Labels

Monday, October 7, 2013

RiNgKaSaN LaPoRaN KeTuA AuDiT NeGaRa 2o12

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda sekalian. Pada kali ini suka saya kongsikan bersama-sama ringkasan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

JABATAN PERDANA MENTERI


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia – Pengurusan Penerimaan Aset Alih dan Tidak Alih yang Lemah

Kekurangan pengisian jawatan melemahkan pelaksanaan fungsi APMM dengan berkesan


Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional – Pengurusan Geran, Bayaran dan Pengumpulan Maklumat Rukun Tetangga

Lebihan peruntukan yang tidak dikutip semula sebanyak RM26.11 juta


KEMENTERIAN KEWANGAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri – Projek Pembinaan Pusat Pemprosesan, Pengeluaran dan Gudang Bangi
Kerugian kos lewat RM4.70 juta dan kos utiliti RM505,600. Bayaran RM529,733 kepada 4 perunding satu pembaziran tanpa fungsi.

Bayaran kepada perunding tanpa fungsi sebanyak RM529,733


Lembaga Hasil Dalam Negeri – Pengurusan Skim Bayaran Ansuran Syarikat (Borang CP204)
Gagal mengutip cukai RM136,335 dan tunggakan cukai RM41,193.

Sejumlah RM136,335 cukai yang gagal dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan


Sebanyak 5,181 syarikat yang belum diambil tindakan pendakwaan akibat gagal membayar cukai


Lembaga Hasil Dalam Negeri – Pengurusan Cukai Pendapatan Syarikat
Sebanyak 1,422 kes audit luar lewat diselesaikan antara 1 bulan hingga 5 tahun melibatkan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM189.82 juta

Kegagalan mengutip cukai tambahan dan penalti berjumlah RM189.82 juta


 Senarai semak audit tidak diisi bagi 656 syarikat di mana cukai tambahan dan penalti dikenakan berjumlah RM61.74 juta

Sebanyak 656 syarikat tidak diaudit dengan kerugian cukai tambahan dan penalty RM61.74 juta


Notis taksiran anggaran berjumlah RM3.42 juta tidak dikeluarkan terhadap 44 syarikat

Notis taksiran terhadap 44 syarikat bernilai RM3.42 juta tidak dikenakan


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Pengurusan Aktiviti Eksport
Sebanyak 9,444 Borang K8 berstatus belum selesai

Sebanyak 9,444 Borang K8 berstatus belum selesai


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Pengurusan Risiko Untuk Pelepasan Dagangan Import Kargo Udara
Tidak mempunyai sistem yang lengkap bagi mengawal risiko dagangan import kargo udara bernilai RM337.594 billion.

Sebanyak 13,415 borang penarafan risiko dijalankan pemeriksaan semula


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Pengurusan Dan Kawalan Kedai Bebas Cukai
Sebanyak RM8.55 juta hasil cukai Kedai Bebas Cukai yang tiada jaminan bank

Sebanyak RM8.55 juta hasil cukai KBC yang tiada jaminan bank


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Pengurusan Dan Kawalan Kedai Bebas Cukai
Sebanyak 4 KBC yang masih belum diluluskan permohonan remisi yang menyebabkan hasil yang boleh dikutip sebanyak RM1.99 juta gagal dikutip.

Senarai 4 KBC yang gagal diluluskan permohonan remisi menyebabkan kegagalan mengutip hasil bernilai RM1.99 juta


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Taksiran Duti Import Arak
Kesilapan pegawai kastam dalam mengklasifikasikan jenis arak menyebabkan terkurang kutipan cukai sebanyak RM2.02 juta

Kerugian mengutip cukai duti arak RM2.02 juta akibat salah taksiran


Jabatan Kastam Diraja Malaysia – Pengurusan Perolehan Kasut Bagi Anggota Jabatan
8,151 pasang kasut anggota jabatan yang masih belum diterima

Sebanyak 8,151 pasang kasut anggota jabatan yang masih belum diterima


7,659 pasang kasut anggota jabatan bernilai RM602,089 yang tidak digunakan dilupuskan akibat rosak

Senarai 7,659 pasang kasut anggota jabatan yang dilupuskan


KEMENTERIAN KERJA RAYA

Jabatan Kerja Raya – Pentadbiran Kontrak Bagi Projek JKR
Kelemahan mematuhi peraturan ditetapkan sepenuhnya yang melibatkan 633 projek bernilai RM36.74 billion.

Dokumen yang ditandatangani oleh pegawai yang tidak diberi kuasa


Kelewatan pembaikian projek


 Jabatan Kerja Raya – Pengurusan Projek Mansuh
Kegagalan mengutip duit pendahuluan projek yang dimansuhkan bernilai RM4.89 juta

Sebanyak RM4.89 juta pendahuluan projek mansuh gagal dikutip semula


Baki Bon pelaksanaan yang gagal dikutip selepas projek dimansuhkan

Baki Bon pelaksanaan yang gagal dikutip selepas projek dimansuhkan


Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) yang terkurang dikutip selepas pemansuhan projek

Sebanyak RM2.81 juta Wang Jaminan Pelaksanaan yang terkurang dikutip selepas pemansuhan projek


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Jabatan Laut Malaysia – Projek Pembinaan Dan Naik Taraf Jeti Penumpang
Kenaikan harga kontrak 4 buah jeti dengan tambahan sebanyak RM10.04 juta

Kenaikan harga kontrak 4 buah jeti dengan tambahan sebanyak RM10.04 juta


Projek Peningkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Tidak mematuhi undang-undang alam sekitar ketika proses pengambilan tanah dan pembinaan

Perbelanjaan tidak mengikut peruntukan yang disediakan


Kelewatan kerja pembinaan memakan masa 879 hari


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Pengurusan Projek Kemudahan Rekreasi Di Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur
Hanya sebanyak RM123.32 juta digunakan berbanding RM182.76 juta yang diberikan. Projek tidak siap.

Kerja tidak berkualiti


Kerugian sebanyak RM109,697


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengurusan Program Susu 1Malaysia
Kontrak bernilai RM188.33 juta yang diluluskan hanya memerlukan kos RM170.93 juta setelah diaudit semula (ketirisan).

 Kes keracunan susu yang dibekal


Pembekalan terlalu kurang berbanding nilai kontrak yang diberi


Projek Pembinaan & Perolehan Peralatan Prasekolah
19 dari 23 projek lambat siap memakan masa dari 4 hingga 571 hari daripada tarikh asal.

Projek yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan


Pengurusan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Kawasan Di Sekolah/Institusi Pendidikan
8 dari 23 kontrak telah lewat ditandatangani dari 34 hingga 146 hari dari tarikh asal.

Kontrak yang lambat ditandatangani


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengurusan Program Latihan Kejururawatan
Pemberian elaun upah jahit, uniform dan tuntutan perjalanan kepada pelatih tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Perbelanjaan melebihi peruntukan


Perbelanjaan elaun upah jahit dan uniform tanpa kelulusan mencecah RM1.23 juta


Perbelanjaan elaun tuntutan perjalanan tanpa kelulusan mencecah RM166,085


Pengurusan Ambulans
Kes kemalangan ambulans tidak diselesaikan oleh PDRM selama 116 hingga 1,048 hari

34 kes melibatkan ambulans yang masih belum diselesaikan PDRM

Pengurusan Kemudahan Pakaian Seragam Kementerian Kesihatan Malaysia
Tuntutan upah jahit baju lengan panjang yang tidak relevan

Tuntutan upah jahit baju lengan panjang yang terlalu mahal berbanding kos sebenar


Tuntutan pembelian kasut yang meragukan mencecah RM206,722


Tuntutan upah jahit baju kurung yang terlalu mahal berbanding kos sebenar

Tuntutan upah jahit baju overcoat yang terlalu mahal berbanding kos sebenar


Pengurusan Program Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling
Pemberian bantuan saluran air bersih kepada pihak yang tidak layak

Seramai 13 pemohon yang tidak layak diberi bantuan


Pengurusan Aktiviti Kesihatan Malaysia
Kos promosi di Facebook & Twitter yang terlalu mahal

Kos promosi kempen kesihatan di Facebook & Twitter memakan jumlah RM319,586


Risalah kesihatan salah cetakan

Kerugian sebanyak RM31,200 akibat salah cetakan risalah kesihatan


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia – Pengurusan Kenderaan & Jentera
Sebanyak 53 (96%) buah balai bomba tidak memiliki jumlah jentera dan kenderaan mencukupi


Kekurangan pengisian jawatan melemahkan pelaksanaan fungsi Jabatan Bomba dengan berkesan


Kekurangan jentera di Balai Bomba adalah pada kadar 96%


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Pengurusan Pemberian Bantuan Kewangan Kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Lebihan wang geran dari NGO tidak dikutip semula

Lebihan peruntukan yang tidak dikutip semula mencecah RM8.1 juta


Peruntukan yang tidak dibenarkan mencecah RM355,716


KEMENTERIAN PERTAHANAN

Pengurusan Rangsum Kering Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia
Nilai kontrak terlalu tinggi dari keperluan sebenar

Peruntukan Rangsum Kering TUDM terlalu tinggi berbanding keperluan sebenar


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR

Jabatan Perkhidmatan Pembentungan – Pengurusan Projek Pembentungan Negara
Projek penyambungan paip premis pengguna ke paip pembentungan awam bernilai RM17.70 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Projek penyambungan paip premis pengguna ke paip pembentungan awam bernilai RM17.70 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Pembinaan Kompleks CIQ Dan Jeti Penumpang Di Muara Sungai Melaka, Melaka
Kontrak bernilai RM32.89 juta telah meningkat kepada RM73 juta

Peningkatan perbelanjaan yang drastik dengan pertambahan RM40.11 juta


Polis Diraja Malaysia – Pengurusan Perolehan Peswat Beechcraft King Air 350 Untuk Pasukan Gerakan Udara
Rundingan kontrak 5 pesawat yang bernilai USD58.28 juta kelewatan pembekalan pesawat

Kelewatan pembekalan pesawat


Polis Diraja Malaysia – Pengurusan Kehilangan Aset
Kehilangan pelbagai jenis aset (seperti 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan) bernilai RM1.33 juta

Kehilangan pelbagai jenis aset bernilai RM1.33 juta


Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia - Pengurusan Kad Pintar Pelbagai Guna Mykad
MyKad baru yang reject akibat kekotoran terlalu banyak akibat kecuaian dalam pemprosesan

MyKad baru yang reject akibat kekotoran berjumlah 51,689 unit akibat kecuaian dalam pemprosesan


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia – Pengurusan Aktiviti Pendaftaran Pertubuhan
Kelewatan meluluskan permohonan pendaftaran dan kelewatan mewartakan pertubuhan yang dibatalkan

Pertubuhan politik yang masih tidak diberi  status penubuhan


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Jabatan Pengairan & Saliran – Pengurusan Projek Mencegah Hakisan Pantai & Mengorek Kuala Sungai
Royalti pasir dan lesen pendudukan sementara di muara Sg. Pahang sebanyak RM948,000 gagal dikutip

Bayaran Royalti Pasir dan Lesen Pendudukan Sementara di Muara Sg.Pahang yang masih belum dikutip sebanyak RM948,000


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Pengurusan Pemberian Bantuan Oleh Jabatan Belia Negara
Penggunaan dana untuk tujuan aktiviti lawatan yang tidak relevan

Peruntukan yang disalahgunakan dengan membeli asset berjumlah RM679,855


Tuntutan dan pembayaran yang berulang-ulang berjumlah RM428,700


Perbelanjaan yang tidak berhemah berjumlah RM2.94 juta



Aktiviti lawatan yang tidak relevan memakan kos RM585,000


Peruntukan bantuan yang disalahgunakan untuk tujuan kos pegawai bernilai RM178,194


Peningkatan perbelanjaan mencecah RM1.128 juta


KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN

Projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999

Kos kursus yang dituntut melebihi harga pasaran sebanyak RM2.034 juta


Tuntutan yuran perkhidmatan perunding tempatan yang melebihi nilai sebenar sebanyak RM1.92 juta


Tuntutan kos seminar kakitangan TM yang menggunakan peruntukan kerajaan tanpa kebenaran sebanyak RM3.04 juta


Tuntutan kos melebihi dari nilai dalam bil sebanyak RM13.54 juta


Jabatan Penyiaran Malaysia - Pengurusan Perolehan Dan Penggantian Peralatan Studio Radio Digital

Perbelanjaan yang dikeluarkan tanpa mendapat barang bernilai RM23,500


PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Syarikat-syarikat kerajaan yang tidak mengeluarkan dividen walaupun untung 3 tahun berturut-turut


Senarai syarikat yang mengeluarkan bonus walaupun mencatatkan kerugian


Pendinginan Megajana Sdn. Bhd - Butiran aset yang tidak lengkap

Butiran asset yang tidak lengkap bernilai RM80.48 juta


Sarawak Hidro Sdn. Bhd – Kelewatan penyiapan 4 projek utama

Kelewatan dalam menyiapkan 4 projek


Tuntutan ganti rugi akibat kelewatan bernilai RM375 juta


Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd – Pelaksanaan program kendalian tidak mengikut sasaran

Pelaksanaan program yang rendah


Technology Park Malaysia College Sdn. Bhd – Penggunaan kemudahan yang kurang disebabkan pelajar yang mendaftar adalah sedikit berbanding sasaran pelajar

Kemasukan pelajar yang rendah


Penggunaan infrastruktur yang rendah

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment