Labels

Friday, August 15, 2014

PANDUAN BUAT MAHASISWA/MAHASISWI IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN


Assalamualaikum w.b.t,

Pertamanya, tahniah buat semua pelajar yang dapat menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang ataupun kos yang diminta. Bagi yang tidak mendapat kos ataupun bidang seperti yang dipohon tidak mengapa, sesungguhnya sentiasa ada hikmah disebalik semua suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Semoga setiap langkah kita di dalam menuntut ilmu sentiasa diberkati, diredhai dan dirahmati oleh-NYA.

Alhamdulillah, bagi mahasiswa tahun akhir seperti saya, Hari Graduasi ataupun dikenali sebagai Hari Konvokesyen amat dinantikan setelah empat tahun berhempas pulas di dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda ini. In Shaa Allah, pertengahan bulan November tahun ini akan menjadi saksi hari yang penuh bersejarah dalam hidup saya.


Tujuan entry pada kali ini ditulis adalah untuk menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya selama empat tahun pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Diharapkan entry ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran untuk mereka yang bakal ataupun berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di USIM.

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian adalah program yang merangkumi semua aspek pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan perakaunan dan kewangan Islam serta konvensional. Komponen program ini disusun dengan rapi dan teliti untuk memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan graduan yang dilahirkan dari bidang ini dapat melaksanakan nilai–nilai Islam. Setiap program yang ditawarkan akan berteraskan kepada ajaran Islam sepenuhnya agar ianya dapat diterima oleh masyarakat selari dengan kehendak masyarakat Islam moden dan progresif. Diharapkan dengan cara ini setiap program yang ditawarkan akan dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat seterusnya membangunkan sebuah sistem perakaunan dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sistematik, teratur, tersusun, saksama, sama rata dan profesional.


SYARAT KEMASUKAN
  • Lulus SPM/Setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi/Bahasa Arab Tinggi;
  • Lulus Tamhidi USIM/ Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Setaraf; atau STPM; atau STAM; atau Diploma/Setaraf (tertakluk kepada syarat-syarat am dan khusus program);
  • Memenuhi keperluan MUET;
  • Memenuhi keperluan khas program sebagaimana yang dinyatakan di dalam peraturan pengajian program tersebut.
  • Maklumat terperinci mengenai syarat kemasukan:
  1. Syarat Am (Warganegara)
  2. Syarat Am (Bukan Warganegara)
  3. Syarat Khas

BAHASA PENGANTAR
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab


KURSUS/SUBJEK PROGRAM
Ringkasan kursus/subjek bagi setiap semester adalah seperti berikut:



Muka nerd masa semester 1 dulu

SEMESTER I TAHUN 1 @ SEMESTER 1:
  • UBE 1012: English Language I – Listening and Speaking (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UBE 1022: English Language II – Reading and Writing (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UBA 1032: Arabic Language I – Listening and Speaking (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UBA 1042: Arabic Language II – Reading and Writing (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UTT 1012: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UTE 1062: Hubungan Etnik (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • MEA 2013: Business Economy (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP).
  • CXXXXX: Ko-Kurikulum (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
Keseluruhan Semester 1: 17 Jam Kredit.


Ok la sikit dah style tu masuk semester 2 ni

SEMESTER II TAHUN 1 @ SEMESTER 2:
  • UBE 2023: English Language ELSP (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • UBA 1062: Arabic Language ALSP (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • SKS 1362: Information & Communication Technology (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • AAA 1013: Prinsip dan Amalan Komunikasi Da’wah (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • MGA 1013: Introduction to Muamalat (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MCA 2013: Introduction to Marketing (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MEA 3023: Malaysian Economy (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 1013: Principle of Accounting – Perakaunan Kewangan (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
Keseluruhan Semester 2: 21 Jam Kredit.



Masuk semester 3 ni dah ada baju korporat batch kos Perakaunan dah

SEMESTER I TAHUN 2 @ SEMESTER 3:
  • ADA 2012: Akidah Islam (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • MDB 2023: Business Mathematics (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • LBC 1012: Usul Fiqh (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • LBC 4443: Commercial Law (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MGA 3013: Organizational Behaviour (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 1043: Intermediate Accounting I (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAC 2013: Cost Accounting (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAA 3013: Accounting Information System I (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • LBG 1012: Tarikh Al-Tashri’ (2 Jam Kredit). Kursus Elektif Program (EP).
Keseluruhan Semester 3: 24 Jam Kredit.



Pandai dah la merayap sampai Genting bila dah semester 4 ni :p

SEMESTER II TAHUN 2 @ SEMESTER 4:
  • ADT 2012: Akhlak dan Tasawwuf (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • LBI 1012: Fiqh Ibadat dan Munakahat (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • UTK 2012: Creative Thinking and Problem Solving (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Universiti (WU).
  • MDB 2013: Business Statistics (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MFA 3013: Principle of Financial Management (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 2023: Intermediate Accounting II (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAC 3023: Accounting for Planning and Controlling (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAD 2013: Audit Procedures (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAE 2013: Malaysian Taxation and Zakat Administration (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
Keseluruhan Semester 4: 24 Jam Kredit.



Akhirnya dapat jugak fly ke oversea masa semester 5 ^_^

SEMESTER I TAHUN 3 @ SEMESTER 5:
  • LAC 4433: Company Law (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 2033: Advance Accounting I (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAD 3013: Audit and Assurance Services (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAE 3013: Corporate Taxation and Zakat (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MFA 3033: Corporate Financial Management (3 Jam Kredit). Kursus Elektif Program (EP).
  • MGA 2013: Fiqh Muamalat I (3 Jam Kredit). Kursus Elektif Program (EP).
Keseluruhan Semester 5: 18 Jam Kredit.



Dah mula start gi program kerjaya dah masa semester 6

SEMESTER II TAHUN 3 @ SEMESTER 6:
  • MGF 3013: International Business (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MGB 4013: Strategic Management (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MGA 4033: Ethics and Corporate Governance (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 3013: Advance Accounting II (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAC 3033: Performance Management (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAA 4023: Accounting Information System II (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
Keseluruhan Semester 6: 18 Jam Kredit.



iCEPS9 – Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan merupakan projek wajib tahun akhir bagi mahasiswa/mahasiswi FEM

SEMESTER I TAHUN 4 @ SEMESTER 7:
  • UTH 3012: Pengajian Halaqah (2 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • MGC 4013: Entrepreneurship (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Fakulti (WF).
  • MDA 4013: Integrated Case Study (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Asas Major.
  • MAB 4013: Accounting Framework (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MAA 4013: Public Sector Accounting (3 Jam Kredit). Kursus Wajib Program (WP) – Teras Major.
  • MGA 3033: Al-Tadqiq Al-Shari’ e (3 Jam Kredit). Kursus Elektif Program (EP).
Keseluruhan Semester 7: 17 Jam Kredit.



Bila sem akhir ni, jalan-jalan ke walimah member-member la apa lagi. Semua dah besar panjang kot.. :p

SEMESTER II TAHUN 4 @ SEMESTER 8:
  • Latihan Industri @ Praktikal (6 Jam Kredit).
Keseluruhan Semester 8: 6 Jam Kredit.


Beberapa penerangan ringkas untuk memudahkan pemahaman kursus program:

1- Kesemua kursus/subjek terdiri dari empat kategori utama iaitu Kursus Wajib Universiti (WU), Kursus Wajib Fakulti (WF), Kursus Wajib Program (WP) dan Kursus Elektif Program (EP). Kesemuanya perlu diambil dalam tempoh empat tahun pengajian.

2- Jam Kredit pula merujuk kepada mata pemberat bagi sesuatu kursus/subjek. Semakin besar Jam Kredit bererti semakin penting sesuatu kursus/subjek tersebut.

3- Kebiasaannya, tahun pertama akan memfokuskan subjek yang terdiri dari kategori Kursus Wajib Universiti (WU) dan juga Kursus Wajib Fakulti (WF) manakala tahun seterusnya akan memfokuskan subjek dari kategori Kursus Wajib Program (WP) dan Kursus Elektif Program (EP).

4-  Kursus Wajib Program (WP) pula terdiri dari kursus asas major dan beberapa sub-kursus teras major seperti Perakaunan Kewangan (Financial Accounting) – 6 subjek, Perakaunan Pengurusan (Management Accounting) – 3 subjek, Pengauditan (Auditing) – 2 subjek, Percukaian dan Zakat (Zakat and Taxation) – 2 subjek, Sistem Maklumat Perakaunan (Accounting Information System) – 2 subjek dan Perakaunan Khusus (Public Sector Accounting) – 1 subjek.

5- Setiap sub-kursus teras major dari Kursus Wajib Program (WP) diambil secara berasingan dalam setiap semester atau dalam erti kata lain tidak boleh mengambil seperti contoh 2 subjek Perakaunan Kewangan (Financial Accounting) dalam satu-satu semester. Ini disebabkan subjek-subjek ini merupakan subjek rantaian dimana setiap kegagalan untuk mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya lulus dalam mana-mana satu subjek permulaan membuatkan anda terpaksa mengulang semula subjek tersebut sebelum ke subjek seterusnya.

6- Kebanyakkan mahasiswa/mahasiswi yang gagal mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya lulus dalam mana-mana satu subjek permulaan akan terpaksa menambah tahun pengajian setahun lagi akibat rantaian subjek ini.

7-  Bagi mahasiswa/mahasiswi Perakaunan, tahun kedua merupakan tahun ‘killer’ apabila terpaksa mengambil 24 Jam Kredit bagi setiap Semester 3 dan Semester 4. Maka disini, banyak mahasiswa/mahasiswi menghadapi sedikit kesukaran dan bebanan lantas menghasilkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

8- Keputusan setiap semester dikenali sebagai PNGS@GPA (Purata Nilai Gred Semester atau Grade Point Average) dan keputusan terkumpul dikenali sebagai PNGK@CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif atau Cumulative Grade Point Average).

9-  Nilai gred ini adalah hasil campur purata bagi setiap kursus/subjek yang diambil bagi semester berkenaan yang telah didarab dengan jam kredit kursus/subjek berkenaan dan dibahagi dengan jumlah keseluruhan jam kredit terkumpul bagi semester berkenaan.

10-  Bagi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM, keputusan PNGS@GPA yang melebihi 3.60 pada sesuatu semester akan menerima Anugerah Dekan bagi semester tersebut.

Untuk maklumat lanjut berhubung kursus/subjek program, boleh KLIK DISINI


PROSPEK KERJAYA
  •  Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:
  • Eksekutif Perakaunan
  • Juruaudit
  • Penasihat Cukai
  • Cukai dan Perunding IT
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Kewangan
  • Eksekutif Pembangunan Perniagaan
  • Pegawai Cukai Taksiran
  • Eksekutif Perkhidmatan Kewangan

Berikut merupakan sebahagian dari senarai cadangan biasiswa buat bakal mahasiswa/mahasiswi:
  1. JPA (http://esilav2.jpa.gov.my/)
  2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (www.yayasantar.org.my)
  3. Albukhari Scholarship Award
  4. Shell (http://www.shell.com.my/)
  5. UEM (http://www.uem.com.my/social/scholarship.html)
  6. Sime Darby (http://www.simedarby.com/ )
  7. TM (http://ytm.tm.com.my/)
  8. TNB (http://yayasan.tnb.com.my/sam/)
  9. SCM (http://www.sc.com.my/)
  10. PNB (http://www.pnb.com.my/ )
  11. Gamuda Berhad (www.gamuda.com.my)
  12.  8 TV scholarship fund
  13.  Putra Foundation Fund 2012
  14. Yayasan Pelajaran Mara (http://jadypm.edu.my/)
  15. Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)
  16.  JAKIM (http://www.islam.gov.my/ )
  17.  Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (www.sabah.gov.my/jpan)
  18.  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (www.psc.sarawak.gov.my)
  19. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor ?www.selangor.gov.my
  20.  Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (www.biasiswa.sabah.gov.my)
  21. Pusat Zakat Sabah?www.zakat.sabah.gov.my
  22.  Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (www.maiamp.gov.my)
  23. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak(www.perak.gov.my)
  24. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (tapem.melaka.gov.my)
  25.  Lembaga Zakat Selangor (www.e-zakat.com.my)
  26.  Bank Rakyat Malaysia Berhad (www.yayasanbankrakyat.com.my)
  27. Yayasan Negeri Sembilan (www.yns.gov.my)
  28. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia (www.mosti.gov.my)
  29. Yayasan Pahang (www.yp.org.my)
  30. Yayasan Sabah (www.ysnet.org.my)
  31. Yayasan Selangor (www.yayasanselangor.org.my)
  32. Yayasan Terengganu (www.ytrg.terengganu.gov.my)
  33. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) (www.yakin.kelantan.gov.my)
  34. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) (www.johordt.gov.my/ypj)
  35. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (yayasansarawak.org.my) 
  36.  Biasiswa Yayasan Tun Rahah (www.yayasancemerlang.org.my)


Simbol Ilmu Aqli-Naqli USIM

Akhir kata, jangan pernah merasa lelah dalam menuntut ilmu. Mengambil pepatah Arab yang bermaksud: “Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, maka tuntutlah ilmu walau dimanapun jua anda berada. Sekian.

p/s: Boleh inbox komen dibawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. ;-)

5 comments:

  1. Assamualaikum....saya juga student usim dari bidang perakaunan. Kalau boleh saya tahu,pada pendapat tuan semester yang mana paling mencabar dari segi tahap kesusahan subjek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Menurut saya, tahun kedua agak sukar kerana selalunya pelajar akan terkejut dengan subjek yang berat. Ini berikutan pada tahun pertama, pelajar cuma mengambil subjek wajib universiti dan wajib fakulti yang lebih mudah dan ringan. Walaubagaimanapun, tahun ketiga juga boleh dikira sebagai sukar kerana pada tahun ini para pelajar selalunya sibuk dengan pelbagai aktiviti di universiti dan sekiranya pelajar tersebut aktif mewakili universiti, ianya akan menambahkan cabaran disebabkan pada tahun ketiga terdapat subjek 'advanced accounting I' dan 'advanced accounting II'. :)

      Delete
  2. Kalau blajar dkt sana, semua student ambik PTPTN

    ReplyDelete