Labels

Sunday, December 1, 2013

Mari Mengenali Big Four


Big Four merupakan empat buah rangkaian perkhidmatan profesional antarabangsa terbesar dunia yang menawarkan perkhidmatan audit, jaminan, cukai, perundingan, nasihat, aktuari, kewangan korporat dan perkhidmatan undang-undang. Big Four telah mengendalikan perkhidmatan audit secara majoriti untuk syarikat-syarikat bursa awam dan juga syarikat-syarikat swasta sehingga mewujudkan oligopoli di dalam pengauditan syarikat-syarikat besar. Telah dilaporkan bahawa Big Four telah mengaudit 99% daripada syarikat-syarikat dalam FTSE 100 dan 96% daripada syarikat-syarikat dalam FTSE 250. Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai Big Four:



1-Deloitte
Deloitte Touche Tohmatsu Limited atau Deloitte merupakan salah satu daripada Big Four. Deloitte merupakan rangkaian perkhidmatan profesional yang terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dan juga bilangan pegawai profesional. Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, cukai, perundingan, risiko organisasi dan nasihat kewangan dengan lebih daripada 200,000 pegawai profesional di lebih 150 negara. Pada tahun 2012-2013, Deloitte mencatat pendapatan sebanyak USD 32.4 billion. Ibu pejabat antarabangsanya terletak di New York City, Amerika Syarikat. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web Deloitte di http://www2.deloitte.com/global/en.html



2-PwC
PricewaterhouseCoopers atau PwC merupakan merupakan salah satu daripada Big Four. PwC merupakan rangkaian perkhidmatan profesional kedua terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dan juga bilangan pegawai profesional. PwC mempunyai pejabat di 776 bandar di seluruh 159 buah negara dan menggaji lebih 180,000 pegawai professional. Pada tahun 2012-2013, PwC mencatat pendapatan sebanyak USD 32.1 billion. Ibu pejabat antarabangsanya terletak di London, United Kingdom. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web PwC di http://www.pwc.com/



3-Ernst & Young
Ernst & Young atau EY merupakan merupakan salah satu daripada Big Four. Ernst & Young merupakan rangkaian perkhidmatan profesional ketiga terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dan juga bilangan pegawai profesional. Ernst & Young mempunyai 175,000 pegawai professional dan lebih daripada 700 pejabat di lebih 150 negara. Ernst & Young menyediakan jaminan (termasuk audit kewangan), cukai, perundingan dan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat. Pada tahun 2012-2013, Ernst & Young mencatat pendapatan sebanyak USD 25.8 billion. Ibu pejabat antarabangsanya terletak di London, United Kingdom. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web Ernst & Young di http://www.ey.com/



4-KPMG
KPMG merupakan merupakan salah satu daripada Big Four. KPMG merupakan rangkaian perkhidmatan profesional keempat terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dan juga bilangan pegawai profesional. KPMG mempunyai 152,000 pegawai professional dan mempunyai tiga perkhidmatan utama iaitu audit, cukai, dan khidmat nasihat. Pada tahun 2012-2013, KPMG mencatat pendapatan sebanyak USD 23 billion. Ibu pejabat antarabangsanya terletak di Amstelveen, Belanda. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman web KPMG di http://www.kpmg.com/global/en/pages/default.aspx


Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment