Labels

Thursday, October 10, 2013

Laporan Unit Tajaan iCEPS9


Assalamualaikum..pada kali ini, suka untuk saya kongsikan bersama anda semua mengenai laporan Unit Tajaan iCEPS9 di mana sepanjang penglibatan selaku ketua Unit Tajaan iCEPS9.


PENGENALAN UNIT

Unit Tajaan iCEPS9 merupakan salah satu daripada 12 unit Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan (iCEPS9) 2013. Unit Tajaan iCEPS9 terdiri daripada 25 orang ahli dan diketuai oleh Saudara Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin dari Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (SMPAK). Tugasan utama bagi Unit Tajaan iCEPS9 adalah mendapatkan tajaan bagi program iCEPS9 dan program-program dibawahnya. Untuk program sebelum iCEPS9, Unit Tajaan iCEPS9 telah diberikan tugasan dengan mengadakan program Talk Financial Freedom: Reality or Fantasy bersama PUNB. Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 juga telah diamanahkan bagi mengadakan satu lagi program sepanjang berlangsungnya iCEPS9 iaitu Islamic Entrepreneurship Business Plan Competition 2013.


Bagi memudahkan pelancaran gerak kerja unit, ahli-ahli telah dibahagikan kepada 3 pasukan utama iaitu Pasukan Researcher, Pasukan Administration dan Pasukan Presenter. Setiap unit mempunyai skop tugasan tersendiri bagi memastikan kelancaran gerak kerja tajaan. Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 juga telah memberikan sokongan dan menyertai program-program lain dibawah iCEPS9.


SKOP TUGASAN UNIT

Tugasan Utama Unit
  v  Merangka dan merancang aktiviti penjanaan untuk iCEPS9
  v  Menjalankan aktiviti penjanaan dengan kerjasama unit-unit lain.
  v  Memastikan sasaran penajaan mencukupi bagi melaksanakan iCEPS9.
       v  Membantu mendapatkan tajaan bagi unit-unit lain yang memerlukan tajaan dalam melaksanakan program-
           program iCEPS9.
  v  Membantu unit-unit lain menjalankan program-program iCEPS9.
  v  Menjaga kebajikan dan keistimewaan penaja-penaja iCEPS9.


SENARAI AHLI UNIT

       1.     MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN                   
       2.     ZAHIDAH BT MOHD RAHIM                                                     
       3.     AHMAD AQWAM B AMIN JOHARI                                           
       4.     MOHD IFTITAH B BURHANUDDIN                                           
       5.     NURAZIEHA BT JUSOH                                                         
       6.     AISHAH BT MOHD YUSOFF                                                    
       7.     NOORATIQAH BT ARSAD                                                    
       8.     SITI SOLIHAH BT MD SARIF                                                    
       9.     JANNATUL AJILLAH BT YUNOS                                             
       10.  NURUL IFFAH ATIQAH BT SHARRUDIN                                
       11.  SITI MASLINA BT MISLAN                                                      
       12.  NURUL FARAHANA ZAYANAH BT SUTIMAN                           
       13.  NADZIRAH BT MOHAMMAD NIZAR                                           
       14.  NOOR KHAIRUNNISAA BT ABDUL KARIM                       
       15.  NOR SAJIDA BT IBERAHIM                                               
       16.  NURUL GHRANIAH BT SARKON                                               
       17.  NURHAFIZAH BT AB RAHMAN                                                
       18.  SITI NADIA BT MAJURI                                                           
       19.  NOR SYAFIKA BT MOHAMAD                                                
       20.  TUAN NORAINA BT TUAN IBRAHIM                                           
       21.  NURUL NADIA BT MOHAMAD ALI                                           
       22.  SITI JANNATUN AIN BT ADAM                                                
       23.  FATIMAH FARHANAH BT MOHD SAFIEN                                
       24.  NURUL FARHANA BT DAUD                                                 
       25.  HAMIZAH BT SARUAN                                                       


      STRUKTUR ORGANISASI UNIT

Ketua Unit                    : MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN 
                   
Penolong Ketua Unit    : ZAHIDAH BT MOHD RAHIM               
                                     
Setiausaha Unit            : NURHAFIZAH BT AB RAHMAN                                               
                                       NURUL GHRANIAH BT SARKON   
                                          
Bendahari Unit             : MOHD IFTITAH B BURHANUDDIN        


PENCAPAIAN UNIT

Secara keseluruhan, sebanyak 138 permohonan tajaan telah dikeluarkan sepanjang pelaksanaan iCEPS9. Daripada itu, sebanyak 14 organisasi telah memberikan maklum balas positif dan sebanyak RM121,035 telah berjaya dikumpulkan bagi melaksanakan iCEPS9. Ianya melebihi sasaran penajaan RM95,000 yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja iCEPS9. Berikut merupakan senarai penaja-penaja iCEPS9:

PENAJA PLATINUM (RM20,000 DAN KEATAS)


MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)


PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)


PENAJA EMAS (RM10,000 HINGGA RM19,999)

YAYASAN AS-SOFA

                                    
PEJABAT NAIB CANSELOR USIM



PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


PENAJA PERAK (RM5,000 HINGGA RM9,999)

INTEAM RECORDS


TALENT CORPORATION SDN BHD


PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SISWA USIM


PENAJA GANGSA (RM4,999 DAN KEBAWAH)

KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD


PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)


BANK RAKYAT


PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS JENDERAM HILIR


CELCOM AXIATA BERHAD


Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 dengan kerjasama Unit Publisiti & Promosi iCEPS9 dan Unit Multimedia iCEPS9 telah berjaya mendapatkan beberapa rakan media untuk iCEPS9 dan rakan-rakan media ini telah memberikan tajaan slot-slot promosi secara percuma. Berikut merupakan penaja di kalangan rakan-rakan media iCEPS9:

NASYIDFM


TV ALHIJRAH


TV9


SURIA FM


IMPLIKASI KEWANGAN

PENDAPATAN

Bil.
Perkara
RM
1.
Tajaan MAINS
26,500.00
2.
Tajaan PNB
25,000.00
3.
Tajaan Yayasan As-Sofa (Risalah)
15,000.00
4.
Tajaan Pejabat Naib Canselor USIM
15,000.00
5.
Tajaan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
10,000.00
6.
Tajaan Inteam Records
8,000.00
7.
Tajaan Talent Corp (300 Goodies Bags)
7,000.00
8.
Tajaan PPKS USIM
5,000.00
9.
Tajaan RMD Qaseh Rich Training & Consultancy (Hamper)
4,175.00
10.
Tajaan Koperasi Permodalan FELDA Berhad
2,000.00
11.
Tajaan PUNB
1,000.00
12.
Tajaan Bank Rakyat
1,000.00
13.
Tajaan Pusat Khidmat Ahli Majlis Jenderam Hilir
1,000.00
14.
Tajaan Individu (130 balang kuih)
360.00
15.
Yuran Penjanaan Ahli (RM320 x 25 orang)
8,000.00
JUMLAH PENDAPATAN
129,035.00

PERBELANJAAN

Bil.
Perkara
RM
1.
SURAT-MENYURAT PENAJAAN:
- Photostat Kertas Kerja
- Cetakan Surat Permohonan Tajaan
- Imbas (Scan) Surat Permohonan Tajaan
- Pos Surat Permohonan Tajaan

100.00
2.
PROMOS PENAJA:
- 1 Banner Penaja x RM50

50.00
3.
HADIAH DAN CENDERAHATI PENAJA:
- 13 Sejadah BB (RM94 x 13 unit)                                          (RM1,222)
- 2 Plag (RM65 x 2 unit)                                                             (RM130)

1,352.00
4.
LAIN-LAIN:
- Wang Minyak dan Tol mengambil barang tajaan

85.50
JUMLAH PERBELANJAAN
1,587.50
JUMLAH LEBIHAN
127,447.50


PERMASALAHAN YANG DIHADAPI

Pelbagai permasalahan telah berlaku di dalam mendapatkan tajaan untuk iCEPS9. Pertamanya, Unit Tajaan iCEPS9 mengalami masalah mengenai surat tajaan yang dihantar kepada organisasi yang ingin dipohon tajaan. Antaranya ialah apabila Unit Tajaan iCEPS9 mengalami masalah surat yang tidak sampai ke organisasi yang ingin dipohon tajaan serta mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pengesahan tandatangan bagi surat tajaan. Selain itu, format surat permohonan tajaan yang diberikan adalah tidak lengkap dan telah menyebabkan beberapa kali pembetulan dilakukan sebelum dihantar kepada organisasi berkenaan. Unit Tajaan iCEPS9 juga mengalami masalah mengenai nombor siri bagi setiap surat yang dihantar selain tidak mempunyai kepala surat (letter head) dan terpaksa menunggu arahan daripada setiausaha agung iCEPS9 sebelum membuat surat dan telah menyebabkan surat lambat dikeluarkan. Kertas kerja iCEPS9 yang lambat diluluskan juga menjadi faktor kepada kelambatan surat permohonan tajaan dikeluarkan.

Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 menghadapi masalah kemudahan peralatan bagi menguruskan proses permohonan tajaan. Antaranya ialah Unit Tajaan iCEPS9 tidak mempunyai kemudahan faksimili, mesin pencetak (Printer), alat tulis serta barang-barang keperluan yang lain dan telah menyebabkan kerja-kerja penajaan menjadi lambat. Selain itu, pihak Majlis Tertinggi iCEPS9 (MT) telah lambat membuat permohonan kebenaran bagi menggunakan Bilik iCEPS9 untuk melakukan kerja-kerja penajaan serta ruang bilik adalah sangat terhad. Tambahan pula, Unit Tajaan iCEPS9 juga mengalami masalah pengangkutan untuk bergerak ke organisasi-organisasi yang memerlukan Unit Tajaan iCEPS9 membentangkan kertas kerja bagi mendapatkan tajaan. Di samping itu, terdapat sesetengah organisasi yang mahu memberikan barangan penajaan tetapi memerlukan Unit Tajaan iCEPS9 datang ke organisasi terbabit bagi mendapatkan barangan tajaan.

Unit Tajaan iCEPS9 juga mengalami masalah dalam mengumpulkan senarai organisasi penajaan. Hal ini kerana Unit Tajaan iCEPS9 tidak mendapat senarai nama organisasi tajaan dari iCEPS sebelum ini dan telah menyebabkan Pasukan Researcher mengambil masa bagi mengumpul senarai organisasi yang boleh memberikan penajaan. Unit Tajaan iCEPS9 juga menghadapi kesukaran dalam bekerjasama dengan sesetengah organisasi-organisasi penajaan. Hal ini kerana, sesetengah organisasi penajaan memberikan respon jawapan yang berubah-ubah. Selain itu, terdapat juga pemperolehan maklumat yang tidak tepat mengenai orang yang telah ditugaskan, alamat emel serta nombor faksimili. Sesetengah organisasi juga merungut bahawa sukar untuk mencari surat yang telah dihantar serta prosedur yang lambat menyebabkan organisasi tersebut mengubah fikiran untuk memberi penajaan. Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 juga mengalami masalah mengenai tarikh kemasukan bagi duit tajaan kerana tidak mendapat maklumat lengkap dari penaja.

Unit Tajaan iCEPS9 juga menghadapi masalah dalam menguruskan tajaan disebabkan oleh kekurangan pendedahan mengenai kaedah-kaedah memohon tajaan serta proses bagi membuat surat permohonan tajaan. Selain itu, Unit Tajaan iCEPS9 juga mempunyai tugasan lain di dalam iCEPS9 dan menyebabkan gerak kerja penajaan menjadi agak lambat. 


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi melaksanakan program iCEPS pada masa hadapan. Pertama, MT iCEPS melalui setiausaha agung perlu menyediakan satu format surat permohonan tajaan yang disahkan oleh pejabat fakulti bagi memudahkan proses pengeluaran surat permohonan tajaan dan mengelakkan berlakunya kesalahan yang sama berulang-ulang kali. Selain itu, MT iCEPS melalui setiausaha agung juga perlu menyediakan sejumlah nombor siri khusus buat Unit Tajaan iCEPS bagi memudahkan lagi urusan pengeluaran surat permohonan dengan lebih segera. Pihak fakulti pula perlulah menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin faks, mesin pencetak, kertas A4 serta kepala surat (letter head) bagi memudahkan urusan surat-menyurat.

Unit Tajaan iCEPS9 berharap agar pihak fakulti dapat menyediakan bilik yang mempunyai ruang yang lebih besar agar kerja-kerja iCEPS dapat dijalankan dengan lebih lancar serta teratur. Unit Tajaan iCEPS9 juga berharap agar pihak fakulti dapat menyediakan sebuah kenderaan khusus untuk kegunaan iCEPS bagi memudahkan pergerakan serta melancarkan lagi urusan iCEPS termasuk penajaan. Unit Tajaan iCEPS9 memohon agar pihak fakulti dapat menyediakan senarai organisasi penajaan dari iCEPS sebelum ini selengkapnya untuk menjadi rujukan iCEPS seterusnya. Unit Tajaan iCEPS9 juga berharap agar pihak fakulti dapat memberi garis panduan yang tepat mengenai cara-cara untuk mendapatkan tajaan serta memberi pendedahan yang sedalamnya untuk memahami proses permohonan tajaan yang betul.

Seterusnya, Unit Tajaan iCEPS akan datang perlulah sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat syarikat yang diperolehi dari semasa ke semasa serta pastikan kesahihan jawapan penajaan yang diterima daripada organisasi penajaan. Terlebih dahulu, Unit Tajaan iCEPS akan datang perlulah memastikan bahawa surat permohonan tajaan yang dihantar melalui emel ataupun pos kepada organisasi penajaan adalah benar dan tepat. Unit Tajaan iCEPS akan datang juga perlu memastikan agar mengutamakan proses bagi organisasi penajaan yang dapat memberi tajaan terlebih dahulu. Selain itu, Unit Tajaan iCEPS akan datang perlu memastikan mengenai tarikh kemasukan duit tajaan daripada organisasi penaja dan sentiasa membuat tindakan susulan terhadap organisasi penaja berdasarkan perkembangan permohonan tajaan semasa serta mengemaskini jawapan permohonan tajaan kepada ahli-ahli Unit Tajaan iCEPS yang lain.

Tambahan, Unit Tajaan iCEPS harus memastikan agar pembahagian tugas dilakukan dengan lebih kemas dan teratur serta menggunakan tenaga ahli dengan sebaik yang mungkin. Akhirnya, Unit Tajaan iCEPS9 ingin mencadangkan agar iCEPS akan datang dapat melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan organisasi yang memberikan penajaan di dalam program iCEPS. Ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta menghargai kerjasama mereka dengan pemberian penajaan bagi melaksanakan iCEPS.


LAMPIRAN

Unit Tajaan iCEPS9


Unit Tajaan iCEPS9


Unit Tajaan iCEPS9


Unit Tajaan iCEPS9


PENUTUP

Rumusannya, Unit Tajaan iCEPS9 telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Jumlah keseluruhan penajaan bernilai RM121,035 telah berjaya dikumpulkan dan seterusnya dapat membantu untuk melaksanakan iCEPS9 seperti yang dirancang. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kami sempurnakan amanah yang diberikan. Sesungguhnya, tanpa bantuan dari-Nya tidak mungkin kami dapat mencapai dan menjayakan tugasan yang diberikan. Kepada para penaja, jutaan terima kasih diucapkan diatas sumbangan dan tajaan kalian di dalam menjayakan iCEPS9. Kepada semua pihak lain yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda di dalam kami menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment