Labels

Tuesday, February 5, 2013

BeIjInG AkU DaTaNg...

Salam...kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai misi kembara ilmu ke Beijing ataupun Lawatan Antarabangsa (LA) ke Beijing pada 20-24 Januari 2013 baru-baru ini.

Lawatan yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Tahun Ketiga 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia ini di sertai seramai 2 mahasiswa, 2 mahasiswi, ketua program perakaunan, dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) serta dua lagi orang luar. Selain itu, wakil agensi WENKT Vacation juga ada bersama-sama dalam LA pada kali ini.

Berikut merupakan ringkasan mengenai LA tersebut:

BERLEPAS KE BEIJING

Penulis berkumpul bersama rakan-rakan lain di KLIA. Penerbangan pada pukul 1840 dengan menggunakan Malaysia Airlines atau MAS. Ini merupakan pengalaman pertama kali penulis menaiki kapal terbang.


Ada rakan cakap yang semua mahasiswi yang menyertai
LA ni tumpang mahram penulis..macam gi haji pulak...
Tengah check pintu berapa untuk berlepas ke Beijing...
Sementara menunggu panggilan berlepas, tengok sat waktu-
waktu di bandar-bandar utama dunia...


















TIBA DI BEIJING

Kami tiba lebih kurang pukul 1 pagi waktu tempatan. Suhu ketika ini mencecah -2. Selepas pemeriksaan kastam, kami terus dibawa ke hotel penginapan yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan.

Semua sudah mengenakan baju sejuk masing-masing...
Siap-siap memakai snowcap. Padahal salji x turun pon..
Penulis bersama-sama wakil agensi pelancongan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing...
Satu-satunya rakan lelaki penulis yang bersama-sama
dalam LA kali ini...
Sempat lagi berposing di luar tengah-tengah malam ketika
orang lain check-in hotel untuk tido...




















TIEN MIEN SQUARE

Tempat ini merupakan dataran utama bagi kota Beijing. Juga merupakan dataran yang paling luas di dunia. Terletak di tengah-tengah kota Beijing dan bersebelahan dengan bangunan parlimen China dan juga Kota Larangan atau Forbidden City.

Ni la dia Tien Mien Square...
Ada askar berkawal lagi walaupun cuaca sangat sejuk...

Di belakang penulis dan rakan merupakan bangunan
parlimen China...
Rakan-rakan penulis yang lain...
Apa macam, hebat x penulis? hehehe...

















KOTA LARANGAN @ FORBIDDEN CITY

Merupakan istana bagi 24 orang maharaja dari Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Berusia lebih 500 tahun dan merupakan istana paling besar di dunia.

Cerita cina banyak mengambil scene disini la...
Di hadapan salah satu daripada bangunan yang ada di
Kota Larangan ini...
Posing sakan...
Sempat lagi main salji...
Berada di salah satu taman yang terdapat di Kota Larangan..
Penulis bersama rombongan kembara ilmu...
Salah satu sudut di Kota Larangan...
















TEMBOK BESAR CHINA @ THE GREAT WALL

Ianya dibina bermula tahun 200 SM. Dengan panjang kira-kira 6,400 km, sememangnya ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan dan angka kematian dalam proses membina tembok ini mencecah jutaan nyawa.

Bergambar di kaki Tembok Besar China...
Salah satu scene menarik yang sempat penulis rakamkan...
Di perhentian terakhir di atas puncak Tembok Besar China...
Menikmati permandangan...
Bersama-sama Dekan dan rakan-rakan...
Menghirup udara segar...
Posing sakan...
Penulis merupakan yang pertama sampai di puncak...
Berpeluh jugak kot walaupun cuaca sejuk...

















ISTANA MUSIM PANAS @ SUMMER PALACE

Istana ini dibina asalnya untuk kediaman maharaja ketika musim panas. Ianya dihiasi taman-taman bunga yang sangat cantik dan indah. Pernah dirobohkan sebanyak dua kali dan dibina semula.


Salah satu pemandangan di Summer Palace...
Penulis berdiri di atas tasik beku di Summer Palace...
X dapat main ski, main ni pon jadi la...
Si tepi jambatan yag terdapat di Summer Palace...
Bersiar-siar...
Best kot dapat main kerusi ski ni...
Boleh wat race dah ni...
UIBE (UNIVERSITY OF INTERNATIONAL BUSINESS & ECONOMICS)

UIBE merupakan salah satu daripada lawatan wajib bagi LA kali ini. UIBE merupakan antara universiti yang tersohor di China. Terletak di Beijing, penuntutnya terdiri daripada lebih 100 buah negara.

UIBE...
Di hadapan dataran utama UIBE...
Apasal la tak sama dengan cancelori USIM ea...
Bersama Fazlie bersiar-siar di sekitar UIBE...
Fokus di dalam sesi pembelajaran Bahasa Mandarin...
Jumpa aje dengan budak comel ea...
Curi basikal sape la entah..hehehe...
Ni Hao Ma...
Taman yang terletak dalam UIBE...
BANGUNAN-BANGUNAN DI SEKITAR IBU KOTA BEIJING

Biarlah gambar yang berkata-kata mengenai keunikan bangunan di Beijing.

Beijing pon ada PARKSON...
Bird Nest Stadium...
Masjid terbesar di Beijing...
Bukan stadium ea...
Bangunan komersial...
Keadaan di Beijing...
Maple Hotel...
TEMPAT LAWATAN MEMBELI BELAH

Kami melawati beberapa tempat membeli belah seperti Silk Market, Yashua Market, Kilang Sutera, Kilang Pearl, Kilang Jade, Dr. Tea dan sebagainya.

Foot Massage...
Asal usul pearl...
Bersama pemilik kilang pearl, Jack Yen...
Jade berwarna merah...
Mesin menenun sutera...
Semua mencuba proses menarik benang-benang sutera...
Kat kedai ni la penulis beling patung-patung panda tu...
MALAM DI BEIJING

Macam kat Bukit Bintang,KL...
Pasar malam di Beijing...
ZARA...

KFC pon ada kat Beijing kot...
Kedai Li Ning dah jumpa, Lin Dan je x jumpa.Huhuhu...
Akhirnya kami semua pulang pada 24 Januari 2013 dan tiba di Malaysia dengan selamatnya pada pukul 10.30 malam. Setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Wasalam...

2 comments: