Labels

Sunday, December 22, 2013

GST: Antara Kelebihan dan Kekurangan

Umum mengetahui bahawa GST kini sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak sama ada dari ahli-ahli politik, akademik, NGO dan sebagainya. Maka, saya terpanggil untuk berkongsikan mengenai serba sedikit mengenai GST untuk tatapan umum.

Goods & Services Tax (GST) merupakan satu nilai tambahan cukai atau Value Added Tax (VAT) yang dikenakan ke atas setiap transaksi jualan barangan dan perkhidmatan yang meliputi pelbagai peringkat bermula daripada peringkat pengeluar hinggalah ke pengguna terakhir sesuatu barangan dan perkhidmatan. GST juga berperanan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada melihatkan kepada kelemahan kepada kedua-dua jenis cukai tersebut.

Berikut merupakan perjalanan pelaksanaan GST sehingga sekarang:

Tahun 1988: Cadangan pelaksanaan Value Added Tax (VAT) oleh Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 1989.

Tahun 1992: Cadangan pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan zaman tersebut) dalam Bajet 1993.

Tahun 2004: Cadangan pelaksanaan GST oleh Datuk Seri Abdullah Badawi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 2005.

Tahun 2009: Rang Undang-Undang GST dibentangkan di dewan rakyat pada bacaan pertama pada 16 Disember 2009.
Tahun 2010: GST ditangguhkan pelaksanaannya pada 13 Oktober 2010.

Tahun 2013: Tarikh pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014.
Tahun 2015: GST dilaksanakan pada 1 April 2015.

GST dilaksanakan kerana sebab-sebab berikut:

Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan: Dengan pelaksanaan GST ini, kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kedua-dua cukai ini dapat diatasi seperti masalah cukai ke atas cukai (Cukai Jualan dikenakan kemudian dikenakan pula Cukai Perkhidmatan) dan masalah tiada pelepasan cukai atas eksport.

Efektif & Efisien: GST dilaksanakan secara self-policing dimana setiap syarikat akan mengaplikasikan GST secara sendiri dan ianya mampu mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan pematuhan cukai dikalangan pengeluar, pemborong dan pengedar barangan dan perkhidmatan.

Hasil Negara: GST dikatakan mampu mengurangkan sebahagian bebanan kebergantungan kepada hasil cukai pendapatan (56.4% dari keseluruhan KDNK) dan juga hasil petroleum (32.6% dari keseluruhan KDNK). Ianya juga akan menambahkan pendapatan negara apabila berlakunya penambahan bilangan syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan juga Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akibat dari permintaan pengeluaran bil GST dari setiap syarikat yang melaksanakan transaksi dengan syarikat yang lain sebagai ‘rebate claim’ untuk GST.

GST dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai jualan dan perkhidmatan seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 12 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%.

Pelaksanaan GST:



Terdapat 3 kadar dalam pelaksanaan GST iaitu:
1-Kadar Standard iaitu 6%.
2-Kadar Sifar iaitu 0%.
3-Dikecualikan iaitu tiada GST.


Kaedah Pengiraan GST:


Struktur Pelaksanaan GST pula ialah:

-Kadar 6%.
-Perniagaan mestilah mencapai jualan minima @ threshold RM500,000.
-Perkhidmatan Kerajaan, PBT, Badan Berkanun dikecualikan GST.
-Bekalan berkadar sifar: Barang makanan, produk pertanian, binatang ternakan & daging, makanan laut, bekalan air dan elektrik (200 unit pertama), barangan eksport.
-Dikecualikan GST: pengangkutan awam, kewangan, rumah kediaman, pendidikan, kesihatan, tol.

Langkah-langkah menangani kos kenaikan GST:

-Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada isi rumah yang menerima BR1M. 
-Penurunan kadar cukai pendapatan 1% hingga 3% untuk menambahkan pendapatan boleh guna (disposable income) dan dijangka hampir 300,000 mereka yang membayar cukai sebelum ini tidak lagi perlu atau layak membayar cukai pendapatan atau secara ringkas mereka yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM4,000 tidak akan dikenakan cukai pendapatan.
-Penyusunan semula struktur cukai di mana kadar maksimum dinaikkan melebihi RM100,000 kepada RM400,000 dan kadar maksimum cukai pendapatan pada 26% diturunkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Salah Faham mengenai GST ialah:
-GST dikenakan bersama-sama cukai yang sedia ada (cukai jualan dan -perkhidmatan).
-GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
-GST akan dibayar oleh setiap peringkat iaitu pengeluar, pemborong, peruncit dan juga pengguna.
-GST tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Kita perlu fahami bahawa GST diadakan bagi menggantikan cukai jualan (10%) dan juga cukai perkhidmatan (6%). Maka, tidak ada isu bahawa GST akan menambahkan lagi jumlah cukai yang dikenakan kepada pengguna.

Mengikut teori asal apabila GST 6% dikenakan, maka SEPATUTNYA harga barangan dan perkhidmatan akan BERKURANGAN atau KEKAL akibat ketiadaan cukai jualan (10%) dan juga cukai perkhidmatan (6%). Begitu juga bagi barangan berkadar 0% dan juga barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GSTSEPATUTNYA tiada kenaikan harga. Namun kita perlu sedar bahawa apabila membicarakan mengenai ekonomi, kesan sesuatu perubahan akan tetap memberikan kesan kepada yang lain (domino effect). Ini bermaksud sekiranya tiada GST dikenakan sekali pun terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan tersebut, maka ia tidak akan menghalang barangan atau perkhidmatan tersebut daripada kenaikan harga akibat dikelilingi oleh barangan dan perkhidmatan lain yang dikenakan GST.

Selain itu, banyak barangan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini bakal dikenakan GST dan ini sudah semestinya akan meningkatkan lagi harga barangan tersebut. Untuk melihat senarai barangan yang tidak dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini boleh rujuk di sini:  Jadual 1 bermula dari mukasurat 4 sehingga mukasurat 253 di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No 2) 2012.


Kita juga perlu fahami apabila GST dikenakan memang akan melibatkan semua peringkat iaitu pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. Namun, apa yang menyedihkan apabila SEBENARNYA kesemua jumlah GST yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna akhir. Memang semua peringkat akan membayar GST, namun yang menanggung bebanan GST itu sebenarnya adalah pengguna terakhir apabila GST itu dibawa nilainya secara terkumpul kepada pengguna terakhir.

Secara kasarnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan barangan dan perkhidmatan asasi dikenakan GST berkadar 0% atau dikecualikan GST. Maka atas sebab itu, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah tidak akan terjejas akibat pelaksanaa GST. Namun kita perlu sedar, GST merupakan sejenis cukai regresif (regressive tax). Cukai jenis ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah akan membayar GST dengan kadar yang lebih berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi. Contoh situasi:

Situasi A
Keluarga berpendapatan rendah sebanyak RM1,000 sebulan. Setelah dikira (secara kasar) melalui perbelanjaan mereka cukai yang akan dibayar sebanyak RM60, ini bermakna sebanyak 6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Situasi B 
Keluarga berpendapatan tinggi sebanyak RM10,000 sebulan dan menganggap barangan yang dibeli adalah sama dengan keluarga berpendapatan rendah, cukai yang dibayar sebanyak RM60. Ini bermakna 0.6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Dengan itu cukai diatas dinamakan cukai regresif kerana golongan berpendapatan rendah akan lebih terkesan berbanding golongan berpendapatan tinggi kerana jumlah pendapatan mereka rendah. Walaupun golongan berpendapatan tinggi kebiasaannya akan berbelanja lebih dan mereka akan membayar lebih cukai, kita tidak boleh nafikan bebanan GST kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana atas sebab pendapatan mereka yang terhad. 

Cadangan penambahbaikan:


- Kerajaan PERLU menjelaskan kepada umum berapa sebenarnya lebihan hasil akan dikutip daripada GST dan bagaimana ianya dibelanjakan.
- Kerajaan PERLU menjelaskan mengenai harga barangan dan perkhidmatan yang telah dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan dan juga perubahan harga apabila menggantikan cukai-cukai tersebut dengan GST.
- Kerajaan PERLU memastikan kawalan harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikan tiada kesempatan diambil oleh pengeluar, pemborong dan peruncit apabila GST dilaksanakan.
- Kerajaan PERLU mencipta suatu kaedah atau mekanisma pengutipan cukai dimana ianya akan dikenakan terhadap pengeluar, pemborong dan peruncit tanpa menjejaskan pengguna kerana semua cukai yang diaplikasikan ketika ini majoritinya ditanggung oleh pengguna akhir secara langsung atau tidak langsung.
- Kerajaan PERLU mengkaji semula mengenai kewajaran kadar 6% sebagai kadar permulaan GST.
- Kerajaan PERLU mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, pembaziran, ketirisan yang menyebabkan peningkatan kepada kos mengurus kerajaan kerana dengan pengurangan kos perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan kerajaan memerlukan hasil yang tidak terlalu banyak bagi menampung kos yang sedia ada dalam mentadbir. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan bebanan cukai yang terpaksa dikutip daripada pengguna.

Semua ini boleh dimulakan dengan menstruktur semula perbelanjaan mengurus kerajaan. Langkah penjimatan perlu dilaksanakan dengan mengurangkan bebanan kerajaan. Hasil Laporan Ketua Audit Negara mestilah diperinci bagi mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan yang tidak masuk akal, tidak perlu dan sebagainya. Pemimpin perlu sedar bahawa mereka sebenarnya berkhidmat untuk rakyat, bukannya tuan kepada rakyat. Tanpa rakyat maka tiadalah kerajaan. Pemimpin juga mestilah bijak membuat keputusan. Pemimpin tidak boleh melepaskan segala bebanan kepada rakyat dan pada masa yang sama mereka hidup bersenang-lenang tanpa merasakan kesan keperitan dan kesusahan rakyat.

Walaubagaimanapun pembaharuan sistem cukai (tax reform) adalah sangat perlu. Pemahaman saya adalah Pakatan Rakyat tidak membantah GST tetapi membantah waktu pelaksanaannya di mana masih ramai rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan yang bermakna pendapatan rakyat Malaysia masih rendah atau berkembang secara perlahan dan juga bebanan cukai di Malaysia masih tidak meluas lantas menyebabkan jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya semakin melebar.

Sekian.

24 comments:

  1. TKASIH ATAS PENJELASAN, BARU LAA SAYA PAHAM... ;)

    ReplyDelete
  2. "Namun, apa yang menyedihkan apabila SEBENARNYA kesemua jumlah GST yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna akhir"

    Boleh terang skit pasal ni ?

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengguna akhir merupakan pembeli yang terpaksa menanggung kos GST tu.

      Delete
    2. saya setuju itu. tiada keuntungan pada pengguna terakhir.

      Delete
  3. Bkn ke plajar akn dkenaka gst gak... adil ke tu.Sbilangan plajar tdak mampu kerna tidak bekerja.

    ReplyDelete
  4. Seperti yg kita ketahui..bagi barang yg mngandungi 10% cukai jualan sepatutnya apabila diganti dgn 6% akan mnjadi kurang la harga barangan tersebut..maka, saya syorkan kpd kerajaan untuk menyemak semula harga barang sebelum dikenakan 10% cukai jualan tersebut bagi mengeluarkan dahulu input 10% cukai itu baru digantikan dgn 6% GST..jika tidak, kita akn mmbayar lebih dan ini diterjemahkan dgn kenaikan harga barang tersebut..

    Bagi barang yg tidak mempunyai cukai jualan 10%, maka sudah pasti berlaku kenaikan setelah dikenakan 6% GST..

    ReplyDelete
  5. Buat yang masih tak faham GST, secara mudahnya: 1) GST ni cukai yang dikenakan setiap kali berlaku jual-beli). Pengguna akhir (consumer) yang akan menanggung 100% GST.

    Contoh: Zainal, seorang tukang jahit, beli kain RM100.00 + RM6.00 (6% GST) = RM106.00.
    RM6.00 tu, kedai kain kena serah ke kerajaan.

    Kain tadi dia buat baju, dan dijual kepada pasaraya dengan harga RM150.00 + RM9.00 (6% GST)
    = RM159.00. Oleh kerana Zainal sudah membayar RM6.00 GST ketika membeli kain tadi, dia hanya perlu bayar baki GST, (RM9.00 - RM6.00) RM3.00 kepada kerajaan.

    Pasaraya tadi pula, akan jual baju tersebut dengan harga RM200.00 + RM12.00 (6% GST) kepada
    ANDA. Jadi anda bayar RM212.00. Oleh kerana pasaraya tersebut dah bayar kepada Zainal
    RM9.00, pasaraya tadi hanya perlu bayar (RM12.00 - RM9.00) RM3.00 kepada kerajaan.

    Kalau anda masih waras setelah membaca contoh di atas, akan perasan yang kedai kain,
    Zainal dan pasaraya tadi tidak terbeban dgn GST. Jumlah GST yg dibayar kpd kerajaan dpt
    dikurangkan apabila kain dijual kpd pembeli. Yang bayar penuh GST
    adalah pengguna akhir seperti saya dan ANDA SEMUA.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, saya rasa, brkenaan dgn zainal hanya bayar rm3 gst tu kurang tepat... Kedai kain bayar gst rm6 duit dari zainal, zainal pula akan bayar gst rm9 duit dari pasaraya kerana zainal juga berdaftar dgn gst... Jadi, nilai sebenar yg zainal bayar gst tetap rm6 iaitu pada kedai kain... rm9 gst yg dapat dr pasaraya adalah utk dibayar terus pada kerajaan sbgi gst nya...

      Delete
    2. dan yang pasti, pengguna akhir yang menerima akan membayar dgn harga mahal

      Delete
  6. terima kasih dengan explaination ni baru sy fhm tntg GST..

    ReplyDelete
  7. good explanationn :)

    ReplyDelete
  8. Penerangan yang Sgt jelas . terima kasih .

    ReplyDelete
  9. terangkan keburukan gst secara jelas boleh. trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara termasuk GST ada baik buruknya..mengenai keburukan GST, antara yang dapat saya gariskan ialah:

      1. Kenaikan harga barang yang mendadak besar-besaran.
      2. Keuntungan tanpa sedar bagi pengeluar yang dikenakan cukai jualan 10% sebelum ini.
      3. Banyak transaksi keperluan harian dikenakan cukai yang membebankan kos sara hidup rakyat.
      4. Perolehan hasil GST oleh kerajaan yang juga masih tidak diketahui ke mana perginya secara jelas yang dikatakan dikembalikan kepada rakyat.

      Tetapi saya tidak menafikan kebaikkannya. Kita masih perlu melihat dari sudut positif dan kerajaan juga perlu lebih bersedia membaikpulih pelaksanaan GST sekiranya terdapat kekurangan.

      Delete
  10. bagaimana pula keburukan GST kepada peniaga dan pengguna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaga terpaksa menggunakan sistem perakaunan baru yang mengandungi GST..ini menyebabkan pertambahan kos untuk membeli sistem baru serta melatih kakitangan untuk menguruskan GST..pertambahan kos ini hanya sebelum pelaksanaan GST atau bahasa mudahnya dikenakan sekali sahaja..

      Bagi pengguna, kita akan membayar satu lagi jenis cukai iaitu GST selain cukai yang sedia ada iaitu cukai pendapatan (income tax). Walaupun peratusan cukai pendapatan turun 1 peratus berikutan pelaksanaan GST, namun GST yang dikenakan kepada pengguna-pengguna lain yang tidak layak membayar cukai pendapatan seperti pelajar, kanak-kanak, golongan pencen, golongan yang berpendapatan bawah dari RM4,000 sebulan turut terpaksa membayar cukai dimana sebelum ini tidak perlu membayar cukai..

      Delete
  11. Good info..Jelas dan mudah difahami..Sebagai rakyat kita kena betul2 faham pasal GST ni sbb kita sebahagian dari Malaysia...

    ReplyDelete
  12. encik ikmal, sebelum ini sudah ada cukai perkhidmatan dan sst dimana kita membayar harga yg lgi mahal, cthnya utk hotel,mknan segera dan sebagainya dan dikenakan untuk pelajar,kanak kanak dan org dewasa.tetapi tiada pula keluhan.kerajaan kita mengantikan cukai sst kepada gst bertujuan untuk ketelusan semua pihak.selama ini kita terpaksa membayar cukai 15 % terhadap sesetengah barangan dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..itu sememangnya antara tujuan GST diperkenalkan..namun, dapatkah kita melihat bahawa ramai yang masih mengambil kesempatan walaupun GST diperkenalkan..penguatkuasaan kerajaan belum cukup kemas dan kukuh..perlu dipertingkatkan..

      Walhal SST pula, barang dan perkhidmatan yang dikenakan SST sebelum ini (boleh merujuk pada pautan di atas) amatlah sediki berbanding barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST kini..inilah keluhan dan pengguna rata-ratanya merasai kesannya..

      Delete