Labels

Tuesday, April 15, 2014

HAK ASASI MANUSIA DAN ANCAMAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia merupakan satu pertubuhan yang telah mengemukan laporan berkenaan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.
 
Kajian laporan hak asasi manusia ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Mereka akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia. Proses ini dinamakan sebagai Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


COMANGO telah membuat beberapa tuntutan dan desakan yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Antara tuntutan-tuntutan tersebut adalah:
  • Mendesak Malaysia menandatangani International Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR).
  • Mendesak Malaysia menandatangani International Convenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
  • Mendesak Malaysia mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI).
  • Memansuhkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • Memansuhkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
  • Mewujudkan kekeliruan terhadap isu kebebasan agama di Malaysia.


International Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR).
Perenggan 1 dalam laporan COMANGO menuntut Malaysia menandatangani International Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR) di mana Perkara 18 ICCPR mengatakan bahawa “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”. Implikasinya adalah bakal mewujudkan kebebasan memilih agama, menukar satu agama kepada agama lain atau murtad bagi Islam dan juga membenarkan pemikiran atheist (tiada agama).


International Convenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
Perenggan 6.8 dalam laporan COMANGO menuntut Malaysia menandatangani International Convenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Pematuhan terhadap ICERD ini akan menyebabkan Malaysia akan mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksa penafsiran istilah ‘rasicm’ atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Dalam konteks Malaysia, antaranya ialah merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dimana semua keisimewaan kepada Bumiputera dianggap sebagai ‘rasicm’ dan istilah Muslim ‘Terrorist’ oleh ICERD.


Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI).
Perenggan 6.8 dalam laporan COMANGO juga menuntut Malaysia bagi mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Inter-Gender, Queer-Persons). Sekiranya Malaysia mengiktiraf hak-hak SOGI, ini bermakna Malaysia terpaksa mengiktiraf antaranya perkahwinan sesama jenis.


Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Perenggan 6.2 dalam laporan COMANGO mendakwa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa Bumiputera adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini adalah bertentangan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.


Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Perenggan 9 dalam laporan COMANGO menpersoalkan enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariahdan mendesak pemansuhan enakmen-enakmen yang mengganggu ‘hak peribadi’ seperti 377A. Namun pada masa yang sama mereka tidak menyedari bahawa di Barat sendiri terdapat undang-undang ESPOO yang membenarkan seseorang itu tidak boleh menghampiri seseorang yang lain dalam jarak yang tertentu mengikut masa tertentu.


Kekeliruan Terhadap Isu Kebebasan Beragama.
Perenggan 10 dalam laporan COMANGO mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia termasuklah isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, penyebaran fahaman Syiah serta hak mengislamkan anak-anak di bawah umur. Implikasinya ianya akan mewujudkan penerapan fahaman-fahaman seperti pluralisme, liberalisme dan juga sekularisme.


Akhirnya, walaupun kita telah terselamat dengan kejayaan menegakkan kebenaran di Geneva baru-baru ini, perlu diingatkan juga bahawa proses UPHRC adalah setiap 4 tahun sekali. Sudah pastinya mereka mempunyai ruang dan kesempatan bagi memperjuangkan Hak Asasi Manusia mengikut kefahaman mereka pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment