Labels

Thursday, January 29, 2015

Trip Ke Danau Toba, Indonesia 2015...

Assalamualaikum w.b.t,

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai satu trip yang baru sahaja penulis sertai baru-baru ini iaitu trip ke Danau Toba, Indonesia. Keseluruhan trip ini melibatkan kawasan Sumatera Utara, Indonesia. Trip selama 4 hari 3 malam pada kali ini disertai oleh 13 orang (9 lelaki dan 4 perempuan) dan kos keseluruhannya lebih kurang RM600 (tiket kapal terbang, penginapan, makan, pengangkutan,  cukai). Perjalanan pergi balik dari KLIA2 - Kuala Namu International Airport, Medan pula hanya mengambil kira-kira 50 minit sahaja.


PARAPAT, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Parapat merupakan sebuah bandar kecil yang terletak ditepi Danau Toba. Sebuah kawasan yang sejuk dan dihiasi dengan keindahan alam semula jadi yang memukau. Perjalanan ke Parapat dari Medan memakan masa kira-kira 5 jam. Di sini, penulis beserta rakan-rakan menginap di Danau Toba International Cottage, Parapat.


















































PULAU SAMOSIR, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Parapat merupakan sebuah pulau kecil yang terletak ditengah Tasik Danau Toba. Sebuah kawasan yang didiami oleh suku Batak. Perjalanan ke jeti di Parapat ke Pulau Samosir memakan masa kira-kira 20 minit.




























































DANAU TOBA, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Danau Toba merupakan tasik yang terbesar di Indonesia dengan keluasan kira-kira 100km panjang dan 30km lebar. Terletak di atas tanah tinggi, kira-kira 900 meter (3,000 kaki) dari aras laut. Danau Toba dipercayai dahulunya merupakan kawasan puncak letusan gunung berapi yang meletus dan akhirnya membentuk permukaan yang besar di kawasan puncak gunung dan menakung air membentuk tasik seperti hari ini.














































AIR TERJUN SIPISO-PISO, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Air Terjun Sipiso-piso terletak di dalam kawasan Danau Toba. Berketinggian kira-kira 120 meter, sumber airnya berasal dari sebuah gua yang terletak di lurah berdekatan dengannya. Sipiso-piso di dalam Bahasa Batak bermaksud “pisau-pisau”. Nama ini diberikan kerana air terjun Sipiso-piso yang deras mengalir ke dasar dari atas bukit kelihatan seperti pisau-pisau tajam yang berwarna putih yang menghhunus kearah dasar bumi.





















































BERASTAGI, KARO, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Berastagi merupakan satu bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi Karo. Jaraknya dari Kota Medan kira-kira 66 km. Bandar Berastagi juga terletak ditengah-tengah dua gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan juga Gunung Sinabung.












































































MEDAN, SUMATERA UTARA, INDONESIA

Kota Medan atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Deli merupakan satu kawasan tanah yang berawa meliputi kira-kira 4,000 hektar. Terdapat beberapa sungai di sepanjang Kota Medan seperti Sungai  Deli, Sungai Babura, Sungai Sikambing, Sungai Denai, Sungai Badra, Sungai Belawan dan Sungai Sulang yang kesemuanya mengalir ke Selat Melaka. Kini, Kota Medan merupakan salah satu daripada tempat yang terkenal untuk membeli-belah di Indonesia.































Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Hingga ketemu di post berikutnya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment