Labels

Wednesday, September 4, 2013

Persiapan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan (iCES9) 2013

Salam...banyak benda berlaku dalam tahun ini. Hendak dikongsikan bersama-sama anda sekalin namun apakan daya. Diri ini tidak berkesempatan. Terkini, sedang disibukkan dengan persiapan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan (iCEPS9) 2013.


iCEPS9 merupakan kesinambungan daripada dasar akademik FEM iaitu mengadakan lawatan industri bagi pelajar tahun satu, mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara bagi tahun dua, menganjurkan majlis makan malam bagi pelajar tahun tiga, dan seterusnya menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) serta mengikuti latihan industri/amali bagi pelajar tahun empat.

Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9) yang akan diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 bertempat di Kampus USIM, Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global”.


Berikut merupakan aturcara sepanjang iCEPS9 nanti:

26 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)
MASA
AKTIVITI
9pg – 10mlm
Gerai Jualan
9pg – 5ptg
Pameran
Giant Bubble
4ptg – 6ptg
Konvoi Berbasikal Pembukaan iCEPS 9
8mlm – 11mlm
Forum Konflik Mesir : Revolusi atau Rampasan
Oleh : Ustaz Haris Bain dan Prof Kamaruzaman
27 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)
9pg - 10mlm
Gerai Jualan
PC Fair

9pg – 5ptg
Pameran
Kempen Derma Darah
Go-Kart
Giant Bubble

12.30tghr – 2ptg
Bicara Siswi “Muslimah Dan Kerjaya”
Oleh: Ummi Rose
8mlm – 11mlm
Konsert Simfoni Akustik bersama Syria & Gaza
Artis Jemputan : Najwa Latif, Sham Kamikaze, UKAYS, Talib Mizad, One Soulz dan The Bachelors
28 SEPTEMBER 2013 (SABTU)
9pg – 10mlm
Gerai Jualan
PC Fair





9pg – 5ptg
Pameran
Radio iCEPS 9 berkumandang
Siaran Langsung Nasi Lemak Kopi O TV9
Kempen Derma Darah
Sukaneka Mahasiswa
Go-Kart
Giant Bubble
Siapa Makan Pau Paling Cepat
Autoshow
Mini Zoo
Penyampaian Hadiah Bagi Pertandingan Fotografi & Videografi
Spell It Right
Pertandingan Islamic Business Plan
8mlm – 12mlm
Malam Cinta Rasul dan Pelancaran Buku Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki
29 SEPTEMBER 2013 (AHAD)




9pg – 5ptg

Gerai Jualan dan Pameran
Pameran
Mini Zoo
Kempen Derma Darah
Go-Kart
Giant Bubble
Pertandingan Nasyid Terbuka
Eksplorace
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Bayi Comel
Sukan Rakyat
2ptg – 5ptg
Majlis Perasmian Penutup iCEPS 9

Sempena penganjuran iCEPS9 2013, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai program akan diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Konvensyen ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam.

Poster iCEPS9

Banner iCEPS9
iCEPS9 juga dijadikan sebagai satu wadah bagi mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan dalam kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. Diharapkan iCEPS9 kali ini dapat dijadikan landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.


Paling menarik untuk iCEPS9 kali ini, adalah program "Malam Cinta Rasul & Pelancaran Buku Dato' Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki" pada 28 September 2013 dari 8.00 hingga 12.00 tengah malam. Selaku ketua unit tajaan iCEPS9, amanah ini memang berat untuk dipikul memikirkan dana-dana yang perlu dicari untuk menampung program berskala besar ini. Namun itu semua tidak mematahkan semangat diri ini untuk terus berjuang ke hadapan.

Malam Cinta Rasul & Pelancaran Buku Dato' Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki

Poster Malam Simfoni Gaza dan Syria
Banyak lagi aktiviti-aktiviti sepanjang iCEPS9. Diharapkan agar iCEPS9 dapat berjalan lancar dan berjaya pada kali ini. Anda boleh lihat lebih lanjut video teaser Jom Ke iCEPS9 di:

Teaser Video Jom Ke iCEPS9

Itu sahaja buat kali ini. Sekian, terima kasih.
"KEUSAHAWANAN ISLAM MEMACU EKONOMI GLOBAL"
Muhammad Iqmal Hisham bin Kamaruddin
Ketua Unit Tajaan
Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan (iCEPS9) 2013

No comments:

Post a Comment