dan peserta-peserta yang menyertai kejohanan kali ini. Mereka inilah "PEWARIS GENERASI GEMILANG" yang dicari-cari oleh Kelab Debat USIM selama ini. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian kali ini.Hingga ketemu di post berikutnya. Wasalam...

p/s: sorry la..cuma ada gambar untuk Kejohanan Debat Piala NC USIM je untuk di 'share'.. hehehe...

No comments:

Post a Comment