Labels

Monday, June 1, 2015

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2020




Assalamualaikum wbt,

Berikut saya kongsikan secara ringkas mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) yang bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat untuk pembacaan kalian. Pada kali ini, saya cuba menampilkan perbezaan dalam penulisan dengan menggunakan gambar rajah yang lebih menyeluruh berbanding penulisan. (sila baca: mood malas menulis)


KEADAAN SEMASA





SASARAN RMK-11



ENAM TERAS STRATEGIK RMK-11








1. Memperkukuh Pembangunan Inklusif ke Arah Masyarakat yang Saksama






2. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat






3. Memperkasa Pembangunan Modal Insan untuk Menjadi Negara Maju






4. Menuju Ke Arah Pertumbuhan Hijau Bagi meningkatkan Kemampuan dan Daya Tahan






5. Memperkukuh Infrastruktur untuk Menyokong Perkembangan Ekonomi






6. Merakayasa Pertumbuhan Ekonomi untuk Peningkatan Kemakmuran










ENAM PEMACU PERUBAHAN RMK-11

1. Mempertingkatkan Potensi Produktiviti



2. Meningkatkan Taraf Isi Rumah B40 Ke Arah Masyarakat Kelas Menengah



3. Mengupayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal Serta Vokasional (TVET) yang Diterajui Industri



4. Melaksanakan Pertumbuhan Hijau




5. Menjana Kekayaan Melalui Inovasi



6. Melabur Dalam Bandar yang Berdaya Saing



MENTRANSFORMASIKAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

Bagi menyokong pelaksanaan enam teras strategik dan enam pemacu perubahan, Kerajaan akan mentransformasi perkhidmatan awam supaya lebih berpaksikan rakyat serta meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Transformasi ini bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi, hierarki dan membuat keputusan pada peringkat pusat dalam penyampaian perkhidmatan awam; meningkatkan bakat yang mempunyai pelbagai kemahiran; dan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lebih inovatif dan mudah diakses.

Bagi mencapai outcome ini, Kerajaan telah mengenal pasti lima bidang fokus seperti yang
berikut:
  1. Mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan rakyat dengan menghapuskan kerenah birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan dan meningkatkan akauntabiliti;
  2. Merasionalisasikan institusi sektor awam untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi dengan mengurangkan fungsi dan peranan yang bertindih dalam kalangan agensi, menilai semula saiz perkhidmatan awam, dan memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah;
  3. Memperkukuh pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam masa hadapan dengan menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif termasuk waktu kerja yang fleksibel, memperkasa kementerian dan agensi, dan menambah baik latihan sektor awam;
  4. Mempertingkatkan pengurusan projek untuk menghasilkan outcome yang lebih baik dan cepat dengan menambah baik proses pemilihan projek dan pengagihan sumber, menubuhkan pasukan pelaksanaan projek yang khusus, dan mewujudkan kumpulan personel profesional dalam bidang pengurusan projek ; dan
  5. Memanfaatkan pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan dengan memperluas penglibatan komuniti setempat dan badan bukan Kerajaan (NGO), meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan, dan memperkasa kapasiti dan keupayaan pihak berkuasa tempatan.








MALAYSIA PASCA 2020

Tempoh RMK 11 bukan hanya merupakan kemuncak 30 tahun perjalanan menuju ke arah Wawasan 2020, tetapi juga menjadi platform untuk memacu pertumbuhan negara seterusnya. Cabaran seterusnya, Pasca 2020 adalah untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju dalam tiga dimensi, iaitu ekonomi, rakyat dan alam sekitar.

Wawasan negara adalah supaya semua rakyat Malaysia mempunyai identiti nasional yang mantap serta memiliki moral yang tinggi. Malaysia akan ditadbir oleh institusi eksekutif, perundangan dan kehakiman yang berkecuali dan boleh dipercayai serta melindungi semua rakyat secara saksama. Malaysia akan mempunyai sebuah kerajaan yang dapat menyampaikan perkhidmatan berkesan dan dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, berpendirian teguh dan amanah. Malaysia akan cemerlang di arena antarabangsa sebagai sebuah negara merdeka yang teguh dan juga melalui personaliti yang menonjol dalam pelbagai bidang.

Ekonomi negara adalah progresif, inklusif dan kalis cabaran pada masa hadapan dan mempunyai bandar bertaraf dunia yang produktif di samping kawasan luar bandar yang berkembang maju. Rakyat Malaysia dapat turut serta dalam arus pembangunan dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemajuan ekonomi serta menikmati tahap kesejahteraan yang tinggi. Rakyat akan menjiwai dan menghargai alam sekitar dan tidak lagi menjadikan alam sekitar sebagai galang ganti kepada pencapaian ekonomi yang kukuh. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar indah dan kondusif untuk didiami.

Aspirasi yang digambarkan ini walaupun tidak komprehensif dan tidak memberikan gambaran yang menyeluruh, namun, ia dapat dijadikan asas bagi menggerakkan perbincangan dan penglibatan lanjut pelbagai pihak mengenai hala tuju pembangunan negara pada Pasca 2020. Pada asasnya, rakyat Malaysia menginginkan negara terus maju dan inklusif dengan rakyat menghargai perpaduan serta meraikan kepelbagaian.




Sekian sahaja perkongsian mengenai RMK 11 pada kali ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment