Labels

Friday, October 2, 2015

Trip Ke Krabi, Thailand 2015...

Assalamualaikum WBT,

Pada kali ini suka untuk penulis berkongsi pengalaman sepanjang berada di Krabi, Thailand bagi menghadiri 6th Islamic Economic System Conference (iECONS 2015) yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penulis bertindak selaku salah seorang daripada pembentang kertas kerja di persidangan berkenaan. Trip pada kali ini memakan masa 4 hari 3 malam dan penulis ditemani oleh rakan rumah sewa yang kebetulan berhasrat untuk bercuti di Krabi, Thailand. Perjalanan daripada KLIA2 - Krabi International Airport memakan masa kira-kira 1 jam 25 minit.


HARI PERTAMA - TIBA DI KRABI, THAILAND

Penulis tiba di Krabi International Airport lebih kurang pukul 3 petang waktu tempatan. Kemudian, penulis beserta rombongan daripada FEM yang turut menaiki penerbangan yang sama dibawa ke tempat penginapan di Krabi Front Bay Resort. Untuk makluman, ketika ini Krabi Front Bay Resort merupakan satu-satunya hotel yang menyediakan makanan halal dan patuh shariah. Di sebelah petang, penulis beserta rakan penulis bersiar-siar sekitar Krabi Town bagi meninjau suasana dan keadaan di Krabi. Pada malamnya, penulis dan rakan penulis mencuba Tom Yam Gong di mana Thailand terkenal dengan masakan tom yam. Akhirnya, terlaksana hajat penulis untuk mencuba masakan Tom Yam Thai yang sering dibual bicarakan.
















































HARI KEDUA - PERSIDANGAN iECONS 2015

Pada hari kedua, penulis menyertai persidangan iECONS 2015 di mana penulis menghadiri tiga sesi ucaptama yang di sampaikan oleh Ketua Jabatan Penyelidikan daripada Islamic Research and Training Institute (IRTI), Islamic Development Bank (IDB), Naib Canselor International Islamic University of Chittagong, Bangladesh dan juga Rektor Fatoni University. Selain itu, penulis juga membentangkan kertas kerja bertajuk "Internal Control Practices in Islamic Non-Profit Organization in Malaysia." Di sebelah petang selepas selesai persidangan, penulis beserta rakan penulis berjalan-jalan di persisiran muara sungai sehingga ke Krabi Town. Di sana, penulis telah menempah aktiviti island hopping pada keesokkan harinya.






















































HARI KETIGA - ISLAND HOPPING

Pada hari ketiga, penulis beserta rakan penulis bergerak ke Ao Nang Beach untuk melakukan aktiviti island hopping. 5 pulau telah dipilih sebagai destinasi aktiviti island hopping iaitu Tub Island, Phra Nang Island, Poda Island, Railay Island dan Chicken Island. Aktiviti meliputi berenang dan juga snorkeling. Bermula dari pukul 8 pagi dan kembali ke hotel penginapan pada pukul 3 petang. Di sebelah petangnya, penulis beserta beberapa pensyarah bergerak ke pasar malam di Krabi Town, bagi mencari cenderamata sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang.















































HARI KEEMPAT - PULANG KE MALAYSIA

Pada hari terakhir, penulis tidak banyak melakukan aktiviti disebabkan masa yang terhad. Penulis pulang ke Malaysia dan tiba pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Walaupun percutian kali ini singkat, namun penulis dapat menikmati serta menambahkan pengalaman berada di negeri orang. Penulis juga bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima Best Paper Award dalam persidangan pada kali ini.


























Sekian sahaja perkongsian buat kali ini. Hingga ketemu di post berikutnya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment